antuz_casper
Fun Poster
- Messages
- 917
- Joined
- Mar 3, 2009
- Messages
- 917
- Reaction score
- 1
- Points
- 15
Aku sokong bro yg nih.. ramai yg tak paham
yang ni pulak bergantung jugak... secara umumnya crude oil di perairan Malaysia mmg mempunyai kadar sulfur yg rendah, dipanggil sweet crude. Dan sejak dr dulu Malaysia mmg beli crude oil yg tinggi kadar sulphurnya (sour crude) dr Timur Tengah untuk diproses di Malaysia. Tapi sour crude akan diproses diproses di Petronas Penapisan Melaka kerana di situ shj refinery Petronas yg boleh proses sour crude. Tidak seperti di Kertih yg mana refinery di situ hanya mampu memproses sweet crude. Latest info yg aku dpt Petronas Penapisan Terengganu mampu memproses sebanyak 45,000 bbl/day crude selepas debottlenecked pada akhir 90-an dahulu. Dan untuk Petronas Penapisan Melaka adalah sebanyak 100,000 bbl/day crude oil.
Di Perairan Malaysia ni, untuk blok2 (lokasi) yg berlainan pun kita akan dapat crude composition yg berlainan. Contoh, crude dr blok A jumlah petrol yg kita boleh dpt setelah diproses adalah 15% dan blok B, jumlah petrol pula adalah 35%.
Kita pikir camni je la... proses nak buat air sirap. Bahan utama adalah air, perasa sirap dan gula. Pastu jadi air sirap. Air sirap tu Shell beli, Esso beli, Caltex dan Petronas beli. Pastu setiap company campur la vitamin C ke, vitamin A ke, CO2 ke untuk jadi sirap gasdan lain bahan. Dan akhirnya jadi la air sirap yg siap untuk dipasarkan. Sama kes cam petrol.
kalo betul cam sirap kan bagus, bleh bancuh sendrik kat umah, tak yah nak beli2 minyak lagi..
