BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pesalah Buang Sampah Jalani Perintah Khidmat Masyarakat Serentak 13 Feb Ini - Nga

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
04751e5b24862599f3f4d8ce841ae23f698329b74da5e

Nga Kor Ming

Semua pesalah yang disabitkan oleh mahkamah bagi kesalahan membuang sampah akan menjalani Perintah Khidmat Masyarakat secara serentak pada 13 Feb ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Beliau berkata pesalah akan menjalani hukuman itu dengan membersihkan longkang, menyapu jalan dan mencuci tandas awam mengikut sabitan mahkamah.

Nga berkata sejak pindaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) bagi kesalahan pembuangan sampah kecil dikuatkuasakan, sebanyak 600 notis pemberitahuan kesalahan dikeluarkan melibatkan 462 warga tempatan dan 138 warga asing.

“Daripada jumlah itu, 46 kes telah mendapat tarikh sebutan mahkamah dan tiga kes telah disabitkan kesalahan. Saya ingin mengingatkan, jangan sesekali membuang sampah merata-rata kerana kompaun maksimum mengikut bidang kuasa mahkamah boleh mencecah antara RM2,000 hingga RM10,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Dewan Rakyat hari ini.

Nga menegaskan pendekatan itu bukan bertujuan menghukum semata-mata sebaliknya untuk mendidik seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menjaga kebersihan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata lebih 40,000 unit kediaman Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang sebelum ini dikategorikan sebagai projek sakit termasuk projek terakhir di Bukit Katil, Melaka berjaya disiapkan sepenuhnya dan memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), sekali gus menamatkan isu 34 projek sakit yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu.

Beliau berkata ada antara projek berkenaan sebelum ini berada pada tahap kritikal, namun usaha berterusan kementerian berjaya menyelamatkan keseluruhan 40,000 unit yang terjejas.

“Janji telah ditepati sebelum Hari Raya. Semua projek siap sepenuhnya dan kunci akan diserahkan kepada pembeli sebelum Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register