Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
PKR Perlu Matang Baca Realiti, Bangkit Perkukuh Kekuatan Parti - Fuziah
Datuk Dr Fuziah Salleh
Anggota dan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu matang membaca realiti politik semasa dan menjadikan kekecewaan serta kekalahan dalam beberapa siri pilihan raya, sebagai dorongan untuk bangkit memperkukuh semula kekuatan parti, kata Setiausaha Agungnya Senator Datuk Dr Fuziah Salleh.
Beliau berkata Kongres Nasional PKR 2026 bukan medan untuk menuding jari, mencari kesalahan atau membalas tindakan mana-mana pihak susulan senario dan cabaran politik yang dihadapi parti ketika ini, sebaliknya anggota perlu mengakui pengalaman pahit yang dilalui tanpa membiarkannya menentukan masa depan perjuangan.
“Luka bukan pengakhiran dan kekalahan bukan penamat kepada perjuangan. Sejarah parti kita sendiri telah membuktikan setiap kali diuji, kita sentiasa mempunyai pilihan untuk bangkit, memperbaiki diri dan membina semula kekuatan,” katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini hari ini.
Fuziah berkata PKR pernah melalui fasa yang jauh lebih sukar selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, apabila parti itu hanya memenangi satu kerusi Parlimen, namun tidak menyerah atau meninggalkan perjuangan, sebaliknya terus membina organisasi, memperkukuh keanggotaan, mendekati rakyat dan membawa suara Reformasi ke seluruh negara.
“Kalau kita mahu bercakap tentang titik paling rendah dalam sejarah PKR, saya ingin kita mengingati bahawa titik paling rendah itu bukan hari ini. Kita pernah berada di tempat yang jauh lebih sukar,” katanya.
Mengulas tema kongres tahun ini “Memugar Reformasi, Membina Madani”, Fuziah berkata perkataan “memugar” yang membawa maksud menghidupkan atau memperbaharu semula semangat perjuangan, menggambarkan keperluan parti mengembalikan roh asal Reformasi agar kekal relevan dengan perubahan dan cabaran semasa.
Beliau bekata tema itu, bukan sekadar mengimbau kembali perjuangan Reformasi yang menjadi asas penubuhan PKR, sebaliknya menuntut parti terus menegur, memperkukuh dan memperbaharu agenda berkenaan.
“Kita bukan mahu mencipta idealisme yang baharu, kita mahu memugar dan menghidupkan kembali idealisme yang pernah menjadi nadi perjuangan kita,” katanya.
Kongres Nasional PKR 2026 menghimpunkan 2,594 perwakilan cabang dan lebih 2,000 pemerhati dari seluruh negara, selain disertai 26 wakil diplomatik dari 19 negara termasuk enam duta besar.