BTC USD 84,611.2 Gold USD 4,141.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Piala Malaysia 2020

FB_IMG_1603419561099.jpg

​
🏆 Dua pasukan baharu bakal mewarnai aksi TM Piala Malaysia musim ini, iaitu Kelantan United FC dan Kuching FA! 🤩

Mereka akan bertemu pasukan mana pada Pusingan Pertama nanti?

#TMPialaMalaysia2020
 
FB_IMG_1603419602457.jpg

​
KECEDERAAN BUKU LALI TIDAK TERLALU SERIUS - "MICKEY"

Pemain tengah Pahang, Faisal Abdul Halim amat berharap akan pulih sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi untuk kembali beraksi selepas dihimpit kecederaan.

Faisal atau lebih dikenali sebagai “Mickey” berdepan kecederaan buku lali ketika aksi terakhir CIMB Liga Super berdepan Terengganu FC (TFC) minggu lalu yang menyaksikan Pahang tewas 1-2.

Walaubagaimanapun, pemain muda berusia 22 tahun itu melihat kecederaan yang dialami tidak begitu serius sehingga memakan masa yang lama untuk pulih sebaliknya percaya mampu kembali dalam skuad utama bagi menghadapi TM Piala Malaysia.

Jelasnya, dia enggan terlepas untuk beraksi dalam saingan berprestij itu yang bakal bermula pada 6, 7 dan 8 November depan memandangkan format perlawanan adalah kalah mati dan mahu membantu pasukan sebaiknya untuk mara ke final, musim ini.

“Sekarang kecederaan saya sudah 80 peratus pulih dan saya percaya dalam seminggu lagi dah boleh main atas padang semula, jadi memang kena betul-betul fokus untuk cergas sepenuhnya.

“Cuma memang saya harap bukan sahaja saya, tetapi pemain-pemain lain juga akan turut sama pulih sebelum TM Piala Malaysia bermula dan ada yang dah mula masuk padang, cuma saya masih risau dengan kaki, jadi saya mula dengan berlari terlebih dahulu.

“Sekarang memang kena fokus latihan sebaiknya sebab kita tahu wabak COVID-19 semakin membimbangkan dan sebab itulah, perlawanan pun terpaksa ditunda.

“Saya sebenarnya banyak belajar apa yang dah berlaku pada tahun ini, sebab biasanya pertengahan November, tiada perlawanan dah, jadi tahun ni memang berbeza dan sebagai pemain, kita kena hadap juga,” katanya.

Selain Faisal, Adam Reed dan Zuhair Aizat Nazri turut sama berdepan kecederaan ketika menentang TFC minggu lalu sekaligus menambah lagi senarai pemain yang cedera termasuklah tonggak utama Dickson Nwakaeme, Herold Goulon dan R. Dinesh.

Semestinya ia menambah kegusaran pengendali, Dollah Salleh ketika ini, namun tempoh masa yang ada sebelum TM Piala Malaysia bermula beri bayangan pemain-pemain yang cedera itu mampu untuk kembali memperkuatkan pasukan sebelum sepak mula.

Pahang menamatkan saingan CIMB Liga Super di tangga ketujuh dengan 14 mata secara keseluruhan di mana ia merupakan pencapaian kurang memuaskan berbanding musim lalu yang menyaksikan mereka bergelar naib juara.

#TMPialaMalaysia2020
 
FB_IMG_1603419643178.jpg

​
PJ CITY FC TIDAK LUNTUR SEMANGAT MELAKUKAN PERSEDIAAN DISEBALIK PKPB

Ketua Jurulatih PJ City FC, K Devan menegaskan segala persiapan menjelang TM Piala Malaysia tetap berjalan dengan lancar meskipun berdepan cabaran pandemik COVID-19 terutamanya apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya mulai 14 Oktober lalu.

Jelas Devan, walaupun saingan TM Piala Malaysia musim ini dipinda ke tarikh baharu iaitu 6, 7 dan 8 November, beliau enggan menjadikan perkara itu sebagai beban malah menyifatkan pasukan tetap bersemangat untuk memberi fokus kepada sesi latihan ketika ini.

