BTC USD 83,805.0 Gold USD 4,186.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pilihanraya Kecil Dun Ijok....

OK..
tak kira la Umno ke Pas ker..esok kat kuboq...ni la yg akan dihitungkan!!

teringat pulak ada satu ceramah Ust Ismail Kamus cakap...
kang kat kubur ada satu soalan utk puak2 UMNO nie...
soalan: ma dinn nu ka? (apa agama kamu?)
puak UMNO: Islam Hadhari...
 
OK..
as u wish bro!!
yg pasti aku lebih utamakan agama!!

Islam tu terbina dari 3 foundation utama:
1. Iman
2. Ibadah
3. Akhlak

so sumer ni kenq jaga bro..
tak cukup kalo 1 atau 2 jer..

tak kira la Umno ke Pas ker..esok kat kuboq...ni la yg akan dihitungkan!!

maaf..tak pandai..tapi ingat la sikit2!!
:)



huhuhu..maaflah kalau cam nampak terover..dah sakit hati sgt , nak wat cam na..

umno tadak ketiga2 itu.paling tadak ialah Akhlak , sebab tu dorang leh bersalam tgn dengan bkan ajnabi. Hukum halal haram dorang letak bawah tapak kaki.kalau nak best lagi , tanya datuk nan mb pahang , dlm umno , akhlak dia lah paling elok kot..ahak !:eek:

ketua UMNO cawangan kampung aku kaki karaoke dan Golok punya port :) ....ajak singgah sembahyang liat nak mampus.dok depan masjid pun tak naik lagi atas masjid. dok tunggu dlm kreta ja. pembesar umno di tempat kawan2 mcm mana pula ? :D
 
Last edited:
teringat pulak ada satu ceramah Ust Ismail Kamus cakap...
kang kat kubur ada satu soalan utk puak2 UMNO nie...
soalan: ma dinn nu ka? (apa agama kamu?)
puak UMNO: Islam Hadhari...

kekekekkee...
yang ni mmg lawak..

muahahahahah..

pastu ape plak malaikat tu kater...ust ismail kamus ade cakap ker???

:p
 
Alhamdulillah.....;)

Yes bro..syukur..Islam tu syumul dan Ad-Din!!

Islam tu terbina dari 3 foundation utama:
1. Iman
2. Ibadah
3. Akhlak

no 1,2 dan 3 tu pon bukan pakai letak jer..

kita kena beriman dulu..iaitu percaya...
bila dah percaya baru lah kita beribadat dengan aper kepercayaan kita..
bila kita dah jaga ibadat..
otomatik kita akan jg akhlak...

begitulah keindahan Islam!!

insyaallah!!
 
memang ISLAM itu INDAh...
tapi sayang manusia yg buat ianya tak INDAh..;)

mmmm.......p laa layan ceramah kat post aku satu lagi tuu
nanti ko pikir laa...apa yg dia kata tuu...jika salah ko kapir kan aja dia
jika rasa betul buatlah petunjuk untuk kita ber iman ber amal dan ber akhlak pdNYA...:)

kata kat sana kata kat sini tapi last...apa pon tak ada...
amatlah rugi UMAT itu....
 
jika salah ko kapir kan aja dia
jika rasa betul buatlah petunjuk untuk kita ber iman ber amal dan ber akhlak pdNYA...:)

perghhh...mcm familiar je style tuh...keras and mantap!!..yeah..musti Ust Shahrir LOng punya penangan nie...aku pun terikut dah :))
 
perghhh...mcm familiar je style tuh...keras and mantap!!..yeah..musti Ust Shahrir LOng punya penangan nie...aku pun terikut dah :))

tauXpe ;)
beb tu kuliah dia last sebelom p YAMAN..dah dengaq dah??
 
tauXpe ;)
beb tu kuliah dia last sebelom p YAMAN..dah dengaq dah??

byk sgt aku layan dia punya kuliah...tapi rasa nye udah kot...yang lelama pun best giler...

