BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai petua kehidupan

-RIZUAN-

CG Top Poster Club
gem
Messages
20,958
Joined
Mar 5, 2008
Messages
20,958
Reaction score
641
Points
161
dalam thread ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang perkara2 asas yg kadangkala kita terlepas pandang,boleh buat tapi taknak buat,tak tahu cara nak buat,tahu tp tknk buat dan sebagainya..
semoga tips2 yg ada dapat dimanfaatkan bersama dalam kehidupan sementara ini..

Perkara Anda Perlu Lakukan Bila Anda Marah Tiba-tiba
Bila Anda marah, Anda sebenarnya sedang meletakkan diri Anda di depan pintu gerbang sikap negatif. Marah adalah emosi negatif paling kuat.

Sesiapa yang selalu marah maka dia adalah orang beremosi negatif. Sikapnya juga automatik jadi negatif. Emosi negatif lain adalah benci, dendam, sakit hati, cemburu.

Marah Sifatnya Api

Apa saja bersifat api akan memusnahkan.

Memusnahkan persahabatan, memusnahkan motivasi, memusnahkan cinta antara suami isteri, memusnahkan cinta antara seorang hamba dengan TUHAN juga memusnahkan iman di dalam diri.

Bila Anda marah, berikut adalah dua perkara yang Anda perlu lakukan.

1. Be cool.

Jangan lawan marah. Makin di lawan, makin terasa mau marah. Tenangkan diri. Tenangkan emosi. Tarik nafas supaya Anda beroleh kekuatan untuk menenangkan diri. Hampirkan diri Anda dengan tempat yang sejuk, yang kurang orang dan kurang kebisingan.

2. Amalkan Maaf.

Maafkan orang yang Anda marah dan jangan ingat lagi kesalahannya. Anggap tidak ada apa-apa berlaku. Anggap macam biasa (Nota: hal ini sangat mencabar. Ia memerlukan latihan berterusan! Ego mendorong Anda tidak mahu melupakan perkara yang membuat Anda marah. Hati-hati dengan diri sendiri).

Turunkan ego.

Bagaimana?

Jangan ungkit pasal siapa Anda, untuk untuk mendabik dada dengan jawatan Anda, duit Anda, gaji Anda, kedudukan Anda, pangkat Anda, anugerah-anugerah Anda, pujian-pujian yang diberi kepada Anda, tahap pendidikan Anda, paling penting sekali jangan ungkit kebaikan-kebaikan Anda.

Ingatlah dosa-dosa Anda. Anda bukan siapa-siapa, cuma hamba yang hina. Nafas Anda dan nyawa Anda milik Anda jadi tidak ada sebab untuk Anda riak.

Beristighfarlah. Mohon ampun kepada Allah. Istighfar dapat mencuci hati dan menghilangkan marah, seperti mana air biasa menghilangkan kepanasan api yang sedang membara.


Sebab Bahaya Duduk Berdekatan Orang Berfikiran Negatif
Selama ni mungkin Anda tak sedar betapa bahayanya duduk berdekatan dengan orang yang fikirannya negatif. Cemana nak kenal orang sebegini? Lihat dua perkara:

1. Percakapannya.

2. Tindakannya.

Orang berfikiran negatif banyak bercakap mengenai keburukan orang lain, dia biasanya banyak meluahkan ketidakpuasan hatinya. Dia suka menceritakan kegeramannya terhadap sikap orang-orang tertentu, situasi tertentu, benda tertentu. Dia lebih banyak mem’blame’ (menyalahkan).

Orang berfikiran negatif cepat memandang buruk pada sesuatu yang baru. Tindakan mereka lebih banyak mengelak dari tanggungjawab. Jika diberi tanggungjawab, orang berfikiran negatif biasanya akan buat ala kadar saja.

Dalam bisnes, orang berfikiran negatif berbisnes untuk mencari duit supaya dia cepat kaya.

Orang berfikiran positif pula berbisnes untuk dia menabur bakti dan membantu orang lain. Untung dan duit menjadi perkara kedua, kepuasan pelanggan lebih utama. Mindset fikiran negatif wujud tanpa Anda sedari.

