BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PKR Semporna, Tuaran Kekal Sokong Agenda Reformasi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PKR Semporna, Tuaran Kekal Sokong Agenda Reformasi​

a2708726cc059ae5e11d7129f0f90a01681b351cb7097


PKR Cabang Semporna dan Tuaran akan terus mendukung agenda reformasi biarpun ketua cabang masing-masing telah mengumumkan peletakan jawatan, kata Ketua Penerangan PKR Sabah Ahmad Farid Sainuri.

Beliau berkata kedua-dua cabang berkenaan yang kini dipangku secara rasmi oleh timbalan ketua cabang masing-masing, terus memperjuangkan hak rakyat Sabah, khususnya berkaitan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan reformasi institusi.

"Di bawah Kerajaan MADANI, reformasi MA63 mencatat kemajuan terbaik apabila 13 daripada 29 tuntutan berjaya diselesaikan, dengan sembilan daripadanya dicapai dalam tempoh pentadbiran hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Farid berkata komitmen kerajaan juga terbukti menerusi peningkatan geran khas interim Sabah kepada RM600 juta, selain rundingan berhubung tuntutan 40 peratus hak Sabah yang kini giat digerakkan pada peringkat Kerajaan dengan Kerajaan (G2G).

Dalam pada itu, beliau menyifatkan proses keluar masuk dalam politik adalah sebahagian daripada  amalan demokrasi matang.

Ketua Cabang PKR Semporna Mohd Amin Abdul Mem yang juga Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah, dan Ketua Cabang PKR Tuaran Mohammad Razeef Rakimi baru-baru ini mengumumkan meletak semua jawatan dan keluar parti.

 
Back
Top
Log in Register