BTC USD 83,356.5 Gold USD 4,124.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Spekulasi Pembubaran DUN Sabah Semakin Hangat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,615
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,615
Reaction score
351
Points
141
7cc5e62bea8b7a547e44b9692bfe1f105f5b733bde65d


Spekulasi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semakin hangat pada masa ini dengan beberapa tarikh disebut-sebut untuk pengumuman rasmi berkenaan.

Terkini, sebuah agensi media melaporkan berdasarkan sumber politik kanan negeri bahawa pengumuman pembubaran DUN Sabah dijangka dibuat pada Isnin ini, 6 Okt.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin negeri yang dihubungi Bernama menegaskan bahawa tarikh berkenaan masih bersifat spekulatif dan menasihati orang ramai serta agensi media supaya mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Seri Jahid Jahim yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) memberitahu pihaknya belum menerima sebarang isyarat jelas berhubung perkara berkenaan.

“Mungkin esok malam baru tahu (jika pengumuman pembubaran Isnin), belum lagi buat masa ini, tetapi kita sedia,” katanya.

“Tidak lama lagi bubar, sudah dekat. Sabar dahulu,” kata seorang lagi pemimpin.

Seorang lagi sumber berkata “Guna maklumat yang betul untuk berita. Jangan buat spekulasi. Tarikh itu akan diumumkan nanti.”

Sementara itu, jurucakap Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri memberitahu jemputan media bagi menghadiri pengumuman pembubaran DUN oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor akan dimaklumkan pada waktu yang sesuai.

Hajiji pada Khamis lepas mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu di sini, dan pada hari sama Datuk Seri Kadzim M Yahya mengangkat sumpah sebagai Speaker DUN Sabah untuk penggal kedua di hadapan Tun Musa.

 
Back
Top
Log in Register