Di sebalik PKPB yang sedang dilaksanakan di Lembah Klang sehingga 27 November ini, PJ City dalam proses untuk mendapatkan lampu hijau menggunakan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membenarkan aktiviti di padang bola sepak bagi tujuan latihan yang terhad kepada 10 orang dalam satu-satu masa.

Sebelum ini, mereka terpaksa melakukan latihan penuh di Negeri Sembilan dan bersyukur apabila kebenaran untuk berlatih di Lembah Klang sudah dibenarkan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Walaupun ketika ini masih PKPB, tetapi itu bukan alasan untuk kami tidak melakukan persiapan dan semua pemain memberi kerjasama yang sebaiknya untuk menghadapi TM Piala Malaysia.

“Jadi, kami tetap mencari jalan untuk berlatih di luar Lembah Klang minggu lalu dan sekarang sedang tunggu kebenaran untuk pasukan berlatih di Stadium MBPJ pula selepas pihak kerajaan membenarkan kita melakukan aktiviti di padang bola sepak bertujuan untuk latihan.

“Bukan apa, kita tahu saingan Piala Malaysia adalah kejohanan berprestij dan memang saya nampak kesemua pemain komited untuk melakukan aksi terbaik, jadi walaupun sekarang banyak faktor yang begitu mencabar, saya tetap akan pastikan tiada gangguan-gangguan lain dalam persiapan yang boleh menjejaskan semangat pemain,” jelasnya.

Ini adalah musim ketiga PJ City FC layak beraksi dalam saingan TM Piala Malaysia dan pencapaian terdahulu menyaksikan mereka hanya mampu bertahan di peringkat kumpulan sahaja.

Musim ini dengan format yang berbeza iaitu tanpa peringkat kumpulan, Devan enggan meletakkan sebarang sasaran awal sebaliknya mahu melihat terlebih dahulu siapakah yang akan mejadi lawan mereka untuk mara ke pusingan suku akhir.

“Kita memang ada misi tertentu untuk Piala Malaysia, tetapi saya tak mahu tentukan sasaran terlalu awal sekarang sebab nak tengok dulu sesi undian berlangsung, selepas itu barulah kita boleh agak sejauh mana kita akan mara.

“Kesemua pemain yang ada ketika ini dalam keadaan yang cergas dan tidak berdepan apa-apa masalah kecederaan yang serius, jadi saya rasa mereka pastinya tidak akan menghampakan saya untuk kita lebih bersedia hadapi saingan itu nanti,” tambahnya.

Selepas PKPB dilaksanakan, Malaysian Football League (MFL) membuat keputusan meminda tarikh TM Piala Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 25-26 Oktober ke tarikh baharu iaitu 6, 7 dan 8 November di mana aksi final pula akan diadakan pada 22 November.

#TMPialaMalaysia2020
 
FB_IMG_1603419680158.jpg

FB_IMG_1603419682879.jpg

​
Untuk memeriahkan lagi kempen TM Piala Malaysia musim ini, TM telah bekerjasama dengan Sofea Run untuk menganjurkan "TM Piala Malaysia Virtual Run" buat kali pertama! 🏃🏃‍♀️

Anda boleh mewakili pasukan Liga Malaysia pilihan anda untuk melengkapkan larian maya ini dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah eksklusif! 🤩

Daftar sekarang di ➡️ http://bit.ly/TMPialaMalaysiaVR

#TMPialaMalaysia2020 #TMPialaMalaysiaVR
 
FB_IMG_1603419736269.jpg

​
PENGHIJRAHAN BERMAKNA BUAT SOMERVILLE

Penjaga gol Pulau Pinang, Samuel Somerville, tidak menyangka kehadirannya ke skuad Harimau Kumbang pada musim ini menjadi detik terbaik dalam meningkatkan kembali kariernya dalam saingan Liga Malaysia.

Bukan sahaja merangkul gelaran juara Liga Premier bersama Pulau Pinang namun apa paling mustahak, Somerville menjadi antara pemain yang diturunkan dalam semua aksi liga.

Situasi itu mula memberikan keyakinan yang tinggi buat penjaga gol yang berasal dari Bracknell, England ini untuk terus memperagakan persembahan terbaik buat Pulau Pinang terutama dalam saingan TM Piala Malaysia, tidak lama lagi.

