BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SWCorp Pahang Keluar 2,551 Notis, 58 Pesalah Jalani Khidmat Masyarakat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

SWCorp Pahang Keluar 2,551 Notis, 58 Pesalah Jalani Khidmat Masyarakat​

3fbbe97a4087106618126ae331ee65e16a3fb6a6ee0cf

fb SWCorp Pahang

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang mengeluarkan 2,551 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) hasil pelaksanaan 2,920 Operasi Sampah Kecil, setakat Rabu lepas.

SWCorp dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sebanyak 95 kes telah dibicarakan di mahkamah, manakala sembilan siri Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) berjaya dilaksanakan melibatkan 58 pesalah.

“Bagi kesalahan pembuangan sampah kecil, tiada kompaun dikeluarkan kerana kesalahan itu diproses melalui tindakan mahkamah. Di Pahang juga, tiada lokasi hotspot ditetapkan kerana operasi penguatkuasaan dilaksanakan berdasarkan situasi semasa dan keperluan di lapangan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, SWCorp memaklumkan pelaksanaan PKM Siri Ke-10 di tiga lokasi utama, iaitu Taman Gelora di sini, Taman Bandar Raub dan Esplanade Temerloh hari ini berjalan lancar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara yang ditetapkan.

“Sebanyak 14 pesalah yang diperintahkan oleh mahkamah menjalani hukuman khidmat masyarakat.  Pelaksanaan PKM kali ini melibatkan pesalah dari beberapa daerah, iaitu Kuantan, Pekan, Raub, Rompin, Temerloh, Cameron Highlands, Bentong, Bera serta pesalah yang dipindahkan dari Hang Tuah Jaya, Melaka bagi menjalani PKM di Pahang,” menurut kenyataan itu.

Menurut SWCorp, kesemua pesalah itu merupakan lelaki berusia antara 22 hingga 65 tahun, terdiri daripada 11 warga tempatan dan tiga bukan warganegara.

“Mereka disabitkan atas kesalahan membuang puntung rokok di tempat awam di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), dan diperintahkan mahkamah menjalani Perintah Khidmat Masyarakat selama dua hingga 12 jam, bergantung kepada keputusan mahkamah.

“Sepanjang pelaksanaan PKM, pesalah melakukan pelbagai aktiviti pembersihan dalam skop kerja konsesi mengikut keperluan lokasi, termasuk pembersihan kawasan awam, laluan pejalan kaki, longkang, tandas awam dan kemudahan awam lain,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, pembuangan puntung rokok terus menjadi kesalahan paling kerap dilakukan dan memerlukan perhatian semua pihak.

 
Back
Top
Log in Register