Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan sebuah pesawat milik Smart Air. – AGENSI
JAKARTA – Sebuah pesawat milik syarikat Smart Air dengan nombor pendaftaran PKS-NR dilaporkan ditembak hari ini, demikian menurut laman berita Tempo.
Kejadian berlaku semasa pesawat mendarat di Lapangan Terbang Korowai Batu dari Tanah Merah, rantau Boven Digicel, wilayah Papua Selatan.
Ketua Perhubungan Awam Polis Serantau, Pesuruhjaya Cahyo Sukarnito berkata, ketika kejadian, pesawat itu membawa kira-kira 13 penumpang.
“Pesawat itu dipandu oleh Kapten Egon Erawan dan pembantu juruterbang, Kapten Bas Koro,” kata Cahyo dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, pesawat itu berlepas dari Tanah Merah pukul 10.35 pagi(waktu tempatan).
Pesawat itu ditembak dari kawasan hutan bersebelahan landasan lapangan terbang semasa pendaratan.
Juruterbang dan pembantunya maut akibat kecederaan tetapi semua 13 penumpang selamat. – AGENSI
Pesawat penumpang Indonesia ditembak
Sebuah pesawat milik syarikat Smart Air dengan nombor pendaftaran PKS-NR dilaporkan ditembak hari ini, demikian menurut laman berita Tempo.
www.kosmo.com.my