BTC USD 82,589.2 Gold USD 4,118.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Piala Malaysia 2020

FB_IMG_1604206960230.jpg

​
KUALA LUMPUR DAPAT SLOT BYE, PERTEMUAN KEDAH DAN PAHANG HIASI PERLAWANAN PERTAMA KALAH MATI TM PIALA MALAYSIA 2020

Perebutan kejuaraan TM Piala Malaysia bermula apabila 15 pasukan yang bertanding kini sudah boleh mencongak laluan masing-masing selepas selesai majlis undian TM Piala Malaysia 2020 di ibu pejabat Malaysian Football League (MFL) Kelana Jaya, hari ini.

Keputusan undian menyaksikan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berdepan wakil Liga Premier, Kuching FA tetapi Kuala Lumpur lebih tersenyum apabila mendapat slot ‘bye’ bagi aksi pusingan pertama pada 6, 7 dan 8 November ini.

Ini kerana Kuala Lumpur diundi bertemu Sabah yang tidak akan terlibat dalam saingan TM Piala Malaysia susulan tidak mendapat pelepasan keluar dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) di mana mereka kini menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 9 November ini.

Namun paling menarik untuk diperkatakan bagi pusingan pertama kalah mati tanpa format timbal balik musim ini ekoran pandemik COVID-19 adalah pertemuan Kedah dengan Pahang.

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak dalam misi menebus kekecewaan tahun lalu tumpas 3-0 pada aksi final kepada JDT percaya, pertembungan dengan Pahang bakal menyajikan aksi sengit di mana tahun lalu mereka layak ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan apabila agregat terikat 8-8.

“Saya rasa bukan sahaja pemain tetapi peminat dari kedua-dua pasukan secara keseluruhan pasti menanti aksi ini kerana pertemuan yang paling menarik pada pusingan pertama. Kekalahan kami kepada Pahang pada CIMB Liga Super sebenarnya satu hikmah agar pemain saya tidak akan ambil sambil lewa dan memberikan yang terbaik pada aksi itu nanti,” katanya.

Sementara ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui anak buahnya sudah bersedia untuk mengharungi saingan TM Piala Malaysia yang menawarkan slot Piala AFC 2021.

“Prestasi Pahang sebenarnya berada di tahap memuaskan biarpun beberapa keputusan kurang menyebelahi kami, maka Piala Malaysia akan menjadi medan kebangkitan kami dan sasaran saya mahu membawa Pahang muncul juara,” katanya.

Sementara itu, keputusan undian lain menyaksikan Terengganu FC (TFC) bertemu PJ City FC disusuli juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor menentang Melaka, Pulau Pinang bertemu Felda United FC dan UiTM FC menentang Kelantan.

Bagi ketua jurulatih TFC Nafuzi Zain, beliau mengakui bukan tugas mudah untuk mereka melepasi halangan awal dalam misi memburu gelaran selepas juara 2001 itu tumpas lima kali di pentas final termasuk pada 2018.

“Rasanya semua tahu PJ City FC merupakan pasukan yang penuh kejutan, bagaimana mereka juga pernah beri cabaran sengit kepada pasukan hebat seperti JDT, jadi tidak mustahil mereka akan lakukan perkara sama kepada kami, dan pemain-pemain harus bersedia untuk aksi ini nanti,” katanya.

Bagi pengendali Selangor pula, Michael Feichtenbeiner bakal merasai pengalaman pertama membimbing pasukan juara 33 kali TM Piala Malaysia selepas mengambil alih tugas daripada B Satiananthan pada September lalu.

“Dalam pertandingan kalah mati, sesiapa sahaja boleh menang ke atas sesiapa dan kami mahu berikan tumpuan satu demi satu, dimulai dengan Melaka. Selangor akan tampil dengan banyak elemen berbeza pada kali ini kerana kami menyenaraikan beberapa pemain muda dari Selangor 2 dan pasukan ini nampak seimbang dari semua segi untuk bagi cabaran,” katanya.

Bagi ketua jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan, beliau mengimpikan sejarah baharu mampu dilakar anak buahnya.

