BTC USD 84,428.5 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pilihanraya Kecil Dun Ijok....

Cerita versi BA:D

Bilik gerakan KeADILan diarah tutup, pegawai kerajaan diugut
Saidah Hairan
Sat | Apr 21, 07 | 02:31:44 PM

IJOK, 21 April (Hrkh) - Kempen pilihan raya Dun Ijok bertambah panas apabila petugas-petugas KeADILan sentiasa menerima tekanan hebat daripada pihak berkuasa selain provokasi daripada petugas BN/Umno.

Advertisement

AJK KeADILan Kawasan Ijok, Azmi melaporkan, tiga orang pemuda Melayu yang menaiki kereta BMW hitam berhenti di jalan besar Kampung Jaya Setia dan memotong semua bendera keADILan yang ada di sepanjang jalan itu.

"Kejadian memotong dan menggunting bendera KeADILan itu berlaku sekitar jam 11.30 pagi tadi," katanya.

Beliau telah membuat laporan Polis di balai Polis Batang Berjuntai berhubung tindakan ganas yang ternyata melanggar peraturan kempen pilihan raya.

Selain itu katanya, pemilik tanah yang membenarkan KeADILan membuka bilik gerakan di kampung Jaya Setia turut diugut oleh pihak berkuasa supaya menutup bilik gerakan tersebut.

Tambah beliau, anak kepada pemilik tanah itu yang bekerja di Jabatan Kerajaan Shah Alam diugut akan ditukarkan ke Sarawak jika pihak KeADILan masih dibenarkan membuka bilik gerakannya di situ.

"Pagi tadi anak kepada pemilik tanah itu menghubungi saya dan berharap bilik gerakan KeADILan ditutup jika tidak beliau akan ditukarkan ke Sarawak," katanya.

Dalam pada itu, Azmi turut kesal dengan sikap pemuda Umno yang didakwa dari Puchong sengaja menimbulkan pergaduhan dengan petugas KeADILan melalui provokasi ganas.

Menurut beliau, amalan biasa dalam waktu berkempen pimpinan Umno sanggup memberi upah pelajar sekolah antara tingkatan satu hingga dua untuk memasang bendera BN dan gambar calon di sepanjang kampung itu.
 
itulah politik resam sebelah sana, tiada yang itu maka tiadalah kemenangan bagi pihaknya....:)cgrock
 
Cerita versi BN:D

Isu Tempatan: Bukan Waktu Pilihan Raya Pun Lot Tanah Tetap Diberikan

P4190055.JPG
Ijok, 20 April 07: Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan surat kelulusan lot tanah kepada berpuluh ribu penduduk Selangor tanpa mengira masa pilihan raya atau bukan.

"Sekiranya layak dan tanah tersebut sesuai maka kita akan pertimbangkan. Namun pemberian harus mengambil kira pelbagai kriteria dan dikenakan premium tertentu."

P4190031.jpg
Dr. Mohamad Khir berkata demikian ketika menyampaikan geran lot tanah kepada 428 keluarga dalam DUN Ijok di Dewan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, Ijok.

“Malam ini sungguhpun kita beri geran ini sewaktu pilihan raya kecil, bukan bermakna jika tiada pilihan raya maka mereka tidak akan dapat. Kita memerlukan masa untuk meneliti permohonan serta mendapat pandangan pelbagai pihak termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran bagi meneliti kesesuaian tanah yang dipohon.”

Antara penduduk kampung yang menerima geran lot rumah ini ialah kampun Seri Aman (122 lot), Kampung Seri Sentosa (160 lot), Kampung Jaya Setia (118 lot) dan Kampung Seri Ijok (28 lot).

Penduduk kampung yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang menyelesaikan permohonan mereka.

"Tidak penting sama ada ini merupakan kempen pilihan raya atau bukan. Asalkan kerajaan dapat membantu adalah satu rahmat dan wajar dihargai," kata salah seorang penerima yang enggan memberi nama penuhya.

Sementara itu, Dr. khir menjelaskan bahawa tanah di kampung Berembang adalah milik swasta dan kerajaan tidak boleh memberi kepada mereka lot rumah tersebut.

"Hanya segelintir kecil dari mereka yang terpengaruh dengan hasutan pembangkang enggan berpindah. Majoriti penduduk di situ gembira menerima tawaran kerajaan dan pemilik tanah tersebut."

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita mengenai kempen pembangkang yang mengeksploitasi isu setinggan Kampung Berembang bagi menunjukkan kezaliman kerajaan.
 
Last edited:
Cerita versi BN:D

Isu Tempatan: Bukan Waktu Pilihan Raya Pun Lot Tanah Tetap Diberikan

View attachment 3920
Ijok, 20 April 07: Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan surat kelulusan lot tanah kepada berpuluh ribu penduduk Selangor tanpa mengira masa pilihan raya atau bukan.

