BTC USD 83,924.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pilihanraya Kecil Dun Ijok....

Cerita Versi BA :D

Najib Melenting, Anwar Terus Bidas
Posted on Saturday, April 21 @ 21:04:41 MYT by greenboc

Analisis Isu Khabarnya berita TV di waktu perdana sebentar tadi melaporkan muka Datuk Seri Mohd Najib merah padam dan "naik angin" tatkala mengulas hubungkaitnya dengan kes Altantuya yang banyak didedahkan di media internet.

Dengan sikap yang ditunjukkan seolah-olah ada fakta yang hendak disembunyikan olehnya kerana tiba-tiba TPM melenting, tiba TPM naik angin dan tiba-tiba muka TPM merah padam sewaktu ditanya oleh wartawan mengenal hal itu.

Pepatah Melayu ada menyatakan: "jika tidak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah" jelas menggambar situasi dan kondisi Najib seperti yang dipaparkan di kaca TV.

Tak mungkin orang akan tetiba marah jika ia tidak ada kena mengena dengan dirinya secara teru dan tak mungkin beliau tetiba mempersoalkan "mengapa kes ini ditimbul sewaktu pilihanraya kecil Ijok".

Seperti sudah tidak berdaya untuk memikirkan serangan balas, Najib terus cuba untuk mendabik dada kononnya "aku TPM" justeru "jangan berani untuk dedahkan itu dan ini".

Umum mengetahui Najib tidak ada kualiti diri - akhlaknya punah kerana peribadinya pernah dipersoalkan. namun kita tidak beminat hal itu lagi dan tidak mahu rumahtangganya retak untuk kali kedua.

Yang kita berminat ingin tahu ialah hal-hal yang berkaitan dengan negara - hal-hal yang menyentuh kepentingan umum seperti kes Altantuya yang telah sampai ke peringkat antarabangsa.

Ini Najib tidak boleh lari. Ini Najib tidak boleh sekadar menyapu sampah ke bawah karpet lagi.

Lambat-laun ia tetap terdedah. Jawapan Najib yang kononnya skan mendedahkan rahsia Anwar tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan iaitu ALTANTUYA. Ia sekadar satu eskapisme bebal dari seorang yang berpangkat TPM.

Najib yang terpaksa menjadi pak angguk kepada Datuk Seri Abdullah kerana khuatirkan kerusi PM bakal tercicir, bertindak tidak waas di dalam isu ini. Bagaimana mungkin sifat seorang bakal PM tidak telus, tetapi menyembunyikan banyak hal dari rakyatnya?

Najib mesti ingat bahawa beliau hampir tewas di Pekan pada pilihanraya ke 10 pada 1999 lalu dimana majoriti yang diperolehinya hanya sekadar 241. Ini akan berulang nampaknya di dalam PRU akan datang jika Najib terus-terusan dengan sikapnya itu.

Sementara Agendadaily melaporkan Datuk Seri Anwar, mantan TPM yang telah dibersihkan namanya oleh mahkamah terus mengkrtik pedas Datuk Seri Najib.

Kita ikuti laporan AGENDADAILY ini.

View attachment 3922

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berganjak dari terus ‘ menyerang ’ Datuk Seri Najib Tun Razak. “Dedahlah”…katanya kepada Agendadaily ketika diminta mengulas amaran Timbalan Perdana Menteri hendak membongkar rahsianya jika meneruskan tindak tanduknya menyerang hal-hal peribadinya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ditemui selepas menyampaikan ceramah kempen pilihanraya kecil Ijok di Jaya Setia dekat Batang Berjuntai Jumaat malam.

Sebelum itu dalam ceramahnya kepada masyarakat Cina di pekan Ijok Anwar berkata beliau lebih suka Najib menyamannya. “Mau saman…boleh saman anytime. Saya suka dia saman sebab saya boleh pergi mahkamah,boleh cakap lagi…lagi buka”,katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak menggangap dakwaan-dakwaan terhadap Najib serangan peribadi.

“Saya mau cakap saya tak attack peribadi...mereka attack saya peribadi…ingat dia telanjangkan saya,dia angkat tilam…naik tilam…turun tilam,”katanya.

