BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PGA Rampas Pelbagai Kayu, Jentera Lebih RM2 Juta Di Kuala Krai

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

PGA Rampas Pelbagai Kayu, Jentera Lebih RM2 Juta Di Kuala Krai​

203c72d415b302db2de3663fcf666cc86a717b5a638d4

kredit:PGA

Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis kayu hutan disyaki tidak bercukai serta jentera dianggarkan bernilai lebih RM2.32 juta di sebuah kilang kayu di Sungai Embak, Kuala Krai, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata rampasan dilakukan oleh anggota Risik Batalion 8 PGA pada 3 petang selepas mengesan seorang lelaki sedang mengendali jentera berat yang membawa muatan kayu di dalam kilang berkenaan.

"Susulan itu, pihak kami telah merampas 16,440 batang kayu siap pelbagai saiz dan spesies bernilai RM164,400 serta 462 batang kayu bulat pelbagai saiz dan spesies bernilai RM46,200.

"Rampasan juga membabitkan lima jentera termasuk sebuah kenderaan bernilai RM2.02 juta, 45 mata gergaji bernilai RM90,000," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Radzi berkata lima lelaki termasuk pemilik kilang berusia 31 hingga 62 tahun juga ditahan dan diserahkan kepada Pihak Jabatan Perhutanan Jajahan Machang untuk disiasat di bawah Seksyen 84 Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).

"Bekalan kayu yang siap diproses dipercayai diedarkan kepada beberapa kilang pemprosesan palet kayu di sekitar Kelantan sebagai bahan mentah untuk penghasilan palet dan produk berasaskan kayu.

"Pengedaran tersebut dipercayai dibuat secara berperingkat mengikut permintaan pelanggan bagi tujuan pemasaran dan pembekalan kepada pasaran tempatan serta sektor perindustrian,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register