BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesta Sauk Sotong Berpotensi Jadi Produk Pelancongan Baharu Perlis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
2e5cac3937398cafeba7aeb5555e29e16975d3a77555f


Pesta Sauk Sotong Perlis 2026 yang berlangsung dua hari bermula semalam berpotensi menjadi produk pelancongan baharu sekali gus memperkukuh sektor pelancongan negeri.

Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah berkata pesta yang dianjurkan kali pertama itu juga acara pembuka tirai kepada Kalendar Acara Pelancongan Perlis 2026 sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2026.

“Pesta ini melibatkan hampir 100 peserta dengan penyertaan lebih 50 bot nelayan dan memberi peluang kepada orang ramai merasai sendiri pengalaman aktiviti sauk sotong di negeri ini,” katanya kepada pemberita pada penutupan pesta itu di Kuala Perlis dekat sini hari ini.

Abu Bakar berkata penganjuran pesta itu akan diteruskan secara tahunan kerana ia bukan sekadar acara rekreasi, tetapi menjadi platform mempromosikan warisan kehidupan pesisir pantai, budaya komuniti nelayan dan keindahan alam semula jadi Perlis.

“Walaupun penganjuran sulung ini mempunyai beberapa kekangan termasuk dari segi promosi, sambutan diterima amat menggalakkan dan akan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan ia mampu berkembang sebagai tarikan pelancongan bermusim,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register