BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pilihan Raya Mac 2008

Pilihan Raya Malaysia Bebas !!!

Berita Harian: Khamis, 06 Disember 2007

Pilihan raya Malaysia bebas

Kajian dua badan antarabangsa dapati rakyat yakin proses pengundian adil

KUALA LUMPUR: Satu kajian oleh dua badan antarabangsa mendapati proses pilihan raya di Malaysia paling bebas dan adil di kalangan negara Asia.

Hasil kaji selidik oleh TNS dan Gallup International mendapati rakyat negara ini bukan saja antara penyokong kuat demokrasi di Asia, malah mempunyai keyakinan paling tinggi bahawa pilihan raya yang dijalankan di Malaysia adalah bebas dan adil.

Kajian itu dijalankan antara Jun hingga Ogos lalu membabitkan 60,000 rakyat di 56 negara Asia. Di Malaysia, kajian yang dilaksanakan secara bersemuka itu bermula dari 2 Julai hingga 5 Ogos lalu membabitkan 1,250 penduduk bandar di Semenanjung.

Kedua-dua peratusan itu adalah yang tertinggi dalam senarai 10 negara Asia. Singapura masing-masing mencatat 66 peratus dan 47 peratus, Indonesia (58 peratus dan 37 peratus), Hong Kong (51 peratus dan 57 peratus), India (55 peratus dan 55 peratus), Korea Selatan (55 peratus dan 19 peratus), Jepun (50 peratus dan 29 peratus), Filipina (22 peratus da 42 peratus) dan Pakistan (16 peratus dan 19 peratus).

Gallup International yang ditubuhkan pada 1947 dan didaftarkan di Zurich pula dianggotai agensi di 65 negara di serata dunia yang menjalankan kaji selidik pendapat dan pasaran di lebih 100 negara.

Apa komen anda?
 
1250 penduduk dpd 26 juta rakyat malaysia?? penduduk bandar sahaja? Pada aku kalau nak buat survey kena libatkan semua lapisan masyarakat. Dari bandar hingga ke desa, dari semenanjung sampai sabah & sarawak. Perlu juga dari pelbagai profession supaya resultnya lebih telus.

Tp kan kat Malaysia ni biasa laa... bila berita yg menguntungkan kerajaan, siap front page lagi. Bila ada badan bebas kata tak demokrasi, senyap jer... kalau ada pun kat ruangan pojok yg nampak tak nampak jer kedudukannya.

Walau apa pun, kita masing2 punya pandangan sendiri. Banyak lagi sumber berita & fakta yg boleh kita dpt pd zaman teknologi ni. Cuma jgn main percaya bulat2 jer... kena dgr dr kedua2 belah pihak jugak.. hehehhe :D
 
Spekulasi - Cakap2 Pilihanraya 12

Sapa2 ada berita tentang pilihanraya ke 12 kompom ka tak kompom ka masukkan saja cuma suka2. takpa tak kompom pun kalau kompom taklah kata spekulasi
 
nurul izzah lawan sharizat
dato mashitah merajuk di Baling
 
BN akan kalah banyak kerusi di Semenanjung Malaysia.. Sabah dan Sarawak sahaja still ok..
 
penyokong Be eNd kat perlis dan trengganu x puas ati pasal calon mereka x dipertandingkan... mat derih kata itu semua masaalah kecik jea...
 
Back
Top
Log in Register