Jika Anda perasa Anda ada sikap-sikap negatif seperti yang diterangkan tadi, ubah cepat sebab sikap itu akan jadi penghalang untuk Anda cemerlang. Orang berfikiran negatif takkan pernah cemerlang, bahkan berusaha menghalang Anda dari jadi cemerlang.


Kenapa Anda Perlu Memaafkan Orang Yang Sakitkan Hati Anda
Kenapa Anda perlu memaafkan?

Supaya Anda senang untuk merasa bahagia, gembira, tenang di jiwa.

Sebab kenapa ada ramai orang susah nak merasa gembira adalah kerana di hati mereka ada titik-titik hitam.

Titik-titik hitam ni mengotori jiwa.

Bila jiwa sudah kotor, ia akan dipenuhi dengan perasaan-perasaan kotor dan emosi-emosi kotor (emosi negatif) mengakibatkan timbul rasa marah, benci,dendam, dengki.

Kesemuanya bersarang dan melekat di situ.

Anda akan mudah naik marah, mudah merasa benci, cepat berdendam dan cepat dengki dengan orang lain.

Sekali Anda tidak memaafkan, sepuluh kali titik-titik hitam tumbuh membiak dlaam hati Anda.

Jika Anda nak gembira, nak ceria tapi susah untuk merasa gembira, susah untuk merasa ceria, semua berpunca dari hati Anda.

Anda tidak memaafkan kesalahan orang yang buat salah pada Anda.

Anda tidak maafkan orang yang marahkan Anda.

Anda tidak maafkan orang yang mengejek, menghina, mengkeji dan mengata Anda.

Anda tidak maafkan sikap mereka dan perbuatan mereka.

Justeru kesannya titik-titik hitam di hati Anda makin membesar, makin membanyak.

Hati Anda jadi semakin hitam, semakin gelap.

Hati orang pemaaf di sinari cahaya.

Mereka mudah merasa gembira, ceria dan mudah merasa bahagia kerana tidak ada titik-titik hitam melekat bertempek di dalam hati mereka ni.

Bila sudah gembira, ceria dan bahagia, mudah untuk rasa bermotivasi, bersemangat.

Bila sudah ada motivasi, akan ada energi.

Dari sinilah Anda merasa sentiasa bertenaga.

Anda akan merasa terdorong jadi kuat bekerja.

Maafkan kesalahan orang yang pernah membuat Anda merasa sakit hati.

Maafkan orang yang Anda tak puas hati dengan perangainya.

Maafkan orang yang pernah menghina Anda, merendah-rendahkan Anda, mempersendakan Anda.

Sikap sebegini Anda membuat Anda maju ke depan.

Lawan api dengan api, Anda akan musnah.

Dua-dua musnah.

Bila lawan api dengan air, Anda akan dapat musnahkan api lalu meninggalkannya untuk mengecap hidup yang lebih baik.
 
Last edited:
Tips Bagaimana Mengingatkan Diri Anda Untuk Bersyukur Selalu
Sebagai manusia biasa, Anda akan kerap lupa perkara yang Anda tak tulis dan tak ingin nak ingat. Minda memerlukan sesuatu sebagai peransang untuk Anda mengingati sesuatu.

Untuk mengingatkan diri Anda supaya bersyukur selalu, ambil perkara yang paling mudah dan yang paling hampir pada diri Anda. Gunakan sebagai pengingat supaya Anda bersyukur selalu.

Sama seperti gambar orang tersayang. Tiap kali ternampak atau terfikir gambar tersebut, pasti teringat orang tersayang.

Perkara yang paling mudah yang dimaksudkan adalah nafas Anda.

Bagi melatih diri Anda supaya sentiasa bersyukur, tarik nafas dan hembuskan perlahan-lahan. Hadirkan rasa berterima kasih kerana Anda masih bernafas. Ucap terima kasih sepenuh hati.

Ucap terima kasih pada Tuhan kerana Anda masih ada peluang untuk bernafas (..kerana Anda boleh mati bila-bila masa) dan Anda masih ada peluang untuk berusaha menuju impian Anda selama mana nafas Anda masih ditakung nyawa.