"Sekiranya layak dan tanah tersebut sesuai maka kita akan pertimbangkan. Namun pemberian harus mengambil kira pelbagai kriteria dan dikenakan premium tertentu."

View attachment 3921
Dr. Mohamad Khir berkata demikian ketika menyampaikan geran lot tanah kepada 428 keluarga dalam DUN Ijok di Dewan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, Ijok.

“Malam ini sungguhpun kita beri geran ini sewaktu pilihan raya kecil, bukan bermakna jika tiada pilihan raya maka mereka tidak akan dapat. Kita memerlukan masa untuk meneliti permohonan serta mendapat pandangan pelbagai pihak termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran bagi meneliti kesesuaian tanah yang dipohon.”

Antara penduduk kampung yang menerima geran lot rumah ini ialah kampun Seri Aman (122 lot), Kampung Seri Sentosa (160 lot), Kampung Jaya Setia (118 lot) dan Kampung Seri Ijok (28 lot).

Penduduk kampung yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang menyelesaikan permohonan mereka.

"Tidak penting sama ada ini merupakan kempen pilihan raya atau bukan. Asalkan kerajaan dapat membantu adalah satu rahmat dan wajar dihargai," kata salah seorang penerima yang enggan memberi nama penuhya.

Sementara itu, Dr. khir menjelaskan bahawa tanah di kampung Berembang adalah milik swasta dan kerajaan tidak boleh memberi kepada mereka lot rumah tersebut.

"Hanya segelintir kecil dari mereka yang terpengaruh dengan hasutan pembangkang enggan berpindah. Majoriti penduduk di situ gembira menerima tawaran kerajaan dan pemilik tanah tersebut."

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita mengenai kempen pembangkang yang mengeksploitasi isu setinggan Kampung Berembang bagi menunjukkan kezaliman kerajaan.

dekat PR ni laju plak jabatan kerajaang ni buat keje(kononya), bila hari biasa tido kut? hari2 kena gesa buat keje...ngeh3x:))
 
Cerita Versi SD:D
....nanti kena panggil uncle seekers check sat..;)

BN Perlu Pastikan 2,000 Pengundi Tinggal Di Luar Ijok Balik Mengundi
Posted on Saturday, April 21 @ 02:29:00 MYT

KUALA SELANGOR, 20 April -- Barisan Nasional (BN) perlu memastikan lebih 2,000 pengundi berdaftar yang menetap di luar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok balik untuk mengundi dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 28 April ini bagi menjamin kemenangan yang lebih besar, kata beberapa petugas parti dan pemimpin tempatan MIC.

Para petugas berkenaan dan sumber lain memberitahu Bernama, tidak kurang 2,000 pengundi termasuk 600 pengundi India dikatakan menetap di luar kawasan DUN Ijok seperti Sungai Buloh, Shah Alam, Klang, Kapar, Meru, Kuala Lumpur dan malah hingga ke Hulu Selangor dan Singapura.

Seorang pemimpin MIC Selangor yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam kerja-kerja parti dan pilihan raya berkata BN kini seharusnya memberikan lebih tumpuan kepada usaha memastikan golongan pengundi yang menetap di luar balik untuk mengundi.

Beliau bimbang sekiranya jentera parti hanya memberikan tumpuan kepada pengundi sedia ada di Ijok, tindakan itu akan memberi kesan kepada kemenangan BN.

"Malah, tinjauan dari rumah ke rumah oleh para petugas parti termasuk dari MIC mendapati ramai juga penduduk yang layak mengundi tetapi tidak berdaftar sebagai pengundi dan tiada usaha aktif dijalankan bagi mendaftarkan mereka," kata pemimpin yang enggan dikenali itu kepada Bernama ketika ditemui di sini, Jumaat.

Menurutnya kumpulan itu juga perlu diberikan perhatian oleh BN menjelang pilihan raya umum akan datang.

Antara yang dikenal pasti sebagai punca penghijrahan keluar penduduk ialah mencari peluang pekerjaan yang lebih baik kerana amat sedikit peluang pekerjaan dalam bidang perindustrian dan pembuatan yang terdapat di Ijok serta kawasan sekitarnya.

Sementara yang lain menetap di tempat lain kerana jauh untuk berulang alik ke tempat kerja misalnya di Shah Alam dan tawaran gaji yang lebih menarik juga ialah antara faktor yang mendorong pengundi di kawasan DUN Ijok berhijrah keluar dari Kuala Selangor.

Pemimpin MIC itu juga berkata bahawa kesukaran akan timbul jika pengundi yang menetap di luar Ijok itu adalah pekerja kilang kerana mereka agak sukar hendak mendapatkan pelepasan daripada majikan untuk pulang mengundi dengan tidak dipotong gaji.

Pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk K. Sivalingam, 59, di Chennai, India pada 4 April lalu kerana serangan jantung.

Pada pilihan raya kecil kali ini, calon BN, K. Parthiban, 38, akan ditentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Khalid Ibrahim, 61.