ko try carik penceramah nie lak:
Ustaz KH Zainuddin MZ..indon mari...mmg best & lawak...tapi penuh makna..kat Mesjid India ada jual...aku ada gak 4-5 kaset dia...cuma kekadang indon dia pekat sket...lelama buleh ckp indon gak laa aku nie + Shahrir Long punya style
:))
 
ok laa tu..lepas nie ko jadi ust versi Indon + sg petani :D

ok sebelom tidok aku malas nak berdebat dgn puak2 nie...
selagi ko org tak jawab apa yg ditulis raja petra nie..
tak yah laa dok gebang juboq ka jilat ka najis ka dolah ka..
jawab dengan jawab jika main tembak rata tak sudah...;)

Saya cabar pihak yang berkuasa untuk menyiasat Malaysia-Today, tetapi siasatlah secara menyeluruh. Jangan hanya secara berpilih-pilih dan mengambil satu ataupun dua perkara sebagai asas siasatan. Siasatlah semua dan eloklah kita lihat apa yang dapat dikorek di dasar untuk diapungkan.

Sudah banyak yang didedahkan oleh Malaysia Today. Terlalu banyak yang telah dibogelkan untuk pihak yang berkuasa mengabaikannya. Eloklah semuanya dan bukan segelintir sahaja isu itu yang disiasat. Hanya dengan itu, apabila terbukti apa yang dikatakan oleh Malaysia-Today itu ternyata satu kepalsuan, barulah anda boleh mendapatkan saya.

Apakah tidak betul ada beberapa hakim yang telah tiba masa untuk dinaikkan pangkat tiba-tiba diabaikan dalam proses kenaikan pangkat yang baru dilaksanakan?

Apakah tidak benar hakim-hakim yang dilupakan ini memang diketahui memihak kepada pihak yang tidak bersekongkolan ataupun menyokong pihak yang berkuasa?

Apakah tidak betul bahawasanya Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah membuat peruntukan sebanyak RM600 juta kepada 192 bahagian UMNO?

Apakah tidak benar bahawasanya RM3 juta telah diagihkan kepada setiap bahagian UMNO yang berjumlah 191 Bahagian semuanya?

Apakah tidak benar dalam mesyuarat pra kaunsel pada Persidangan UMNO yang terakhir dahulu, Abdullah telah mengumumkan bahawa RM3 juta bukan untuk kawasan Parlimen tetapi untuk bahagian UMNO?

Apakah tidak benar Abdullah telah meminta anggota Jawatankuasa UMNO bahagian untuk melobi ketua bahagian mereka mendapatkan habuan daripada peruntukan RM3 juta?

Apakah tidak benar bahawasanya wang itu sepatutnya dibelanjakan dalam masa dua bulan?

Apakah tidak benar bahawa keseluruhan sesi itu telah diminitkan dan Malaysia Today telah menyiarkan Minit mesyuarat yang memperakukan semua itu?

Apakah tidak benar bahawasanya hanya separuh daripada 219 kawasan Parlimen berada dalam tangan UMNO sedangkan yang berbaki dipegang oleh sama ada 12 parti komponen dalam Barisan Nasional ataupun oleh beberapa parti pembangkang dan mereka tidak pun diberikan sebahagian daripada RM600 juta kerana wang itu adalah untuk UMNO bahagian dan bukannya untuk kawasan Parlimen?

Apakah tidak benar bahawa tidak ada satupun daripada 28 kawasan Parlimen di Sarawak diberikan peruntukan daripada RM3 juta yang disediakan itu kerana UMNO tidak wujud di Sarawak?

Apakah tidak benar bahawa RM600 juta itu telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di bawah peruntukan pembangunan luar bandar tanpa keizinan Parlimen ataupun Kabinet sedangkan RMK-9 telah diluluskan oleh Parlimen dan sebarang lencungan daripada pelan asal mesti dibentangkan di Parlimen untuk persetujuannya?

Apakah tidak benar bahawa Penerbangan Malaysia Berhad sudahpun membeli Airbus A319 bernilai RM200 juta untuk kegunaan Perdana Menteri sedangkan Abdullah menafikan bahawasanya kerajaan ada membeli pesawat jet itu dan sebaliknya berkata ia hanya disewa pajak sahaja?

Apakah tidak benar bahawa Abdullah telah mengumumkan di Parlimen bahawa rundingan untuk membeli Airbus 319 itu masih berjalan sedangkan penghantarannya sudah pun dibuat dan kini jet itu berada di Switzerland untuk dipasang hiasan dalaman mengikut spesifikasi VVIP?

