BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PKNS salur RM2 juta bagi program CSR 2015

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)​

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperuntukkan RM2 juta bagi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat itu tahun ini, kata Pengurus Besarnya Azlan Md Alifiah.

Katanya, selain daripada peruntukan itu, pihaknya juga akan mengagihkan wang daripada zakat perniagaan perbadanan itu yang berjumlah RM1.69 juta untuk tujuan yang sama.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Sistem Alat Pembesar Suara untuk sekolah agama di Selangor, di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor, Klang di sini hari ini.

Sebanyak 99 sekolah agama yang dipilih oleh Jabatan Agama Islam Selangor menerima satu set lengkap alat pembesar suara dengan jumlah keseluruhan bernilai RM243,723.68.

"PKNS juga melihat sumbangan ini mengembalikan semula keuntungan PKNS kepada masyarakat selain sebagai nilai tambah kepada kemudahan sedia ada," katanya. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register