“Memang undian yang sukar buat Melaka kerana akan bertemu Selangor tetapi kami akan tampil berikan yang terbaik. Harapan saya sudah tentu mahu mencatat sejarah buat Melaka yang belum pernah memenangi trofi ini semenjak dipertandingkan dari dahulu,” katanya.

Manakala pasukan yang akan membuat penampilan pertama di kejohanan tertua di Asia Tenggara, Kelantan United FC pula diundi berdepan juara 2018 Perak.

“Perak cukup baik daripada segala aspek, jika nak dibandingkan dengan Kelantan United, jadi turun sebagai pasukan bukan pilihan, mahu atau tidak, kita kena buat sehabis baik dan dalam bola sepak ini, apa-apa sahaja boleh jadi,” kata ketua jurulatih Kelantan United FC, Nazrul Erwan Makmor.

Majlis undian TM Piala Malaysia itu dihadiri Ahli Lembaga Pengarah MFL Datuk Wira Yusoff Mahadi, Ketua Pegawai Eksekutif MFL Dato’ Ab Ghani Hassan, serta wakil pemerhati iaitu Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) Datuk Jasni Shafie dan Ketua Unit Perundangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Shahida Bashirah Hishamuddin.

#TMPialaMalaysia2020
 
FB_IMG_1604591159940.jpg

​
TM PIALA MALAYSIA: SELANGOR DAN UiTM FC BERAKSI DI VENUE LUAR KERANA PKPB

Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan jadual perlawanan bagi pusingan pertama TM Piala Malaysia bermula 6, 7 dan 8 November 2020 yang menyaksikan dua pasukan tuan rumah Selangor dan UiTM FC beraksi di venue luar.

Ini susulan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang sehingga 9 November depan.

Selangor selaku pasukan tuan rumah memilih Stadium Hang Jebat sebagai venue perlawanan pusingan 16 menentang Melaka pada 8 November 2020 manakala UiTM FC yang turut berpangkalan di Shah Alam akan menjadikan Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak sebagai venue mereka menentang Kelantan pada tarikh yang sama.

Bagaimanapun dua lagi pasukan yang terbabit dengan PKPB, Kuala Lumpur pula mendapat bye untuk layak automatik ke suku akhir manakala PJ City FC pula akan bertandang ke gelanggang lawan berdepan Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 7 November 2020.

Manakala perlawanan-perlawanan lain tidak terlibat dengan PKPB disebabkan penularan COVID-19 boleh bermain di venue masing-masing iaitu juara Liga Premier Pulau Pinang menentang Felda United FC di Stadium Bandaraya, juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Kuching FA di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos dan Kedah melawan Pahang di Stadium Darul Aman pada 6 November 2020.

Manakala satu lagi perlawanan membabitkan Perak dengan Kelantan United FC berlangsung di Stadium Perak, Ipoh pada 7 November 2020.

Saingan suku akhir TM Piala Malaysia akan berlangsung pada 12 dan 13 November 2020, separuh akhir (17 November 2020) dan perlawanan akhir (22 November 2020) dengan menggunakan format kalah mati tanpa timbal balik bermula pusingan pertama di mana venue suku akhir akan dimaklumkan sebaik tamat perlawanan yang berlangsung pada 6, 7 dan 8 November 2020.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, semua pasukan sudah sedia maklum dengan perubahan venue perlawanan dan beliau percaya saingan dapat dijalankan mengikut perancangan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang ketat oleh semua pasukan dan pegawai perlawanan terlibat.

“Penjadualan perlawanan TM Piala Malaysia sudah dirancang dengan baik dan semua pasukan termasuk pasukan yang terpaksa beraksi di venue luar iaitu Selangor dan UiTM FC sudah bersedia untuk mengharungi perlawanan pusingan pertama pada 6, 7 dan 8 November ini.

“Bagi memastikan kelancaran dalam tempoh COVID-19 ketika ini, MFL sebagai badan pengelola tidak akan berkompromi bagi pelaksanaan SOP dengan semua perlawanan mestilah berpandukan Garis Panduan Pengelolaan Perlawanan Liga Malaysia 2020 tanpa penonton.

