ronaldinhood
Super Active Member
- Messages
- 9,352
Paid Membership
- Joined
- Apr 3, 2006
- Messages
- 9,352
- Reaction score
- 73
- Points
- 70
Mahkamah benar petisyen batal keputusan DUN Api-Api
17/07/2008 8:52pm
KOTA KINABALU 17 Julai – Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini membenarkan petisyen seorang pengundi untuk memohon membatalkan keputusan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Dr. Yee Moh Chai.
Keputusan itu dibuat setelah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim menolak bantahan awal terhadap petisyen itu yang dikemukakan oleh Moh Chai.
Petisyen berkenaan difailkan oleh seorang pengundi kawasan DUN Api-Api, Audrey Karen Barry.
Abdul Aziz menetapkan kes tersebut dibicarakan dari 21 hingga 25 Julai ini selepas memutuskan bahawa alasan yang dikemukakan Audrey mencukupi untuk petisyen itu didengar di mahkamah.
Moh Chai yang merupakan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) selaku Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri dinamakan sebagai responden dalam petisyen itu.
Beliau memenangi kerusi DUN Api-Api dengan mendapat majoriti 174 undi, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Christina Liew.
Di dalam petisyen tersebut, Audrey mendakwa terdapat elemen rasuah dan ancaman oleh Moh Chai atau ejennya termasuk mencetak dan mengedarkan risalah mengandungi kenyataan palsu dan berbau hasutan.
Berita baik ni. BN menang hari tu cuma 174 undi jer