Tiap kali Anda perasan yang Anda terlupa untuk bersyukur, ambil masa 5-7 saat, tarik nafas, tahan sekejap lepas itu hembus perlahan-lahan dengan ucapan terima kasih di dalam hati kerana Anda masih boleh bernafas pada hari ini. Ulang-ulangkan setiap hari.

Tiap kali bernafas, pasti akan terbit perasaan bersyukur yang begitu mendalam.

Lama-kelamaan, Anda akan boleh mengubah diri Anda menjadi orang yang selalu bersyukur lantas menjadikan diri Anda orang berfikiran positif.

Perubahan menjadi insan positif tidak mustahil, janji Anda konsisten berusaha melakukan perubahan.
 
Penggagal Kepada Kejayaan
Ketahuilah sesusah-susah Anda, ada orang jauh lebih susah daripada Anda.

Sesenang-senang Anda, ada orang yang lebih senang daripada Anda.

Maka janganlah mudah meninggi diri, merasa bangga mahupun bersikap riak.

Elak merasa diri Anda lebih hebat, lebih baik, lebih bagus dari orang lain.


Racun kepada ibadah adalah sikap riak.

Penggagal kepada sebuah kejayaan adalah perangai merasa diri lebih hebat.

Anda sebagai manusia, pasti akan ada kekurangan dalam apa jua kelebihan.

Seseorang manusia pasti memerlukan manusia lain sebagai pelengkap kepada kekurangannya.

Tidak ada daripada kita yang sempurna, iaitu sempurna dari segala segi.

Ada kekurangan, ada kelebihan.

Sikap terbaik adalah bersederhana. Dalam berusaha pada tahap ekstreme untuk mengejar kejayaan, Anda diam-diamkan pencapaian.

Orang yang suka menunjuk-nunjuk serta berlebih-lebihan adalah orang yang kurang ilmu.

Orang yang suka bersederhana, itulah orang berilmu.

Penggagal kepada kejayaan adalah sikap merasa bangga, terlalu bangga dengan pencapaian hebat sehingga Anda lupa bersyukur. Anda lupa menghargai orang sekeliling, lupa menghargai pemberian Tuhan kepada Anda.

Bak kata pepatah, apabila suda berada di atas, lihat-lihatlah ke bawah. Supaya Anda tidak menjadi kacang lupakan kulit.
 
Tips Bagaimana Untuk Sentiasa Bersemangat
Anda nak cari tips cemana nak sentiasa bersemangat?

Setiap dari kita pasti ada masalah tersendiri. Setiap orang ada masalah masing-masing.

Untuk menjadikan diri Anda sentiasa bersemangat, jangan pandang kepada masalah-masalah yang Anda lalui.

Anda akan rasa ‘down’ tak semena-mena.

Pandanglah kepada penyelesaian masalah.

Caranya, tanya diri Anda “cemana nak selesaikan masalah aku ni?

Ataupun, tanya diri Anda berulang-ulang dengan soalan “cemana nak selesaikan masalah ni?

Bertanya diri sendiri dengan soalan berkaitan dengan cara bagaimana menyelesaikan masalah akan membuat minda separa sedar anda bekerja keras memberikan Anda idea-idea untuk Anda menyelesaikan masalah.

Berbagai idea, saranan, ilham atau gerak hati akan timbul selepas itu.

Anda kena tenang. Cool. Calm down. Tenangkan diri setenang yang boleh.

Kenapa? Lebih banyak idea, saranan dan ilham akan timbul selepas itu.

Idea, saranan, ilham dan gerak hati ini Anda boleh gunakan sebagai panduan untuk menyelesaikan masalah Anda.

Ingat, elak memikir masalah.

Elak mengomen masalah.

Elak merasa sakit hati sebab dilanda masalah.

Tapi tumpukan fikiran 100% sepenuhnya kepada penyelesaian masalah.

Keajaiban akan berlaku selepas itu.
 
5 Sebab Kenapa Anda Tidak Bermotivasi Walau Sudah Berkali-kali Membaca Artikel Motivasi

Anda sudah berkali-kali membaca artikel motivasi tapi masih tidak ada apa-apa kesan pada diri Anda. Anda tak rasa apa-apa. Anda tidak terinspirasi pun. Anda tidak ada motivasi. Anda rasa macam Anda buang masa.