“Adalah diingatkan bahawa sebarang kegagalan mematuhi dan pelanggaran SOP oleh pasukan merupakan satu kesalahan serius dan akan dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh MFL. Sebarang perubahan atau pindaan kalendar dan jadual adalah tertakluk kepada keputusan Ahli Lembaga Pengarah,” katanya.

Anda boleh muat turun jadual Pusingan Pertama TM Piala Malaysia 2020 di sini: http://www.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2020/11/Jadual-TM-Piala-Malaysia-2020.pdf

#TMPialaMalaysia2020
 
FB_IMG_1604591238487.jpg

FB_IMG_1604591242561.jpg

FB_IMG_1604591245035.jpg

​
📅 JADUAL PERLAWANAN TM PIALA MALAYSIA - PUSINGAN PERTAMA

Saingan TM Piala Malaysia bermula hujung minggu ini dengan aksi pusingan pertama! 🔥

Siaran langsung semua perlawanan di:
📺 unifi TV 701-705
📲 Aplikasi unifi playTV
▶ YouTube unifi

https://youtube.com/user/TMOfficialTube

Serta siaran langsung perlawanan Kedah lwn Pahang dan Selangor lwn Melaka di RTM (saluran TV akan dikemaskini dalam masa terdekat).

⛔ Peringatan, perlawanan akan dijalankan tanpa penonton.

#TMPialaMalaysia2020
 
FB_IMG_1604591328297.jpg

​
UITM FC WASPADA ANCAMAN KELANTAN

Pertahanan UiTM FC, Muhamad Afif Asyraf mengakui mereka tetap berdepan cabaran sukar meskipun diundi bertemu pasukan Liga Premier, Kelantan pada pusingan pertama TM Piala Malaysia, 8 November ini.

Apatah lagi UiTM yang mengalami kesukaran menjalani latihan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang juga terpaksa beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak

Namun, Afif yakin dengan percaturan pengendali Frank Bernhardt yang pasti sudah mencongak prestasi terbaik bagi berdepan Kelantan.

“Saya rasa kami tiada masalah daripada segi latihan walaupun sekarang kena berlatih ikut SOP (Prosedur Operasi Standard) yang ketat kerana pemain semua sudah serasi dan kita boleh fokus kepada taktikal yang diberikan oleh jurulatih.

“Memang Kelantan lebih bernasib baik apabila mereka dapat berlatih dengan normal kerana di Kota Bharu tidak dilaksanakan PKPB berbanding dengan kami di sini, tetapi saya rasa semua pemain sudah tahu apa yang perlu dibuat tidak kira macam mana kami berlatih pun.

“Sebelum ini sempat berlatih di Seremban dalam beberapa hari sebelum kami sambung berlatih di Lembah Klang, jadi rasanya tiada masalah untuk kita tetap memberi cabaran sengit kepada Kelantan nanti,” jelasnya.

Bakal beraksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung susulan PKPB yang masih dilaksanakan sehingga 9 November, Afif mengharapkan venue itu dapat memberi tuah kepada mereka selaku tuan rumah untuk memastikan slot ke suku akhir menjadi milik skuad The Lions Troop.

Setakat ini, pencapaian UiTM FC dalam saingan Piala Malaysia hanya bertahan dalam peringkat kumpulan sahaja dan semestinya pada musim ini, pemain berusia 29 tahun itu positif mereka mampu melakar kejutan.

“Memandangkan kami harus beraksi di venue luar, saya merasakan Stadium Majlis Perbandaran Manjung itu dapat memberikan sesuatu kepada kami untuk kami cuba lakar kejutan mara ke suku akhir.

“Kita sedar dengan prestasi Kelantan yang semakin meningkat khususnya selepas mereka mempunyai pemilik baharu, Norizam Tukiman, tetapi saya rasa perlawanan kali ini lebih berbeza dengan format kalah mati, jadi apa sahaja boleh berlaku.

“Jadi mahu atau tidak, memang kami kena bagi lebih 100 peratus di atas padang dan saya percaya kami semua tidak akan mengambil mudah perlawanan itu nanti,” tambahnya.

Selain UiTM FC selaku tuan rumah yang akan beraksi di venue luar, Selangor juga tidak terkecuali apabila memilih Stadium Hang Jebat sebagai venue mereka untuk menentang Melaka pada tarikh yang sama, 8 November ini.