Apakah tidak benar Abdullah pernah pergi melawat satu syarikat pembina kapal layar di Turki bersama dengan seorang tokoh kayaraya Malaysia dan akhbar Turki melaporkan bahawa Perdana Menteri Malaysia sedang melawat kapal layarnya bernilai USD 8 juta yang sedang dibina dan akhbar Turki itu sehingga hari ini tidak pun menarik balik laporan berita itu ataupun menyiarkan kolum minta maaf?

Apakah tidak benar betapa beberapa orang ketua samseng telah dibebaskan oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri selepas polis menahan mereka dan alasan pembebasan itu ialah polis tidak mengikut prosedur yang betul semasa menahan mereka. Sedangkan di Malaysia ada satu undang-undang di mana penahanan boleh dibuat tanpa perbicaraan yang boleh digunakan terhadap mereka dan sesiapa sahaja yang kerajaan anggap menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara?

Apakah tidak benar bahawa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan dua laporan yang mengaitkan Abdullah kepada skandal ‘Oil-for-Food di Iraq” ketika dia masih lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri?

Apakah tidak benar bahawa Abdullah pernah mengaku mengeluar dan menandatangani surat sokongan kepada segelintir peniaga Malaysia dan syarikat untuk membolehkan mereka menyertai program ‘Food-for-Oil’ dan menerima habuan kuota minyak yang berpada?
......bersambung
 
Apakah tidak benar bahawa Abdullah pernah berkata: adalah menjadi amalan biasa kepadanya untuk mengeluarkan surat yang bertandatangan memberi sokongan kepada peniaga Malaysia dan syarikat yang mencari peluang perniagaan, pada waktu yang sama dia tidak boleh ingat siapkah mereka?

Apakah tidak benar bahawa ada seorang insan yang pernah disokong oleh Abdullah dengan memberikan surat sokongan itu adalah tidak lain daripada adik iparnya dan adik ipar ini telah dikaitkan dalam laporan PBB itu terlibat dengan korupsi dan wang sogok dalam skandal Oil-for Food tersebut?

Apakah tidak benar bahawa mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir pernah mendedahkan semua fakta ini dalam satu sidang akhbar di Alor Star dan dia juga berhujah agar tindakan diambil terhadap Abdullah kerana gelagat jenayah itu ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan hanya timbul perkara ini semasa dia menjadi Perdana Menteri?

Apakah tidak benar Abdullah telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang membincangkan agar Mahathir disabotaj dalam pemilihan perwakilan Kubang Pasu?

Apakah tidak benar kisah mensabotaj Mahathir telah ditimbulkan sekali lagi pads mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 28 September 2006 apabila Rais Yatim mengungkit kisah tersebut dalam mesyuarat yang terdahulu sebagai tidak sah dan kerana itu tidak seharusnya diminitkan dalam Minit Mesyuarat?

Apakah tidak benar, minit mesyuarat itu telah ditarik balik untuk diganti dengan minit baru sepanjang tiga muka surat yang dipinda semula untuk mengetepikan kisah keputusan mensabotaj peluang Mahathir menjadi perwakilan Bahagian Kubang Pasu ke persidangan tahunan UMNO?

Apakah tidak benar bahawa pada petang menjelang mesyuarat untuk mesyuarat UMNO bahagian Kubang Pasu ada satu mesyuarat yang dilangsungkan di kelab golf di mana ahli-ahli Lembaga Disiplin parti UMNO bercakap saling berganti mendesak para perwakilan agar tidak memberikan undi mereka kepada Mahathir?

Apakah tidak benar bahawa perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu telah disogok wang sebanyak RM200 seorang sebagai imbuhan agar tidak memberikan undi mereka kepada Mahathir?

Apakah tidak benar bahawa empat orang perwakilan Bahagian Kubang Pasu telah membuat laporan polis selepas itu dan mengemukakan aduan rasmi kepada Ibu pejabat UMNO dengan testimoni penuh dalam Affidavit yang dilampirkan kepada aduan rasmi mereka mendakwa mereka telah menerima sogokan?

Apakah tidak benar bahawa Ibu pejabat UMNO telah berjanji mahu menyiasat aduan tersebut bukankah ia juga telah berjanji mahu membuat pengumuman rasmi secepat mungkin?

