BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PGA Tumpas Sindiket Seludup Migran Di Sempadan Negeri Sembilan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
2363aee3561731643317615e1b6dac676819a6562ad46


Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan satu sindiket penyeludupan migran yang bergiat aktif di kawasan sempadan Negeri Sembilan, semalam.

Komander Briged Tengah PGA SAC Hakemal Hawari berkata dalam serbuan menerusi Op Taring Delta itu, pihaknya menahan 22 migran warga Indonesia terdiri daripada 20 lelaki termasuk empat tekong laut serta dua wanita.

“Selain itu, dua kereta jenis Honda City dan Volkswagen Tiguan serta enam telefon bimbit yang disyaki digunakan dalam kegiatan itu turut dirampas. Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM239,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam perkembangan berkaitan, Hakemal berkata Briged Tengah PGA menahan 161 individu dengan pelbagai rampasan melibatkan nilai keseluruhan RM8 juta menerusi 39 serbuan yang dijalankan sejak 1 Jan hingga 9 Feb lepas.

Kesemua serbuan itu dijalankan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Menurut Hakemal beberapa siri operasi telah dilaksanakan seperti Op Taring Nyah 1 bagi mencegah kemasukan pendatang tanpa izin, Op Taring Delta (mencegah penyeludupan migran), Op Kontraban (membanteras penyeludupan barangan tanpa cukai), Op Bersepadu Khazanah (kesalahan berkaitan hidupan liar dan khazanah negara) serta Op Hazard bagi jenayah berkaitan alam sekitar.

“Operasi ini dilaksanakan secara bersepadu bersama agensi penguat kuasa lain selaras dengan pendekatan holistik dalam menangani jenayah rentas sempadan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register