BTC USD 82,729.0 Gold USD 4,125.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Piala Malaysia 2020

SOROTAN PERLAWANAN TM PIALA MALAYSIA - PUSINGAN PERTAMA

Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim menewaskan Kuching FA 1-0 malam tadi dalam aksi pusingan pertama TM Piala Malaysia.

Arif Aiman diturunkan dalam kesebelasan pertama buat kali pertama dan pemain berusia 18 tahun ini memanfaatkan peluang dengan meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-19.

JDT bakal berdepan Kuala Lumpur dalam aksi suku akhir.

#TMPialaMalaysia2020

 
SOROTAN PERLAWANAN TM PIALA MALAYSIA - PUSINGAN PERTAMA

Kedah mara ke saingan suku akhir TM Piala Malaysia 2020 dengan membenam Pahang 3-2 di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Pasukan tuan rumah meledak tiga gol pada separuh masa pertama menerusi Shakir Hamzah, Kpah Sherman dan Tchetche Kipre.

Sambung babak kedua, Pahang merapatkan defisit dengan gol Muslim Ahmad, sebelum jaringan Faizal Rani pada minit-minit akhir perlawanan menjadikan kedudukan 3-2.

#TMPialaMalaysia2020

 
FB_IMG_1604761755346.jpg

​
KEDAH SEMAKIN YAKIN TERBANG LEBIH TINGGI

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, menyifatkan kemenangan 3-2 ke atas Pahang pada pusingan pertama TM Piala Malaysia menjadi tonik terbaik buat pemain Helang Merah untuk mencipta sesuatu dalam kejohanan kali ini.

Aksi dengan Pahang sememangnya antara perlawanan paling sukar ditempuh buat Kedah namun Aidil gembira serta memuji melihat semangat juang pemainnya yang berhempas pulas untuk menafikan kebangkitan lawan.

Namun Aidil berkata, segala kesilapan yang berlaku terutama di separuh masa kedua diharapkan tidak berulang kembali pada perlawanan akan datang di mana mereka selesa mendahului Pahang 3-0 separuh masa pertama sebelum membiarkan lawan merapatkan jaringan dua gol selepas itu.

“Perlawanan hari ini cukup sengit kerana bertemu pasukan seperti Pahang, mereka mempunyai skuad yang begitu fizikal dan kuat tetapi saya gembira bila melihat Baddrol Bakhtiar dan Amirul Hisyam mampu imbangi kekuatan di bahagian tengah.

“Kemenangan yang melayakkan kami ke peringkat seterusnya boleh membuatkan pemain-pemain saya percaya mereka ada kemampuan untuk peringkat seterusnya selepas ini apabila kami akan bertemu Selangor atau Melaka.

“Memang sesuatu yang normal apabila sudah mendahului, pasukan lawan akan lebih memberi tekanan yang lebih tinggi kerana mereka tidak kerugian apa-apa selepas ketinggalan 3-0.

“Pemain-pemain saya nampak sedikit tidak tersusun ketika diberi tekanan oleh lawan tetapi yang paling penting di akhirnya kami memenangi perlawanan berkenaan.

“Cuma di perlawanan akan datang, kami kena kurangkan lagi kesilapan yang berlaku hari ini kerana lawan boleh menghukum kami dan melalui video analisis, kami akan kaji balik kelemahan yang ada pada pasukan kerana tidak mahu ia berulang sekali lagi,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh, mengakui pemain-pemainnya bermain di bawah tahap sebenar pada babak pertama serta mengakui terkilan sepakan penalti yang diambil Dickson Nwakaeme pada minit-79 gagal menemui sasaran kerana mungkin boleh menghidupkan peluang Pahang mencari jaringan penyamaan.

“Separuh masa pertama, pemain mungkin beraksi sambil lewa terutama di bahagian pertahanan dan gol kepada Kedah, kita boleh lihat semuanya dalam keadaan yang tidak berbahaya dan kesilapan-kesilapan mudah.