-- BERNAMA
 
pengundi ijok ke? hantu? aku lebih kepada hantu rasanya...:eek: :eek: :eek:

wat la masuk 10K senang skit jamin kemenangan :)) :)) :))
 
Cerita Versi BA :D

Najib Melenting, Anwar Terus Bidas
Posted on Saturday, April 21 @ 21:04:41 MYT by greenboc

Analisis Isu Khabarnya berita TV di waktu perdana sebentar tadi melaporkan muka Datuk Seri Mohd Najib merah padam dan "naik angin" tatkala mengulas hubungkaitnya dengan kes Altantuya yang banyak didedahkan di media internet.

Dengan sikap yang ditunjukkan seolah-olah ada fakta yang hendak disembunyikan olehnya kerana tiba-tiba TPM melenting, tiba TPM naik angin dan tiba-tiba muka TPM merah padam sewaktu ditanya oleh wartawan mengenal hal itu.

Pepatah Melayu ada menyatakan: "jika tidak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah" jelas menggambar situasi dan kondisi Najib seperti yang dipaparkan di kaca TV.

Tak mungkin orang akan tetiba marah jika ia tidak ada kena mengena dengan dirinya secara teru dan tak mungkin beliau tetiba mempersoalkan "mengapa kes ini ditimbul sewaktu pilihanraya kecil Ijok".

Seperti sudah tidak berdaya untuk memikirkan serangan balas, Najib terus cuba untuk mendabik dada kononnya "aku TPM" justeru "jangan berani untuk dedahkan itu dan ini".

Umum mengetahui Najib tidak ada kualiti diri - akhlaknya punah kerana peribadinya pernah dipersoalkan. namun kita tidak beminat hal itu lagi dan tidak mahu rumahtangganya retak untuk kali kedua.

Yang kita berminat ingin tahu ialah hal-hal yang berkaitan dengan negara - hal-hal yang menyentuh kepentingan umum seperti kes Altantuya yang telah sampai ke peringkat antarabangsa.

Ini Najib tidak boleh lari. Ini Najib tidak boleh sekadar menyapu sampah ke bawah karpet lagi.

Lambat-laun ia tetap terdedah. Jawapan Najib yang kononnya skan mendedahkan rahsia Anwar tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan iaitu ALTANTUYA. Ia sekadar satu eskapisme bebal dari seorang yang berpangkat TPM.

Najib yang terpaksa menjadi pak angguk kepada Datuk Seri Abdullah kerana khuatirkan kerusi PM bakal tercicir, bertindak tidak waas di dalam isu ini. Bagaimana mungkin sifat seorang bakal PM tidak telus, tetapi menyembunyikan banyak hal dari rakyatnya?

Najib mesti ingat bahawa beliau hampir tewas di Pekan pada pilihanraya ke 10 pada 1999 lalu dimana majoriti yang diperolehinya hanya sekadar 241. Ini akan berulang nampaknya di dalam PRU akan datang jika Najib terus-terusan dengan sikapnya itu.

Sementara Agendadaily melaporkan Datuk Seri Anwar, mantan TPM yang telah dibersihkan namanya oleh mahkamah terus mengkrtik pedas Datuk Seri Najib.

Kita ikuti laporan AGENDADAILY ini.

ANWAR-CERAMAH.jpg

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berganjak dari terus ‘ menyerang ’ Datuk Seri Najib Tun Razak. “Dedahlah”…katanya kepada Agendadaily ketika diminta mengulas amaran Timbalan Perdana Menteri hendak membongkar rahsianya jika meneruskan tindak tanduknya menyerang hal-hal peribadinya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ditemui selepas menyampaikan ceramah kempen pilihanraya kecil Ijok di Jaya Setia dekat Batang Berjuntai Jumaat malam.

Sebelum itu dalam ceramahnya kepada masyarakat Cina di pekan Ijok Anwar berkata beliau lebih suka Najib menyamannya. “Mau saman…boleh saman anytime. Saya suka dia saman sebab saya boleh pergi mahkamah,boleh cakap lagi…lagi buka”,katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak menggangap dakwaan-dakwaan terhadap Najib serangan peribadi.

“Saya mau cakap saya tak attack peribadi...mereka attack saya peribadi…ingat dia telanjangkan saya,dia angkat tilam…naik tilam…turun tilam,”katanya.

Menurut Anwar beliau akan buka lebih banyak lagi masa pilihanraya umum nanti. “Sekarang Ijok kita kerja kuat…saya bagi sikit dulu,”ujarnya.-
 
pengundi ijok ke? hantu? aku lebih kepada hantu rasanya...:eek: :eek: :eek:

wat la masuk 10K senang skit jamin kemenangan :)) :)) :))

x aci ler main hantu2 ni...
kan Pameran Hantu pun dah diharamkan...
karang jadi Pilihanraya Misterrrrrrrrrrri...:D
 
Back
Top
Log in Register