BTC USD 83,491.9 Gold USD 4,194.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pilihanraya Kecil Dun Ijok....

Poster Versi BA :D
badges_ijok[1].jpg
 
aku jawab bagi pihak UMNO

yang join BA :-

Datuk Ismail Kamus -> mana org pakai kamus dah sbb dah blajaq mate /sains dlm BI
Ustaz harun din ->tangkap JIN dan jual ayaq jampi reti la dia nie
Haji Hassan Ali ->dah tak laku nak buat kembina semangat sbb dah ada PLKN
Haji Taib Azamuddin ->Tak CLASS laa sbb takmau baca doa dlm sukan Komenwel..
Ust.Ishak Baharom ->Nie lembab sangat biaq p la nak ratu cantik ka janji hati mau baik
ust.badrol Amin ->mana laku dah suara tak sedap dah nak wirid...

agaknye lee...aku budak TADIKA mana tau semua nie:)

ni pun klaka gak...hahaha
 
terer hang wat lawak yer....elok ko masuk raja lawak astro...gurau je
 
Teknik kempen versi BA :D

Jawapan untuk Orang Ijok.

Solan Makcik UMNO : Kami tak pilih orang kami pilih parti.
Jawab PKR : Ye lah mak cik oi...esok anak makcik..kawin jangan pilih calon ...pilih sapa sapa pun, kalau boleh tu tu yang bawak jambatan tu nak?.

Soalan :- Kami pilih PKR boleh dapat apo eh?
Jawab PKR : - Dah 50 tahun apo yang makcik dapat he...? Asyik asyik kain batik, duit RM50, ...jalan makcik dapat, kami pun dapat, sekolah makcik dapat, kami pun dapat...tak dok bezo...he..

Soalan :- Apo nak reformasi kan sini..dari dulu kami duduk aman kat sini.
Jawab PKR :- Mak cik amanlah..anak mak cik belum tentu...mano anak mak cik ee sekrang? kut kut duk merempit?.

dah lah mak cik..ponek cakap ngan mak cik ni...undi jer ...PKR Dato' Khalid, bukan budak hingusan tu...kawin lah dulu...kalau tak pun..mak cik ajer lah yang ambik dia tu...

Lalu mak cik UMNO berlalu pegi..
 
Catatan seorg sahabat versi BA:D
(aku dapat kat blog Roslan SMS)

Catatan di Ijok sepintas lalu

Penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Ijok berlangung pagi tadi. Proses demokrasi ini yang sepatutnya berjalan lancar bilamana calon-calon yang bertanding sepatutnya mengemukakan pencalonan masing-masing akhirnya dicemari dengan beberapa insiden yang sangat dikesali.

Batang Berjunta adalah merupakan satu pekan kecil tidak jauh dari Kuala Selangor dan berada id dalam DUN Ijok, Parlimen Kuala Selangor.

Apabila BN dan BA bertanding untuk kerusi ini sudah pastilah para penyokong kedua-dua belah parti akan membanjiri pekan kecil ini. Dan inilah yang telah berlaku pagi tadi sehingga mengakibatkan kesesakan lalulintas yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

Seawal jam 8.45 pagi rombongan BA kira-kira 2,000 orang telah mengiringi calon PKR Tan Sri Khalid Ibrahim menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Orang Ramai Batang Berjuntai. Apabila tiba di hadapan sebuah sekolah cina berhampiran dewan itu, rombongan BA itu telah dihalangi oleh sekumpulan penyokong BN yang berkebetulan berkumpul di sekolah Cina berkenaan. Penyokong BN yang diketua Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin itu dikatakan enggan memberi laluan kepada rombongan BA tadi sehinggalah Timbalan Pengerusi BN Najib Tun Razak tiba terlebih dahulu.

Dalam keadaan tegang dan huru-hara itu, Datin Seri Dr Wan Azizah, Presiden PKR telah meluru ke hadapan outrider polis yang mengiringi rombongan VIP BN itu, menuntut agar calon BA diberikan laluan terlebih dahulu ke Pusat Penamaan Calon.

Tindakan berani Dr Wan Azizah itu telah mengakibatkan pihak polis memberi laluan dan akhirnya rombongan besar BA itu diberikan laluan.

Setibanya di dewan, rombongan BN rupanya telah pun tiba dan calon BN telah pun menyerahkan kertas pencalonannya. Ini menimbulkan tanda-tanya adakah tindakan menghalang calon BA itu merupakan taktik BN bagi menggagalkan usaha menyerahkan borang pencalonan Tan Sri Khalid?