Kenapa semua tu terjadi?

1. Sebab Anda NEGATIF orangnya.


Anda tidak bermotivasi walau sudah berkali-kali membaca artikel motivasi sebab Anda negatif. Anda bukan orang berfikiran positif. Anda bukan mencari inspirasi, tetapi mencari salah yang terdapat dalam artikel motivasi yang Anda baca.

2. Sebab Anda MENYAMPAH melihat orang lain.


Orang yang tidak memaafkan orang lain dan tidak pernah wujud rasa kagum pada pencapaian tinggi orang lain seringkali akan rasa menyampah tiap kali terpandang sesiapun jua di sekelilingnya.

3. Dalam hati Anda ada dendam terpendam.

Anda memendam rasa tidak puas hati. Anda tidak memaafkan orang yang berbuat salah pada Anda. Anda mahu orang tu melutut di hadapan Anda. Anda tak puas hati selagi dia tidak meminta maaf pada Anda. Marah yang terpendam berubah menjadi dendam seiring dengan berubahnya perjalanan masa. Bila sudah ada dendam terpendam, Anda susah untuk merasa bermotivasi.

4. Anda selalu memaki-maki dan Anda selalu mengucap perkataan buruk.

Bila bergurau, Anda selalu menggunakan perkataan-perkataan yang kurang baik seperti ‘sial’, ‘babi’ atau ‘kepala hotak’. Walaupun Anda sudah biasa melontarkan perkataan sedemikian dan Anda sudah terbiasa melakukannya, ketahuilah kesannya pada diri Anda amat buruk sekali. Anda susah untuk merasa bermotivasi bahkan cepat merasa tertekan.

5. Anda tidak respek orang lain, bahkan selalu mempersenda dan merendah-rendah.

Hati Anda melambangkan sikap Anda. Sikap Anda melambangkan cemana rupanya hati Anda. Hati orang bermotivasi adalah hati yang selalu menunduk. Semakin berisi, semakin menunjuk, ibarat padi. Anda tidak bermotivasi kerana Anda tidak respek pada orang lain (walau siapapun dia), Anda tidak kagum pada orang lain (walau apa jua pencapaiannya), Anda merendah-rendahkan orang dan mempersenda kekurangan orang lain. Anda merasa ia cuma gurauan, tapi sebenarnya sikap sedemikian melatih Anda menjadi insan negatif.

Dari segi logik akal, jika Anda orang yang tercari-cari inspirasi lalu terdorong untuk membaca artikel motivasi, biasanya Anda akan merasa bersemangat selepas selesai membaca artikel motivasi tersebut.

Tetapi, jika Anda sedang mencari-cari inspirasi tetapi Anda tidak merasa bersemangat, Anda sesuatu yang tak kena pada hati Anda.

Mungkin, hati Anda ada kekotoran tersembunyi.

Mungkin, matlamat kejayaan Anda kabur.

Mungkin, Anda tidak tahu kejayaan cemana yang Anda mahu capai dalam hidup.
 
Fikiran Negatif Perlukan Fokus, Fikiran Positif Juga Perlukan Fokus
ikiran-fikiran negatif memerlukan konsentrasi dan fokus Anda untuk ia memberi kesan dalam hidup Anda. Tak ada fokus, tak ada kesan.

No cause, no effect!

Setiap kali Anda perasan yang Anda sedang berfikiran negatif, beranggapan buruk, berfikiran buruk, bersangka buruk atau simply bertanggapan buruk, jangan fikirkan. Elak untuk fikirkan. Jangan beri perhatian kepadanya

Pilihlah untuk fikir yang baik-baik saja.

Anggap yang baik-baik dan fokuskan kepada yang baik-baik.

Lakukan ini selalu.

Bila dah kerap buat, lama-kelamaan Anda akan perasan situasi di sekeliling Anda berubah jadi semakin baik. Suasana persekitaran Anda terubah jadi bertambah-tambah baik.

Feel dalaman mempengaruhi situasi luaran. Emosi Anda mempengaruhi situasi Anda.

Apa yang berlaku di dalam akan mempengaruhi apa yang berlaku di luar.