Menurut Anwar beliau akan buka lebih banyak lagi masa pilihanraya umum nanti. “Sekarang Ijok kita kerja kuat…saya bagi sikit dulu,”ujarnya.-

najib nih dah banyak dah cerita yang didengar.. tadi masa berita perdana.. org india/org kampung ijok pun dia nak tipu kononnya takda kaitan dengan kes altantuya ... takut tembelang pecah la tu.. tu yang guna media elektronik kononnya tak terlibat.. :(scam
 
ha..ha..ha...dia dah panas bontot. kita tunggu je...
 
Corat coret dari Ijok...

Tayar kereta terbenam

Sewaktu minum di sebuah gerai di pekan Batang Berjuntai, seorang rakan tiba-tiba merungut kerana tayar keretanya terbenam sewaktu diletakkan di tepi jalan. Rakan itu bercerita, selepas meletak keretanya, seorang pekerja keturunan India datang dan memarahinya pula.

Pekerja itu mengherdiknya” Encik, apalah taruk kereta sini. Kita tadi 4.30 (pagi) baru kasi tar ini jalan. Sekarang tengok, Encik punya kereta jugak sudah sangkut.’’

Pengunjung gerai ketawa dan seorang lagi masuk jadi nasi tambah dengan kisahnya sembahyang subuh di salah sebuah surau di Ijok. Kata empunya cerita, ketika mengambil wuduk, tangannya terpegang tangki air surau yang baru sahaja dicat warna biru.

Selepas sembahyang, ketika hendak keluar surau, dia baru sedar, ada orang sedang membersihkan kawasan yang sudah ditabur dengan batu. Kawasan parking surau hendak diturap rupa-rupanya.

Susah makan di Batang Berjuntai

Bagi ribuan pekerja dan penyokong parti bertanding yang pertama kali ke Batang Berjuntai, pasti akan merungut kerana sukarnya mencari kedai makan yang dikendalikan oleh pengusaha Islam.

Jikapun ada di Ijok, kebanyakannya pula dibuka untuk makan malam, itupun menjual makanan Thai.

Nasib baik jentera kerja, khususnya Barisan Nasional menyewa rumah bagi menempatkan tenaga kerja dari kawasan dan negeri masing-masing. Di situ ada banyak makanan FOC.

Tertarik dan melekat

Ada satu gerai berhampiran Bilik Gerakan Pemuda BN cukup menarik. Bukan sahaja menarik, tetapi melekat. Entah apa sebabnya, jika dah duduk, rasa macam tak mahu bangun lagi.

Ada seorang kawan yang apabila makan tak pernah habis nasinya, tetapi di gerai itu dia minta nasi tambah. Tapai dibungkus daun getah yang tidak pernah dimakannya pun habis enam bungkus.

Kawannya yang seorang lagi, order air sampai empat kali. Yang seorang lagi baru bangkit 30 minit, duduk kembali di gerai itu…. Mungkin lepas pilihanraya mereka akan datang lagi.

Gerai makan ‘self-service’

Restoran dan gerai makan senduk atau layan sendiri, memang banyak di negara ini, tetapi di Batang Berjuntai lain halnya. Di pekan itu, ada deretan 10 gerai yang dimiliki Majlis Daerah Kuala Selangor.

Semasa hari penamaan calon pada 19 April lalu, hanya dua gerai yang dibuka sedangkan puluhan ribu orang membanjir pekan itu. Berpusu-pusulah orang ramai nak mendapatkan sarapan pagi.

Punyalah siksa nak dapat…. Gelas kutip di meja, basuh sendiri dan serahkan kepada pembancuh air, baru boleh dapat. Kalau setakat order, minum air dalam tin bolehlah, tetapi dalam masa sejam dah liau semuanya. Nak makan, cari pinggan sendiri, senduk sendiri, makan sendiri, jangan harap nak jumpa sudu dan garpu. Lepas tu bayar dan bangun, sebab banyak lagi yang menunggu giliran.

Di gerai lain, pemiliknya wanita India berusia 50-an ditanya kenapa tengah hari baru buka gerai. Dia memberitahu, “Saya tak tau ini hari ada banyak orang. Saya bangun, mandi, tengok orang ada ribu-ribu, saya hairan. Cepat-cepat mari kedai. Bisnes ada sikit baik.

