BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peserta Perlindungan Saksi Boleh Terima Bantuan Sekali Beri Selepas Program Tamat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Peserta Perlindungan Saksi Boleh Terima Bantuan Sekali Beri Selepas Program Tamat​

cb9387baae61f69aded836c473e8c02e6a6072f73fc3b

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran ketika bacaan RUU sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.

Peserta Program Perlindungan Saksi boleh diberikan bantuan sekali beri (one-off) termasuk kewangan atau penempatan semula ke lokasi selamat selepas Peguam Negara menamatkan perlindungan di bawah program itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran berkata bantuan kewangan berkenaan boleh digunakan untuk keperluan tempat kediaman, kos pemindahan barangan dari rumah perlindungan saksi ke penempatan baharu serta pertukaran sekolah.

“Bantuan ini bagi memastikan peserta dapat menjalani proses peralihan hidup dengan selamat sejurus selepas keluar daripada program, namun bukan bantuan berterusan untuk jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026 untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.

Kulasegaran berkata Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696) ketika ini hanya menyediakan perlindungan dan bantuan semasa seseorang menjadi peserta program, tanpa mekanisme sokongan formal selepas program berakhir.

RUU Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026 itu antaranya bertujuan memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri (BPJPM) untuk menyediakan perlindungan dan bantuan yang perlu serta munasabah kepada peserta.

Pada 14 Julai lepas, Dewan Rakyat meluluskan RUU berkenaan mengandungi enam fasal bagi memperkukuh keselamatan, kebajikan serta perlindungan fizikal saksi yang memberikan keterangan penting dalam kes jenayah berat, rasuah dan berprofil tinggi, selain menambah baik pengurusan Program Perlindungan Saksi.

 
Back
Top
Log in Register