Apakah tidak benar bahawa Abdullah pernah berkata: adalah menjadi amalan biasa kepadanya untuk mengeluarkan surat yang bertandatangan memberi sokongan kepada peniaga Malaysia dan syarikat yang mencari peluang perniagaan, pada waktu yang sama dia tidak boleh ingat siapkah mereka?
Apakah tidak benar bahawa ada seorang insan yang pernah disokong oleh Abdullah dengan memberikan surat sokongan itu adalah tidak lain daripada adik iparnya dan adik ipar ini telah dikaitkan dalam laporan PBB itu terlibat dengan korupsi dan wang sogok dalam skandal Oil-for Food tersebut?
Apakah tidak benar bahawa mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir pernah mendedahkan semua fakta ini dalam satu sidang akhbar di Alor Star dan dia juga berhujah agar tindakan diambil terhadap Abdullah kerana gelagat jenayah itu ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan hanya timbul perkara ini semasa dia menjadi Perdana Menteri?
Apakah tidak benar Abdullah telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang membincangkan agar Mahathir disabotaj dalam pemilihan perwakilan Kubang Pasu?
Apakah tidak benar kisah mensabotaj Mahathir telah ditimbulkan sekali lagi pads mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 28 September 2006 apabila Rais Yatim mengungkit kisah tersebut dalam mesyuarat yang terdahulu sebagai tidak sah dan kerana itu tidak seharusnya diminitkan dalam Minit Mesyuarat?
Apakah tidak benar, minit mesyuarat itu telah ditarik balik untuk diganti dengan minit baru sepanjang tiga muka surat yang dipinda semula untuk mengetepikan kisah keputusan mensabotaj peluang Mahathir menjadi perwakilan Bahagian Kubang Pasu ke persidangan tahunan UMNO?
Apakah tidak benar bahawa pada petang menjelang mesyuarat untuk mesyuarat UMNO bahagian Kubang Pasu ada satu mesyuarat yang dilangsungkan di kelab golf di mana ahli-ahli Lembaga Disiplin parti UMNO bercakap saling berganti mendesak para perwakilan agar tidak memberikan undi mereka kepada Mahathir?
Apakah tidak benar bahawa perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu telah disogok wang sebanyak RM200 seorang sebagai imbuhan agar tidak memberikan undi mereka kepada Mahathir?
Apakah tidak benar bahawa empat orang perwakilan Bahagian Kubang Pasu telah membuat laporan polis selepas itu dan mengemukakan aduan rasmi kepada Ibu pejabat UMNO dengan testimoni penuh dalam Affidavit yang dilampirkan kepada aduan rasmi mereka mendakwa mereka telah menerima sogokan?
Apakah tidak benar bahawa Ibu pejabat UMNO telah berjanji mahu menyiasat aduan tersebut bukankah ia juga telah berjanji mahu membuat pengumuman rasmi secepat mungkin?
Apakah tidak benar walaupun wujud laporan polis itu, aduan rasmi, Affidavit dan janji untuk bertindak, Ibu pejabat UMNO sesungguhnya tidak berbuat apa-apa mengenai perkara tersebut sejak tahun lalu?
Apakah tidak benar bahawa salah seorang perwakilan yang membuat aduan, laporan polis dan menandatangani Affidavit mendakwa dia menerima sogokan RM200 agar tidak mengundi Mahathir, telah dipukul kemudiannya di rumah kediamannya sendiri di hadapan ahli keluarga dan dia telah membuat laporan kepada polis selepas itu mengenalpasti mereka yang memukul beliau tetapi tidak ada tindakan yang dilakukan kerana jenayah ini sejak tahun lalu?
Apakah tidak benar bahawa dalam satu program television semasa waktu puncak Abdullah Ahmad Badawi telah diwawancara dan menafikan bahawa anaknya serta syarikat milik anaknya tidak pernah mendapat sebarang faedah daripada kontrak Kerajaan Malaysia?
Apakah tidak benar disebabkan penafian ini laman web dan Blog telah mendedahkan bahawa kontrak kerajaan yang bernilai lebih daripada RM1.5 bilion telah diberikan kepada syarikat milik anak Abdullah?
Apakah tidak benar kesan daripada pendedahan ini Abdullah mengumumkan bahawa syarikat anaknya telah diberikan kontrak kerajaan bernilai RM1.5 bilion kerana syarikat anaknya adalah syarikat Bumiputera sedangkan syarikat itu adalah syarikat tersenarai di papan Bursa dan dengan itu bukan satu syarikat Bumiputera?
Apakah tidak benar disebabkan pendedahan itu Abdullah terus menjelaskan bahawa syarikat anaknya diberikan kontrak kerajaan bernilai RM1.5 bilion kerana syarikat milik anaknya itu merupakan hanya satu daripada dua syarikat di dunia ini yang terlibat dengan jenis perniagaan yang khusus itu?
Apakah tidak benar disebabkan jawatan dan pengisytiharan Abdullah laman web dan Blog telah mendedahkan bahawa sebenarnya terdapat beberapa ratus syarikat di merata dunia yang terlibat dengan perniagaan jenis yang sama dibuat oleh syarikat anaknya?
Apakah tidak benar bahawa keluarga Abdullah memiliki sebuah rumah kediaman di Perth, Australia dengan beralamat seperti ini: 34, Bay View Terrace, Mosman Park?
Apakah tidak benar bahawa anak menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin telah membuat pengumuman terbuka yang disiarkan oleh Agenda Daily dan MalaysiaKini bahawa rumah kediaman keluarga Abdullah di Perth itu sebenarnya bukan milik Abdullah tetapi dimiliki oleh anaknya Kamal?
Apakah tidak benar bahawa siasatan mengenainya mendedahkan bahawa ‘title’ (hak milik) rumah itu adalah pada nama isteri Patrick Lim, rakan kongsi perniagaan keluarga Abdullah, dan bukannya atas nama Kamal seperti yang diumumkan oleh Khairy?
Biarlah saya berhenti seketika di sini untuk membenarkan segala persoalan di atas dijawab. Sesungguhnya banyak lagi yang lain tetapi cukuplah setakat ini untuk pihak yang berkuasa memuaskan saya dengan menjawab yang di atas terlebih dahulu sebelum mereka menuduh laman web dan Blog, khususnya Malaysia Today terlibat dengan pembohongan, berita palsu dan remeh-temeh. Kalaulah mereka boleh menolak semua di atas itu dan buktikan semua itu memang palsu sepenuhnya maka dengan itu saya cadangkan mereka boleh datang berjumpa saya dan tuduh saya kerana berbohong, bercakap penuh kepalsuan dan sengaja beremeh-temeh. Jika tidak, biarlah saya tunjukkan jari hantu saya kepada mereka dan pada waktu yang sama cadangkan mereka jolok jari itu di bahagian badan di mana mentari tidak pernah memanahnya. (Bak kata Mat Rempit eloklah mereka jolok ***** sendiri – penterjemah).
- Raja Petra Kamarudin