Malah dalam 11 perlawanan diharungi, Sommerville menjadi penjaga gol paling kurang dibolosi di Liga Premier iaitu hanya lapan gol dilepaskan.

“Saya harungi banyak pengalaman menarik ketika di Johor dan mahu berterima kasih kepada TMJ (Tunku Mahkota Johor) tentang apa yang beliau telah lakukan kepada saya sebelum ini.

“Namun saya rasa ini adalah saat yang tepat untuk berhijrah dan mendapatkan minit permainan yang lebih banyak dan saya rasa bertuah kerana dapat sertai pasukan yang sudah ada mempunyai mentaliti juara sejak permulaan liga.

“Hanya bolos sebanyak lapan kali, bagi saya satu pencapaian yang bermakna malah ada juga beberapa perlawanan saya berjaya pastikan gawang tidak dibolosi dan paling penting kejuaraan Liga Premier buat Pulau Pinang.

“Kini satu lagi impian saya ialah mahu bermain di liga paling tinggi iaitu di Liga Super selepas beberapa musim di sini dan mungkin saya memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri untuk bersaing di peringkat ini.

“Saya harap musim depan akan menjadi tonik terbaik dalam karier apabila bermain di Liga Super dan diharapkan saya mampu terus kekal bermain di peringkat tertinggi untuk satu tempoh,” katanya.

Somerville yang berusia 26 tahun, telah mendapat kerakyatan Malaysia pada 2015 dan mula bersama Johor Darul Ta’zim (JDT II) sejak 2016 hingga 2019 namun sering kali menjadi pilihan kedua di belakang Haziq Nadzli.

Di Pulau Pinang, dia berjaya memikat ketua jurulatih, Manzoor Azwira untuk menjadi penjaga gol nombor satu dan mengetepikan beberapa penjaga gol lain seperti Hazrull Hafiz Zulkifly, Al Imran Ishak, Ramdhan Ab Hamid dan Wong Tse Yang.

Dalam masa sama, Somerville berharap pasukannya mampu beri cabaran dalam pentas TM Piala Malaysia sambil berasa lega kerana dapat mengelak berdepan enam pasukan terbaik CIMB Liga Super pada pusingan awal.

Melalui format secara kalah mati, dia berharap Pulau Pinang boleh melangkah sejauh mungkin walaupun tidak menafikan pasukan dari CIMB Liga Super masih menjadi pilihan utama untuk muncul juara.

“Bagi pusingan awal, saya rasa gembira kerana Pulau Pinang tidak berjumpa dengan pasukan pilihan tetapi itu tidak bermakna boleh ambil mudah dengan cabaran pasukan lain.

“Kami akan cuba untuk mara sejauh mungkin dan tiada tekanan buat Pulau Pinang dalam pertandingan ini selain menghormati kemampuan pasukan lain terutama JDT yang saya lihat antara pilihan utama.

“Saya berkata begini bukan bermakna gentar untuk berdepan JDT namun jika kami diundi bertemu mereka, saya rasa aksi itu pasti sengit dan kami perlu berikan 100 peratus untuk menang,” katanya.

#LigaPremier2020
#TMPialaMalaysia2020
 
FB_IMG_1603419797315.jpg

​
TERUS BERSEMANGAT TENGOK DA SYLVA JARINGKAN 4 GOL - IFEDAYO

Penyerang Selangor, Ifedayo Omosuyi mengakui semangatnya membara untuk mengejar gelaran Penjaring Terbanyak CIMB Liga Super 2020 selepas menyaksikan pemain Terengganu FC (TFC) Dominique Da Sylva meledak empat gol dalam satu perlawanan.

Mengimbas kembali detik itu, Omosuyi mengakui terkejut dengan aksi yang ditampilkan oleh pesaingnya itu ketika perlawanan kedua liga berlangsung pada Mac lalu antara TFC dan Kedah di mana Da Sylva menjaringkan empat gol sekali gus menghadiahkan kemenangan buat pasukannya.