Di dewan tepat jam 10 pagi pihak SPR mengumumkan bahawa proses penyerahan kertas pencalonan ditutup dan proses pamiran kertas-kertas pencalonan dan tempoh bantahan bermula. Sejurus itu hujan mula turun dan para penyokong kedua-dua belah pihak yang berada di tengah padang dan hanya terpisah oleh satu garisan yang diwujudkan oleh pihak polis mula menyorak dan melaung-laungkan slogan masing-masing.

Dalam kekalutan itu tiba-tiba para penyokong BN telah menghujani pihak BA dengan
Botol-botl air mineral serta kayu. Tindakan ganas itu telah dibalas pula oleh para penyokong BA sehingga mencetuskan ketegangan. Ianya hanya berjaya diredakan apabila pihak FRU masuk campur dan bertindak melebarkan lagi garis pemisah antara kedua belah pihak.

Kemudiannya selepas tamat tempoh bantahan pihak SPR telah mengumumkan yang kerusi ini akan menyaksikan pertandingans atu lawan satu antara calon BN K Parthiban dan calon PKR Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saya menyaksikan kekalutan, ketegangan dan suasana cemas dan huru-hara yang berlaku itu sebenarnya terjadi ekoran kegagalan pihak polis mengawal ekadaan sejak dari mula. Tidak seperti pilihanraya-pilihanraya kecil yang lalu pihak polis kali ini lemah dan gagal menyusun kawalan yang kemas. Pihak polis seolah membiarkan perarakan calon BA bergerak tanpa memperdulikan keadaan dan trafik sehingga membiarkan pertembungan berlaku antara kedua pihak.

Semasa di padang juga, tidak ada garisan pemisah yang kemas dan rapi sebagaimana biasa dan keadaan inilah yang telah mendorong para penyokong BN yang diketua Naib Ketua Pemuda Umno untuk bertindak liar.

Apa pun gelanggang kini sudah terbuka luas, ianya mungkin berat sebelah dan penuh dengan penipuan dan ketiadak-adilan, namun jentera BA perlu bekerja keras bagi menebus maruah negara, bangsa dan agama. Semoga kejayaan diberikan kepada mereka yang berhak padanya.

edisi sureduit..Teringat masa penamaan calon 2004 kat Kuala Kedah dulu..;)

kat vcd nie ada 2 citer:
1st citer rasuah kat JOHOR
2nd citer sekat calon di penamaan calon...
.......p mai p mai tang tuu jee...;)
 
Last edited:
ermmm siapa yg lebih bernas.....:-?
sebelah pihak lagi dah tenggelam ke?
 
Cerita Versi BN ;)

Khalid Tidak Mampu Bawa Perubahan - Najib

Batang Berjuntai, 19 April 2007: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap calon PKR, Khalid Ibrahim, tidak akan mampu membawa sebarang perubahan kepada penduduk Ijok kerana ia akan berada di luar kerajaan.

Katanya Khalid yang merupakan bekas CEO Guthrie dan PNB dulu menjadi tokoh korporat kerana beliau diberi peluang oleh kerajaan Barisan Nasional untuk memimpin sebuah badan besar.

"Tidak boleh buat apa-apa... walaupun berbuih-buih mulut dia (Khalid) bercakap, inilah realiti, tapi jika calon kita (K.Parthiban), dia bisik sahaja pada Menteri Besar (Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo) dia akan dengar dan terima pandangannya," kata Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengunjungi bilik gerakan MIC dan Bilik Gerakan PPP di Batang Berjuntai di sini, Najib berkata calon PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mampu membawa apa-apa kepada pengundi kerana beliau berada di luar kerajaan.

Najib berkata bahawa BN adalah parti yang mempunyai rekod pencapaian paling cemerlang dalam pembangunan negara, dan di bawah pemerintahan BN tahap perpaduan dan keharmonian negara adalah antara yang terbaik di dunia.

Katanya kemenangan BN akan memastikan kesinambungan pembangunan kerana kawasan luar bandar seperti Ijok memerlukan pembangunan yang berterusan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk ke tahap yang lebih tinggi.

"Kalau Selangor merupakan negeri yang paling maju di Malaysia maka kawasan seperti Kuala Selangor dan Ijok adalah termasuk dalam perancangan kerajaan negeri Selangor untuk dimajukan ke tahap yang lebih tinggi," tambahnya.
 
najib? sapa? dokrokcetong dah mamat ni...:eek: :eek: :eek: :eek:
 
Back
Top
Log in Register