BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPT Salur RM10,000 Bagi Program Mobiliti INCLUDE 2026, Perkasa Agenda Pendidikan Inklusif

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
39785f2431c0e06acd3e891088d6890a69e9b998292a7

Kredit: FB - Kementerian Pendidikan Tinggi

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Yayasan Perkasa Siswa (YPS) menyalurkan sumbangan berjumlah RM10,000 bagi menjayakan program mobiliti  International & Inclusive Learning for Diverse Excellence (INCLUDE 2026).

KPT memaklumkan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersetuju menyalurkan sumbangan itu ketika menyantuni 12 mahasiswa Orang Kurang Upaya (OKU) yang akan menyertai program berkenaan pada 5 hingga 9 Mei ini di Universitas Multimedia Nusantara, Jakarta, Indonesia.

Menurut kenyataan itu, mahasiswa berkenaan akan dibantu empat orang pelajar (buddies) dan empat orang pegawai pengiring.

“KPT menyokong penuh inisiatif inklusif Universiti Malaya (UM) menerusi pelaksanaan program tersebut,” menurut kenyataan KPT itu.

KPT memaklumkan program berkenaan merupakan langkah proaktif dalam memperkasakan mahasiswa OKU melalui pendedahan pengalaman pembelajaran di peringkat antarabangsa.

“Ia selaras dengan aspirasi KPT untuk memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi yang inklusif, saksama dan berdaya saing global,” menurut kenyataan itu.

INCLUDE 2026 merupakan program mobiliti outbound pertama yang direka khas bagi memenuhi keperluan unik pelajar OKU.

KPT memaklumkan inisiatif INCLUDE 2026 mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam memastikan akses pendidikan tinggi yang adil tanpa mengira latar belakang atau keupayaan fizikal.

 
Back
Top
Log in Register