Jelasnya, jaringan empat gol dalam satu perlawanan adalah aksi mengagumkan ketika dirinya sekadar menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan pada awal musim sebelum saingan Liga Malaysia tertangguh susulan pandemik COVID-19.

Justeru, penyerang dari Nigeria ini mengakui tercabar dan bersemangat untuk mengejar kedudukan carta penjaring terbanyak ketika itu sehingga akhirnya berjaya mencipta kejutan dalam tiga perlawanan terakhir liga dengan tujuh gol, menjadikan jumlah keseluruhannya 12 gol bagi meraih Kasut Emas musim ini.

“Apabila musim 2020 bermula, ada seorang pemain ini (Da Sylva) menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan, dan saya pada masa itu macam terkejut kerana ia satu aksi yang mengagumkan untuk raih empat gol dalam satu masa, dan saya pula hanya satu gol dalam setiap satu perlawanan.

“Jadi, bila saya tengok aksi pemain itu, saya katakan kepada diri sendiri bahawa saya juga mampu untuk melakukan seperti itu untuk terus mengejar jaringan gol dalam setiap perlawanan.

“Daripada situ, saya tekad ingin terus bantu pasukan dengan jaringan gol saya di mana konsistensi dalam setiap perlawanan adalah sangat penting dan saya terus bekerja keras sebaik sahaja Liga Malaysia kembali bersambung.

“Namun, saya percaya semua ini tidak akan berhasil tanpa sokongan daripada rakan sepasukan yang membantu sehingga saya berjaya meledak gol.

“Nama-nama seperti Brendan Gan, Sandro da Silva, Safuwan Baharudin, Syazwan Zainon, Rufino Segovia dan pemain-pemain lain yang menjadikan saya bernasib baik mampu melakukan penyudah berkesan di hadapan gol, dan secara keseluruhan, terima kasih saya ucapkan kepada semua pemain yang ada,” jelasnya.

Jaringan hatrik Omosuyi pada perlawanan terakhir liga berdepan Felda United FC bantu pasukan untuk memberi kemenangan besar 6-1 sekali gus meletakkan Selangor di tangga kelima CIMB Liga Super 2020.

Menjelang saingan TM Piala Malaysia, penyerang berusia 29 tahun ini mengakui mahu atau tidak, semua pemain harus bekerja keras untuk mempersiapkan diri di sebalik cabaran yang ada khususnya dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Format Piala Malaysia musim ini kita tahu tiada ruang untuk kita melakukan kesilapan, kerana tiada pusingan peringkat kumpulan, jadi memang kita kena berusaha lebih keras untuk melakukan persediaan sebaiknya,” katanya.

Jangan lupa saksikan video temubual Ifedayo Omosuyi dalam episod Buletin MFL minggu ini. Klik

#ForwardFootball
#BangkitSemangatBola
#CIMBLigaSuper2020
 
FB_IMG_1604124402940.jpg

​
SAINGAN TM PIALA MALAYSIA 2020 LEBIH TERBUKA

Format terbaharu kejohanan TM Piala Malaysia 2020 bakal menyaksikan saingan terbuka buat semua pasukan untuk muncul juara dan kejutan dijangka mampu berlaku membabitkan pasukan pilihan.

Rata-rata pengendali pasukan tidak mahu rekod lalu dijadikan ukuran kerana pentas saingan TM Piala Malaysia kali ini yang menggunakan format kalah mati pasti menjadi satu medan saingan yang sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan CIMB Liga Super.

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, yang pernah membawa skuad Lang Merah ke pentas final pada musim lalu, mengakui tekanan sebenarnya akan berpihak kepada pasukan pilihan namun beliau percaya pemain-pemainnya mampu beraksi di tahap sebenar pada setiap perlawanan.

“Untuk saya, tidak kira siapa lawan sekalipun, saya hanya ingin tekankan prestasi pasukan saya sahaja untuk mereka buat yang terbaik walaupun lawan mereka adalah pasukan hebat sekalipun.

“Apa yang penting, pemain saya kena beri 100 peratus aksi terbaik dan tidak boleh terlalu fikirkan siapakah lawan yang bakal dihadapi nanti.