Anda akan perasan hubungan Anda dengan orang-orang disekeliling jadi baik, Anda rasa gembira, rasa bersemangat, kesannya Anda rasa berinspirasi. Dengan syarat, tumpukan sepenuhnya pada fikiran-fikiran baik.

Anda bahagia! Dari sinilah timbul motivasi berkekalan.
 
Jika Tidak Ada Motivasi, Ada Sesuatu Tidak Kena Dengan Hati Anda
Jika Anda tidak ada motivasi, itu maknanya di dalam hati Anda, ada sesuatu yang tidak kena.

Anda tidak bersemangat sebab hati Anda tidak damai, tidak tenang, gusar dan tertekan. Motivasi hanya akan ada apabila Anda tidak ada rasa gusar, susah hati, tertekan, kecewa, geram, marah atau dendam.

Orang yang bermotivasi adalah orang yang merasa seronok melakukan setiap aktiviti yang dilakukannya.

Dia bermotivasi kerana di dalam hatinya tidak ada perasaan gusar, susah hati, tertekan, kecewa, geram, marah atau berdendam. Yang ada hanyalah perasaan suka, riang, girang dan enjoy.

Bagaimana untuk membangkitkan motivasi?

Gembirakan diri sendiri.

Nikmati apa yang Anda lakukan, nikmati aktiviti yang Anda buat, rasai keseronokannya hingga Anda tak ingat dunia. Biar Anda syok sendiri.

Bila sudah seronok, ada motivasi.

Orang berjaya sentiasa bermotivasi kerana mereka seronok apa yang mereka buat. Aktiviti mereka banyak menjurus kepada pencapaian matlamat.

Maka, Anda perlu tahu apa yang Anda mahu capai, kemudian nikmati keseronokan dalam proses berusaha mencapai matlamat Anda itu.

Cuba ambik contoh perlawanan bola sepak. Keseronokan buat para pemain adalah ketika mereka berusaha mengejar bola, memberi bola kepada rakan sepasukan dengan matlamat untuk memasukkan bola tersebut ke gawang lawan seberapa banyak yang mungkin.

Proses menyumbatkan bola ke ruang gol pihak lawan mendatangkan keseronokan buat mereka. Sepanjang permainan, fikiran mereka tertumpu pada usaha menjaringkan gol. Setiap pemain bekerjasama untuk memastikan bola dapat dimasukkan ke gol lawan.

Inilah apa yang di maksudkan dengan ‘enjoy the process‘.
 
Nafsu Musuh Anda, Roh Sahabat Anda
Sebenarnya ramai di antara kita berkeinginan besar mahu jadi orang berfikiran positif sebab ramai dari kita mahu membina hidup yang jauh lebih baik dari hidup yang sekarang ini. Ramai nak mengecapi kejayaan.

Seperti Anda, jutaan orang di luar sana mahu berjaya. Kejayaan yang Anda idamkan, kejayaan sebegitulah yang mereka inginkan. Hakikatnya jalan menuju kejayaan dipenuhi cabaran.

Cabarannya, Anda akan merasa sukar mengamalkan fikiran positif. Anda akan merasa senang berfikiran negatif. Anda merasa selesa berfikiran negatif sebab ia sudah menjadi kebiasaan pada Anda.

Musuh paling ketat, paling bermaharajalela adalah diri Anda sendiri, yakni nafsu Anda.

Sahabat paling rapat, pendamping paling baik adalah roh Anda. Roh bersuara melalui ilham spontan sama seperti curahan idea. Nafsu bersuara melalui keinginan yang dinyatakan di hati, terbit di fikiran, terzahir di perbuatan.

Untuk kekal menjadi orang berfikiran positif, rajinkan diri beristighfar tiap kali Anda mula bersangka buruk.

Setiap kali Anda dapati Anda bersangka buruk pada orang di sekeliling Anda, Anda tidak yakin, sangsi atau gusar terhadap sesuatu, Anda takut perkara-perkara buruk yang bakal terjadi, istghfarlah sebab itu adalah godaan nafsu. Nafsu dipengaruhi oleh bisikan-bisikan syaitan.