Besok, pukul 4.30 pagi saya mahu buka kedai.’’ Tanpa mengetahui hari tersebut adalah hari penamaan calon untuk pilihanraya kecil. Jika dia membuka kedai jam 4.30 pagi semalam, dia akan terkejut sekali lagi!

Khalid Ibrahim dalam jamban


Pekerja-pekerja Parti Keadilan Rakyat (PKR) memang kerja ‘all-out’ kali ni. Mereka pasang poster dan bendera di merata tempat. Dalam tandas di sebuah stesen minyak di Batang Berjuntai pun ada gambar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Seorang pengguna ketika keluar dari tandas itu sambil senyum-senyum memberitahu…”Nak kencingpun malu…tengah berjuntai, Tan Sri Khalid senyum je tengok.’’

Berjuntai Bestari dan batang berjuntai punya kisah

First-timer ke Kuala Selangor pasti tertanya-tanya batang apa yang berjuntai sehingga lekat nama Batang Berjuntai di Ijok.

Mereka datang mahu melihat batang yang istimewa itu. Jika ke Bukit Melawati, juga di Kuala Selangor ada tinggalan sejarah seperti meriam lama dan tempat melihat anak bulan.

Banyak yang tertanya-tanya dari mana asalnya Batang Berjuntai? Tidak ada siapa yang boleh jawab. Yang mereka beritahu hanyalah nama-nama baru seperti Bandar Baru Berjuntai (BBB) dan Berjuntai Bestari yang menempatkan Universiti Industri Selangor (UNISEL).

Elok juga UNISEL kaji asal usul pekan itu tambahan pula ada kampung yang bernama Kampung Hang Tuah. Boleh buat tesis MA .-22/4/2007 :D
 
harap2 menanglaaaa org melayu kat sana tuu..... majoriti org melayu..... klu pangkah india jugak taktau laaa nak kata.....
memang sape2 pun asal buat keje wakil rakyat dia.... tp mesti dulukan bangsa dia gak..... pikir2 kan laaa

IDUP MELAYU!!!!!!
 
yang aku takutnyer..org melayu ijok wat semayang hajat kasi menang calon bukan melayu...pastu wat kenduri kesyukuran bile calon tu dah menang...tak ke harubiru namenye:(
 
yang aku takutnyer..org melayu ijok wat semayang hajat kasi menang calon bukan melayu...pastu wat kenduri kesyukuran bile calon tu dah menang...tak ke harubiru namenye:(

aku harap keadilan dapat ambik kerusi ijok... biar la melayu jaga ijok.. buat apa letak india kat situ!! ~X(
 
aku harap keadilan dapat ambik kerusi ijok... biar la melayu jaga ijok.. buat apa letak india kat
situ!! ~X(

betul tu...kalau org melayu pangkah jgk BN tu x tau ler nak ckp apa lg...nak kata diorg tu buta mata x kot...mungkin buta hati...

apa2 pun semoga melayu terus maju...jgn tidor mcm PM & menteri2nyer...:)) :)) :)) :)cgrock :)cgrock BN:(scam BN:(scam
 
harap2 menanglaaaa org melayu kat sana tuu..... majoriti org melayu..... klu pangkah india jugak taktau laaa nak kata.....
memang sape2 pun asal buat keje wakil rakyat dia.... tp mesti dulukan bangsa dia gak..... pikir2 kan laaa

IDUP MELAYU!!!!!!

betul2 tu.... ****** ni muda dan baru lg .. x bnyk pengalaman... kalau undi gak org melayu mmng ntah la nak ckp .... diaorg ni klu naik nnti org melayu buat dia buat xtau je ..... dulukan kaum dia jee... ckp je berentam nak tlng org melayu ... tngk samy vellu pun dah cukup .....
pirahhh macha .... balik lu punya negara la nak jadi calon
 
Pengundi Hantu?

Apa sudah jadi SPR dengan Moto CEKAP DAN TELUS sampai budak umur 8 tahun pun boleh mengundi di Ijok. Tak Percaya ? Pergi ke laman web SPR http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp masukkan No MyKad ini 990518610029 Ya ini dia, CEKAP DAN TELUS, Malaysia Boleh !

8tahun_ijok.jpg


sumber: http://www.umno-reform.com/
 
Back
Top
Log in Register