“Apatah lagi peringkat kalah mati ini, saya percaya pasukan yang bukan menjadi pilihan dan yang berada lebih bawah daripada kami dalam liga akan menjadi lawan yang merbahaya kerana pastinya tekanan lebih kurang berbanding kami,” jelasnya.

Undian TM Piala Malaysia akan berlangsung pada 1 November ini yang akan disiarkan secara langsung di Youtube unifi dan Facebook Live MFL pada jam 11 pagi manakala aksi pusingan pertama pada 6,7 dan 8 November.

Enam pasukan teratas CIMB Liga Super dan dua pasukan terbaik Liga Premier (tidak termasuk Reserve Team) bakal diletakkan dalam balang A akan bertemu pasukan yang ditempatkan dalam balang B yang terdiri daripada pasukan tangga ke-7 hingga 11 CIMB Liga Super dan 3 hingga 5 Liga Premier (tidak termasuk Reserve Team).

Namun, Sabah tidak dapat bertanding pada kali ini ekoran tidak mendapat kebenaran keluar daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan pasukan yang diundi berdepan Sabah, akan layak ke peringkat seterusnya secara automatik.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh, tidak kisah akan bertemu sesiapa sahaja di pusingan pertama selepas skuadnya kini berada di tahap terbaik apabila semakin ramai pemain utama sudah pulih daripada kecederaan.

“Saya tidak bimbang dengan kedudukan kami yang diletakkan dalam balang B dan mungkin terpaksa bertemu dengan beberapa pasukan pilihan di pusingan awal.

“Tempoh rehat sedia ada ini nyata dapat dimanfaatkan sepenuhnya apabila hampir semua pemain utama Pahang berada di tahap kecergasan terbaik dan ini satu perkembangan yang melegakan.

“Sesiapa sahaja kami bakal berjumpa, saya tidak kisah kerana Pahang jika pada hari terbaik, kami boleh beri saingan kepada semua pasukan,“ katanya.

Manakala ketua jurulatih UiTM FC, Frank Bernahrdt, juga tidak merasakan berada dalam balang A akan berikan kelebihan besar buat pasukannya kerana menyifatkan masih ada beberapa pasukan yang baik ditempatkan dalam kelompok balang B.

“Daripada segi pencapaian liga, saya rasa selaku pasukan yang baharu dinaikkan dari Liga Premier, saya berpuas hati dengan keupayaan meraih tempat keenam pada musim ini.

“Cuma untuk saingan TM Piala Malaysia, saya tidak fikir apa-apa mengenai laluan yang dikatakan sedikit mudah kerana masih ada pasukan seperti PJ City FC, Pahang dan Melaka yang mungkin kami boleh bertemu di pusingan awal,” katanya.

Sementara itu, Bernhardt bersimpati dengan pasukan Sabah yang sepatutnya ditemui mereka pada Sabtu ini pada aksi terakhir CIMB Liga Super tetapi ekoran arahan MKN berdasarkan peningkatan kes COVID-19 di sana, maka Sabah tidak lagi berpeluang bermain pada musim ini.

“Satu perkara yang menyedihkan selepas persiapan sekian lama dilakukan oleh mereka dan juga kami namun akhirnya atas situasi yang tidak dijangka, mereka tidak dibenarkan keluar termasuk untuk TM Piala Malaysia.

“Mungkin ini keputusan terbaik yang dibuat kerajaan ekoran situasi di sana dan saya harapkan Sabah mampu bangkit daripada situasi ini serta selamat maju jaya untuk saingan musim depan,” katanya.

#TMPialaMalaysia2020
 
FB_IMG_1604124448559.jpg

​
📆 Selain majlis undian yang akan berlangsung pada Ahad ini, berikut merupakan tarikh-tarikh penting untuk setiap peringkat TM Piala Malaysia musim ini!

Save the dates 👍

#TMPialaMalaysia2020
 
FB_IMG_1604206960230.jpg

​
Road to final! 🤩

Berikut merupakan keputusan undian TM Piala Malaysia 2020 dan laluan ke perlawanan akhir! 🏆

Pasukan mana bakal bertanding dalam perlawanan akhir nanti? 🤔

#TMPialaMalaysia2020
 
Back
Top
Log in Register