“Sebelum separuh masa kedua, saya beritahu pemain dalam bilik persalinan agar mereka ubah sikap dalam padang atau mereka akan berikan lebih banyak gol lagi kepada lawan.

“Nyata nasib tidak sebelahi kami kerana dapat membalas dengan dua jaringan sahaja dan terkilan juga dengan penalti diambil Dickson kerana bola itu masuk, kita ada masih banyak masa lagi untuk bangkit tetapi sudah tidak masuk, hendak buat macam mana,” katanya.

Dalam aksi di Stadium Darul Aman, Kedah mendahului dengan selesa pada babak pertama melalui gol daripada Shakir Hamzah (minit-17), Kpah Sherman (minit-36) dan Tchetche Kipre (minit-44) namun Muslim Ahmad memberikan sedikit sinar harapan buat Pahang apabila menjaringkan gol pada minit-49 sebelum Faizal Rani merapatkan jurang pada minit-88.

Sementara itu, juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) menang tipis 1-0 ketika bertemu pasukan yang melakukan penampilan sulung di pentas TM Piala Malaysia, Kuching FA di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

Jaringan tunggal daripada pemain muda berusia 18 tahun, Arif Aiman Hanapi pada minit-19 sudah cukup buat JDT menempah slot ke suku akhir untuk berdepan Kuala Lumpur yang mendapat ‘Bye’ pada pusingan pertama.

Juara Liga Premier, Pulau Pinang cemerlang di Stadium Bandaraya selepas menundukkan Felda United FC, 3-1 bagi mengulangi pencapaian mara ke suku akhir yang kali terakhir dilakukan pada musim 2006.

Penjaring terbanyak Liga Premier, Casagrande terlebih dahulu memecah kebuntuan pada minit-37 sebelum Felda bangkit menyamakan kedudukan pada minit-49 menerusi Nicolas Velez.

Namun, jaringan Amer Azahar pada minit-62 dan Lee Chang-hoon pada minit-76 memastikan skuad Harimau Kumbang merintis laluan ke suku akhir dengan menanti pemenang UiTM FC dan Kelantan.

#TMPialaMalaysia2020
 
SOROTAN PERLAWANAN TM PIALA MALAYSIA - PUSINGAN PERTAMA

Jaringan hatrik Leandro dos Santos melayakkan Perak ke peringkat suku akhir TM Piala Malaysia 2020 dengan kemenangan 4-0 ke atas Kelantan United FC malam tadi.

Gol Leandro terhasil pada minit ke-7 dan ke-21, sebelum pemain tengah dari Brazil itu melengkapkan hatrik pada minit-minit awal babak kedua.

Walaupun pasukan pelawat cuba bangkit, Perak menambah gol keempat pada masa tambahan menerusi Careca.

#TMPialaMalaysia2020

 
SOROTAN PERLAWANAN TM PIALA MALAYSIA - PUSINGAN PERTAMA

Terengganu FC menewaskan PJ City FC 1-0 malam tadi untuk menempah tiket ke peringkat suku akhir, dalam aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam tadi.

Pasukan pelawat bermula garang dengan percubaan daripada Washington Brandao dan D. Kugan, namun gol pembukaan dijaringkan oleh Sanjar Shaakhmedov, yang memanfaatkan kesilapan barisan pertahanan PJ City FC.

Keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

#TMPialaMalaysia2020

 
FB_IMG_1604825089517.jpg

​
⚽ HARI PERLAWANAN TM PIALA MALAYSIA - PUSINGAN PERTAMA

Saksikan siaran langsung perlawanan Selangor lwn Melaka di TV1 dan MyKlik serta semua perlawanan malam ini di:
📺 unifi TV
📲 aplikasi unifi playTV
▶️ YouTube unifi https://youtube.com/user/TMOfficialTube

⛔️ Peringatan, perlawanan akan dijalankan tanpa penonton.

#TMPialaMalaysia2020
 
Back
Top
Log in Register