Apakah tidak benar walaupun wujud laporan polis itu, aduan rasmi, Affidavit dan janji untuk bertindak, Ibu pejabat UMNO sesungguhnya tidak berbuat apa-apa mengenai perkara tersebut sejak tahun lalu?

Apakah tidak benar bahawa salah seorang perwakilan yang membuat aduan, laporan polis dan menandatangani Affidavit mendakwa dia menerima sogokan RM200 agar tidak mengundi Mahathir, telah dipukul kemudiannya di rumah kediamannya sendiri di hadapan ahli keluarga dan dia telah membuat laporan kepada polis selepas itu mengenalpasti mereka yang memukul beliau tetapi tidak ada tindakan yang dilakukan kerana jenayah ini sejak tahun lalu?

Apakah tidak benar bahawa dalam satu program television semasa waktu puncak Abdullah Ahmad Badawi telah diwawancara dan menafikan bahawa anaknya serta syarikat milik anaknya tidak pernah mendapat sebarang faedah daripada kontrak Kerajaan Malaysia?

Apakah tidak benar disebabkan penafian ini laman web dan Blog telah mendedahkan bahawa kontrak kerajaan yang bernilai lebih daripada RM1.5 bilion telah diberikan kepada syarikat milik anak Abdullah?

Apakah tidak benar kesan daripada pendedahan ini Abdullah mengumumkan bahawa syarikat anaknya telah diberikan kontrak kerajaan bernilai RM1.5 bilion kerana syarikat anaknya adalah syarikat Bumiputera sedangkan syarikat itu adalah syarikat tersenarai di papan Bursa dan dengan itu bukan satu syarikat Bumiputera?

Apakah tidak benar disebabkan pendedahan itu Abdullah terus menjelaskan bahawa syarikat anaknya diberikan kontrak kerajaan bernilai RM1.5 bilion kerana syarikat milik anaknya itu merupakan hanya satu daripada dua syarikat di dunia ini yang terlibat dengan jenis perniagaan yang khusus itu?

Apakah tidak benar disebabkan jawatan dan pengisytiharan Abdullah laman web dan Blog telah mendedahkan bahawa sebenarnya terdapat beberapa ratus syarikat di merata dunia yang terlibat dengan perniagaan jenis yang sama dibuat oleh syarikat anaknya?

Apakah tidak benar bahawa keluarga Abdullah memiliki sebuah rumah kediaman di Perth, Australia dengan beralamat seperti ini: 34, Bay View Terrace, Mosman Park?

Apakah tidak benar bahawa anak menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin telah membuat pengumuman terbuka yang disiarkan oleh Agenda Daily dan MalaysiaKini bahawa rumah kediaman keluarga Abdullah di Perth itu sebenarnya bukan milik Abdullah tetapi dimiliki oleh anaknya Kamal?

Apakah tidak benar bahawa siasatan mengenainya mendedahkan bahawa ‘title’ (hak milik) rumah itu adalah pada nama isteri Patrick Lim, rakan kongsi perniagaan keluarga Abdullah, dan bukannya atas nama Kamal seperti yang diumumkan oleh Khairy?


Biarlah saya berhenti seketika di sini untuk membenarkan segala persoalan di atas dijawab. Sesungguhnya banyak lagi yang lain tetapi cukuplah setakat ini untuk pihak yang berkuasa memuaskan saya dengan menjawab yang di atas terlebih dahulu sebelum mereka menuduh laman web dan Blog, khususnya Malaysia Today terlibat dengan pembohongan, berita palsu dan remeh-temeh. Kalaulah mereka boleh menolak semua di atas itu dan buktikan semua itu memang palsu sepenuhnya maka dengan itu saya cadangkan mereka boleh datang berjumpa saya dan tuduh saya kerana berbohong, bercakap penuh kepalsuan dan sengaja beremeh-temeh. Jika tidak, biarlah saya tunjukkan jari hantu saya kepada mereka dan pada waktu yang sama cadangkan mereka jolok jari itu di bahagian badan di mana mentari tidak pernah memanahnya. (Bak kata Mat Rempit eloklah mereka jolok ***** sendiri – penterjemah).

- Raja Petra Kamarudin
Ok lah tuuu........

back to IJOK ;)
 
Back
Top
Log in Register