BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peruntukan RM5 Juta Dapat Perkukuh Gerakan Pembangunan Belia Berpersatuan - MBM

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Peruntukan RM5 Juta Dapat Perkukuh Gerakan Pembangunan Belia Berpersatuan - MBM​

2d34c41c7ecc3b0f1ee51e6e767ccd856a06ae46ed813

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) melancarkan buku Pelan Tindakan Pembangunan Belia pada Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 'Menggerak Belia MADANI' hari ini.

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyifatkan peruntukan RM5 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, sebagai suntikan dalam memperkukuh gerakan pembangunan belia berpersatuan di seluruh negara.

Presiden MBM Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata pemberian itu, membuktikan keyakinan dan komitmen berterusan kerajaan MADANI terhadap peranan golongan belia sebagai rakan strategik pembangunan negara.

“Peruntukan ini amat besar maknanya kepada gerakan belia negara dan akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperluas program pembangunan kepimpinan, pendidikan demokrasi, kesukarelawanan, pembangunan komuniti serta usaha menyantuni golongan belia yang memerlukan.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman tersebut dan sudi hadir menyempurnakan perasmian Hari Belia Negara hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata MBM percaya sokongan berterusan kerajaan, membuktikan kesungguhan dalam memperkasakan suara dan peranan anak muda, khususnya ketika dunia berdepan cabaran ekonomi serta ketidaktentuan geopolitik semasa.

Perdana Menteri hari ini mengumumkan peruntukan tersebut bersempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026, bertujuan memperkasakan peranan MBM dalam memacu pembangunan golongan belia di negara ini.

 
Back
Top
Log in Register