BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai petua kehidupan

suka artikel ni..

sebab kawan mmg jenis malas..

motivasi tinggi TT ni..

:):):)

bermotivasi jer tinggi..perlaksanaan kadang2 gagal jugak..
sbb malas lagi kuat sifat dia dari besi:):):)
 
terima kasih TT atas ilmu yg bermanfaat nih..sama2 la kita muhasabah diri
 
hu2..mintak izan TT :)cgrock
saya nk print..banyak jgk..
leh saja2 dok baca...
terima kasih TT
banyak ilmu nk idup dapat kt sini
sbb saya ni mmg pemalas orgnya... :">
 
tambah la skit..

Azam Tahun Baru?

Azam, cita-cita dan matlamat, semuanya merujuk kepada satu perkara serupa – impian Anda! Dalam perniagaan, kekeluargaan, kerjaya dan kewangan, Anda perlu bergerak ke depan. Sebab, masa berubah, zaman berubah menjadi bergerak ke depan. Maka dengan itu, Anda juga kena ke depan.

Persoalannya, penting sangatkah azam tahun baru? Penting. Sebab, tiada azam, samalah seperti Anda mahu membidik sasaran tapi tiada apa yang mahu ditembak. Anda ada peluru, ada senapang, ada peralatan cukup lengkap, tapi tidak ada apa-apa yang mahu dikejar sebagai sasaran. Maka, tiadalah gerakan. Tiadalah kemajuan! Hidup Anda tidak ada perkembangan. Asyik di situ-situ saja.

Ubahlah tahun 2012 ini jadi tahun yang dua kali ganda lagi best dari tahun 2011. Set azam baru. Andai kata azam lama masih belum tercapai,capailah dulu azam lama baru set azam baru. Fokus lebih ampuh apabila Anda set tidak lebih dari 5 azam dalam setahun. Azam lama yang gagal dicapai pada tahun lalu bawak semula ke tahun baru. Bila sudah berjaya di capai, barulah bergerak ke azam seterusnya.

Hidup ini adalah proses perjalanan, bukan satu destinasi. Selepas mencapai satu matlamat, set lagi matlamat lain kemudian bergeraklah ke arahnya. Lama kelamaan Anda akan merasa seronok dengan proses yang Anda lalui sepanjang berusaha mengejar matlamat baru itu, kerana ia ada ‘thrill’ tersendiri.

Berbaloikah sebuah azam? Ya, jika Anda ada satu azam kemudian Anda bulatkan tekad mahu mencapai azam itu. Sebuah azam tidak akan berbaloi apabila Anda cuma memikirkannya, bercakap mengenainya, berbahas mengenainya, bermimpi mengenainya, memvisualkannya, tapi kurang ada tindakan untuk merealisasikan azam tersebut.
 
Tips Motivasi Bagaimana Untuk Set Azam Tahun Baru 2012\

Berikut adalah 2 tips motivasi bagaimana untuk set azam tahun baru 2012 khusus bagi Anda yang masih termanggu-manggu azam apa yang Anda nak capai pada tahun 2012.


1. Tips 1: Lihat Apa Yang Anda Mahu Perbaiki.


Setiap dari kita adalah kelemahan tersendiri, kesilapan, kegagalan. Set azam untuk perbaiki kelemahan, kesilapan dan kegagalan itu pada tahun 2012. Masa lalu usah disamakan dengan masa sekarang ni. Gagal di masa lalu, jangan jadikan pengukur untuk berkemungkinan gagal pada masa kini. Jadikannya pengajaran saja, perbaiki diri Anda, tambah ilmu kemudian berusahalah jadi semakin baik, semakin bagus.


2. Tips 2: Fikir Apa Anda Mahu Capai.


Fikir apa yang Anda mahu capai pada tahun 2012. Ia mungkin lebih dari satu – misalnya mahu mencapai gred cemerlang, mahu jadi anak cemerlang, mahu jadi usahawan cemerlang, mahu jadi suami atau isteri cemerlang. Cara terbaik, fikirkan apa yang Anda mahu capai dalam bidang kekeluargaan, kerjaya dan ketuhanan (ibadah). Ini penting kerana tujuannya adalah untuk memajukan hidup Anda. Tak ada 3 aspek ini, hidup Anda tak ada kemajuan. Jadi, apa yang mahu capai pada tahun 2012? Tanya diri Anda, jawapan yang muncul, itulah yang Anda akan terfikir untuk jadi azam Anda untuk tahun 2012.
 
Bagaimana Untuk Membina Anti Stress

Stress adalah perasaan tertekan. Kenapa Anda tertekan?


Sebab Anda tidak dapat apa yang Anda mahu. Sebab lain, sesuatu yang Anda tidak pinta, tidak mahu dan tidak ingin telah terjadi ke atas Anda kemudian terasa susah untuk keluar darinya, misalnya masalah.

Bagaimana untuk membina anti stress.

Bila difikirkan anti stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Semakin banyak memikirkan tentang ubat, semakin banyak timbul penyakit. Sebab? Sesuatu akan menarik sesuatu yang lain yang serupa dengannya. Fikir stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Begitu juga dengan berfikir mengenai anti stress, sebab Anda berada dalam keadaan memerangi stress. Anda lawan stress. Kesannya Anda akan dapat lebih banyak stress sebab di fikiran Anda wujud stress, bukan ketenangan.

Lupakan pasal anti stress. Sebaliknya binalah ketenangan dan nikmati ketenangan itu.

Dengarlah lagu-lagu yang mendamaikan jiwa, yang tenang dan yang menghiburkan. Elak dengar lagu bernada sedih, kecewa, putus asa atau hampa. Anda akan merasa sedih, kecewa, putus asa dan hampa juga serupa dengan apa yang Anda dengari. Perkataan-perkatan berisi emosi hampa akan membangkitkan emosi hampa di hati Anda, sebab itulah Anda hampa.

Pergilah berjalan-jalan di taman, di pantai atau ke mana saja yang Anda rasa Anda boleh beroleh ketenangan. Ketika disitu, fokuslah untuk merasai ketenangan. Lupakan habis pasal stress. Tujuan utama Anda adalah untuk mencari ketenangan, rasainya, simpan lalu nikmati supaya Anda mendapat kekuatan.

Ketika Anda sedang berada dalam situasi yang penuh stress, sibuk dan penuh kelam-kabut, caranya tenangkan diri. Bila sudah tenang, tenangkan lagi diri Anda, lebih tenang dari yang tadi. Inilah cara yang bagus digunakan untuk mengharungi situasi penuh stress.

Bila Anda merasa tertekan atau sedang stress memikirkan sesuatu tapi Anda susah nak lupa, fokus pada PENYELESAIAN. Sebagai contoh, jika Anda stress sebab tidak ada duit, fikir cemana nak selesaikannya. Jika Anda tidak bersemangat, fikir cemana nak selesaikannya. Fikir cemana nak jadi bersemangat.

Memfokus fikiran pada penyelesaian akan membuat Anda bersemangat sedikit sebab Anda nampak jalan keluar dari stress yang Anda alami. Anda akan rasa sedikit lega. Ada harapan untuk menyelesaikan kerumitan yang Anda alami.
 
aku dok cari butang thanks tak jumpa2...adessss

apa2 pon thanks sangat2 ..........
 
Thanxx tt..amat bergune info ni..prlu maafkn utk kte hdup tnang nt2
 
Back
Top
Log in Register