Istighfar adalah lafaz meminta ampun daripada Allah kerana anda merasa diri Anda telah melakukan kesalahan atau merasa Anda alpa dek bisikan syaitan. Setiap kali melafaz istighfar, setiap kali itulah Anda merasa Anda terlepas dari satu bebanan berat. Anda merasa semakin dekat dengan Tuhan kerana Anda mengharap mahu diampunkan.

Nafsu membuat Anda jauh daripada Tuhan kerana Anda mempersoalkan apa yang bakal terjadi, dari situlah fikiran negatif muncul. Anda tidak tahu sama apa yang Anda usahakan kaan menjadi atau tak menjadi.

Sikap mempersoalkan, merasa gusar atau merasa sangsi adalah petanda Anda tidak ada ‘faith’ iaitu sikap berserah pada ketentuan Tuhan.

Orang yang berserah pada ketentuan Tuhan adalah orang positif fikirannya sebab orang sebegini sentiasa melihat kebaikan dalam apa jua keburukan. Orang yang suka mempersoalkan, mengungkit, mempertikai hak, skeptik serta bersangka buruk adalah orang berfikiran negatif sebab dia melihat keburukan dalam kebaikan.

Orang berfikiran negatif jarang ada yang berjaya. Jika ada, kejayaan yang diraih tidak berkembang. Sekejap cuma.

Orang berfikiran positif, ramai yang berjaya bahkan dia menggapai semakin banyak kejayaan.

Sikap positif membuat sesiapa saja dekat dengan kejayaan. Sikap negatif membuat sesiapa saja jauh dari kejayaan.

Sebenarnya tidak susah menjadi orang berfikiran positif. Anda cuma niatkan dalam hati mahu bersangka baik, amalkan sikap bersangka baik lalu serap sikap bersangka baik sebagai sikap kekal pada diri Anda. Pilihlah untuk menjadi orang baik hati.

Usah meninggi diri, merendahkan-rendahkan orang, riak, bongkak, mahupun merasa lebih.

Elak mentertawakan seseorang kerana kesilapannya, kerana kealpaannya juga kerana kegagalannya kerana apabila Anda buat semua tu, Anda membuka ruang untuk menjadi orang berfikiran negatif. Anda akan terjerumus ke lembah sikap negatif tanpa Anda sedari. Inilah kenapa musuh paling ketat adalah diri Anda sendiri, bukannya orang lain.

Binalah semangat kekitaan tanpa mempersoalkan siapa Anda, pangkat Anda, darjat Anda mahupun tahap pendidikan Anda. Ringankan tangan berbakti dan rajin-rajinkan diri berbuat baik.

Amalan ini baik sebagai terapi buat diri Anda dalam usaha berlatih menjadi orang berfikiran positif.
 
2 sebab kenapa Anda perlu ada sikap yakin diri
Kenapa kita perlu ada sikap yakin diri?

Berikut adalah 2 sebab kenapa Anda perlu ada sikap yakin diri:

1. Kita mahu ada semangat untuk maju dalam apa yang kita lakukan sekarang.
Kita mahu apa yang kita buat berhasil. Bila tidak ada keyakinan diri, kita tak ada desakan inspirasi untuk berusaha, lantas membuat kita rugi banyak masa. Orang yang tidak ada rasa yakin diri hanya akan menghabiskan masa berkira-kira nak membuat sesuatu.

2. Kita tak nak kita teragak-agak akhirnya hilang semangat untuk mula mencuba.
Orang yang ada rasa yakin diri sanggup mendepani apa saja yang akan berlaku, terus buat lebih dari sekadar mencuba-cuba. Kita pula rugi banyak sebab langsung tak mencuba, tak membuat dan tak ada inisiatif untuk mula mencuba, walaupun sekadar hanya untuk mencuba sedikit cuma.

Orang yang ada sikap yakin diri adalah orang yang berani, tapi tenang.

Tenang tak bermaksud air mukanya kena sempoi. Tenang tu maksudnya mahir mengawal emosi, kata-katanya terkawal, tindakannya terkawal, ideanya bernas, pendapatnya tepat.

Tanya diri sendiri, adakah kita ni orang yang tenang?
 
Back
Top
Log in Register