combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kredit: FB Briged Tenggara PGA Rasmi
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 5,000 pokok buah-buahan dan 4,250 pokok bunga pelbagai jenis dengan anggaran nilai RM1.47 juta dalam dua pemeriksaan berasingan di Rantau Panjang, semalam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata kedua-dua rampasan dilakukan anggotanya ketika melaksanakan Op Taring Wawasan.
Beliau berkata kejadian pertama melibatkan pemeriksaan ke atas sebuah lori di Sekat Pintas Serongga, Rantau Panjang pada 7.30 malam dan menemukan 4,000 pokok buah dan 1,600 pokok bunga pelbagai jenis.
“Pemandu lori berusia 34 tahun itu gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan tumbuhan berkenaan. Nilai rampasan dianggarkan RM910,000 ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam operasi yang sama, Nik Ros Azhan berkata pihaknya turut merampas 1,000 pokok buah-buahan dan 2,650 pokok bunga hiasan bernilai RM565,000 dalam pemeriksaan di Jalan Rantau Panjang-Kampung Kedap, pada 9 malam.
Beliau berkata pemandu lori berusia 44 tahun juga gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan tanaman terbabit
“Kesemua pokok yang dirampas itu dipercayai diseludup dari Thailand dan disyaki mengandungi serangga perosak serta penyakit.
“Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan selanjutnya,” katanya menambah kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167).
PGA Rampas Lebih 9,000 Pokok Disyaki Diseludup Dari Thailand
pga, rampas, bunga hiasan, buahan