#TMPialaMalaysia2020
 
FB_IMG_1604591368471.jpg

​
REKOD LALU TIDAK GUSARKAN KEDAH

Ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar menganggap rekod kekalahan 1-2 di tangan Pahang pada pentas CIMB Liga Super tidak menggusarkan skuad Helang Merah dengan menyifatkan pentas TM Piala Malaysia sebagai satu medan berbeza buat semua pasukan.

Apa yang penting, Baddrol melihat mereka boleh menjadikan pengalaman dalam perlawanan berkenaan untuk memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan agar pisang tidak berbuah dua kali apabila kedua-dua pasukan bakal berentap di pusingan pertama TM Piala Malaysia, Jumaat ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Selain itu, Baddrol mengakui pertembungan dengan Pahang ini ibarat mengimbau memori separuh akhir Piala Malaysia musim lalu yang memperlihatkan antara persaingan paling sengit dalam sejarah pertandingan apabila terikat 8-8 secara agregat namun Kedah layak berdasarkan jaringan di laman lawan.

“Kekalahan tempoh hari dalam Liga Super bagi saya ibarat satu pengajaran berguna kepada Kedah kerana kami terlepas peluang bagi merapatkan jurang dengan pendahulu, JDT (Johor Darul Ta’zim).

“Jadi, semua pemain kena harus mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi serta memperbaiki segala kekurangan agar tidak terjadi sekali lagi kerana kami wajib menang dalam perlawanan ini.

“Tiada tekanan sebenarnya kepada Kedah dan harapan saya pasukan dapat kekalkan momentum seperti aksi kami sebelum-sebelum ini walaupun berdepan Pahang benar-benar mengingatkan aksi di separuh akhir pada musim lepas.

“Satu lagi harapan saya tiada mana-mana pemain mengalami sebarang kecederaan dan sempat pulih sebelum turun dengan Pahang kerana kami memerlukan semua pemain terbaik yang dimiliki pasukan,” katanya.

Pada aksi yang berlangsung pada 26 September lalu di Stadium Darul Makmur, Kedah terlebih dahulu berada di depan menerusi Tchetche Kipre pada minit 15 sebelum Pahang dapat memenangi perlawanan itu melalui gol Adam Reed pada minit-41 serta Nik Sharif Haseefy pada minit-46.

Kedah yang merupakan finalis musim lalu berdepan laluan sukar jika mahu mengulangi sejarah musim lalu kerana bakal berdepan pemenang Selangor dan Melaka jika layak ke suku akhir manakala Terengganu FC, Perak, PJ City FC atau Kelantan United FC menjadi lawan di separuh akhir.

Dalam pada itu, Baddrol mendedahkan pasukan musim ini ternyata lebih baik dan konsisten jika hendak dibandingkan dengan musim lalu biarpun terpaksa melalui pelbagai masalah di pertengahan musim.

Kehadiran Kipre selain Kpah Sherman juga menajamkan lagi jentera serangan Kedah dengan 13 gol disumbangkan oleh gandingan dua pemain daripada 20 gol pasukan Kedah.

Justeru, dia begitu yakin naib juara CIMB Liga Super itu mampu melepasi apa sahaja halangan ditambah suasana keluarga yang dapat dirasakan dalam kalangan pemain Kedah.

“Terus terang saya cakap pasukan pada tahun ini berada di keharmonian terbaik antara pemain senior dan junior dan gabungan ini umpama seperti satu keluarga buat pasukan Kedah.

“Semua orang tahu masalah yang kami hadapi sebelum ini tetap kami anggap itu semua sebagai satu masalah di luar padang dan kami hanya berikan tumpuan pada aksi bola sepak,“ katanya.

#TMPialaMalaysia2020
 
FB_IMG_1604591413459.jpg

​
Tahukah anda? Juara Piala Malaysia 2019, Johor Darul Ta'zim belum tewas dalam 12 perlawanan terakhir mereka dalam saingan Piala Malaysia, sejak perlawanan separuh akhir musim 2018! 🤯

Mampukah skuad Harimau Selatan mempertahankan trofi keramat ini pada musim 2020? 🏆

#TMPialaMalaysia2020
 
Back
Top
Log in Register