BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pilihan Raya Mac 2008

nk ngundi ke tak ek? kat tempat aku ni selalunya MCA vs DAP hehehe..
 
tu la pasal..buat masa ni aku x pernah kluar ngundi lagi..walau dh 3X PRU aku layak.
 
tapi ada ura2.. besar kemungkinan dlm bulan ni atau bulan 12 ni jugak... tahun depan barang semua makin naik... teruk kalau pak lah bubar parlimen & buat PRU tahun depan... :)

P/S: bunyi2 khabar je lah... :)
 
lantaklah bila-bila pun, yang nyatanya tipu tetap tipu..tu jer

:mad: :mad: :mad:
 
petikan surat pembaca berita harian..

Pengundi hanya pangkah calon berwibawa

DESAS-DESUS pilihan raya semakin hampir bukanlah satu halangan kepada wakil rakyat sedia ada dan bakal wakil rakyat melobi diri mereka. Ramai yang 'geli' (meminjam bahasa politik Kedah) untuk menjadi calon pilihan raya, justeru itu tidak hairanlah ke mana saja Perdana Menteri, maka berkerumun wakil rakyat dan bakal calon wakil rakyat berlumba-lumba menayangkan muka masing-masing.

Wakil rakyat sedia ada mengharapkan PM mengingati wajah mereka, bakal calon wakil rakyat pula mengharapkan agar wajah merekalah pula dapat menggantikan muka lama!

Biarlah apapun yang mereka lakukan kerana bukannya satu kesalahan mengidamkan jawatan wakil rakyat. Namun begitu adalah diharapkan agar pemilihan wakil rakyat Umno kali ini dibuat lebih teliti. Diharap tidak ada lagi ahli politik tertentu yang mengambil kesempatan ‘mengquyupkan’ (meminjam bahasa politik Kedah) calon berprestasi tinggi yang dianggap bakal menggugat kedudukan mereka suatu hari nanti!

Dalam loghat Kedah ‘mengquyupkan’ bermaksud meranapkan terus masa depan seseorang calon, sebaliknya calon yang berkriteria minimum diketengahkan oleh pemimpin ini kerana kemungkinan untuk menggoyahkan kedudukan mereka tidak ada langsung.

Berbanding Umno yang masih mengekalkan kriteria tradisi dalam pemilihan calon, kita dapat lihat parti komponen BN galak mengetengahkan calon berprestasi tinggi mereka di kalangan cerdik pandai dan profesional. Kita abaikan pencapaian masyarakat Cina yang jauh ke hadapan, kita lihat saja masyarakat India yang dahulunya dilihat lebih mundur berbanding masyarakat Melayu, kini semakin maju kerana mereka berjaya melahirkan lebih ramai profesional dan bijak pandai dalam masyarakat mereka.

Pemimpin mereka yang cerdik pandai mempunyai visi untuk memajukan masyarakat! Pemimpin Melayu yang berprestasi rendah pula, seperti pemikiran pucuk pimpinan yang mencalonkan mereka menjalankan taktik yang sama kepada orang kampung agar orang kampung terus dungu, tidak melawan dan terus menyokong mereka.

Mereka terus menebalkan jiwa subsidi orang Melayu. Mereka bijak memberikan 'ikan' kepada ketua cawangan setiap kali perjumpaan dengan menyelukkan RM50 ke dalam poket ketua cawangan ataupun sekadar belanja makan di warung. Ketua cawangan yang bernilai RM50 dan secawan kopi O ini akan berasa amat gembira lalu mencanangkan pula ke seluruh pelusuk kampung bahawa Yang Berhormat patut dikekalkan pada pilihan raya akan datang!

Sebaliknya Yang Berhormat berprestasi rendah ini gagal menyediakan 'pancing atau pun mata kail' kepada orang Melayu agar mereka dapat mengurangkan kebergantungan mereka terhadap 'Tongkat Sakti'. Yang Berhormat berprestasi rendah tidak mempunyai visi memajukan bangsa Melayu. Bukan niat saya untuk menidakkan kehebatan beberapa Yang Berhormat Umno yang berkelulusan tinggi, tetapi harus diingat sudah semestinya Yang Berhormat yang berprestasi tinggi mempunyai lebih visi dan misi untuk memajukan orang Melayu!

Pada Perhimpunan Agung Umno kali ini pastinya akan dipergunakan sepenuhnya oleh Yang Berhormat dan bakal yang berhormat untuk memastikan 'gambar mereka tidak ketaq' (meminjam bahasa politik Kedah). Perwakilan dan ahli Umno boleh lihat tindak-tanduk dan kelakuan luar sedar mereka ini kerana dek terlalu ghairah 'menunjukkan' muka mereka.

Namun mereka harus ingat, senario politik masa kini tidak lagi seperti zaman 'Tok Nadoq' dulu (meminjam bahasa politik Kedah). Ketika zaman 'Tok Nadoq', tunggul kayu sekalipun, sekiranya ditandingkan atas lambang dacing pasti menang besar. Sebaliknya pengundi masa kini lebih rasional terutama pengundi muda dan terpelajar yang akan memilih hanya calon berprestasi tinggi sesuai dengan naluri remaja yang sentiasa inginkan yang terbaik.
 
Last edited:
... o ya ya, selepas pembelian soyuz selamat diletakkan di Putrajaya depan opis Pak Jarjis.
 
nak beli soyuz buat ape?..

-buat replika kan save budjet lagi.//
 
Back
Top
Log in Register