menarik soalan, den nak join sekali
ni den share apo info yg den ado.. utk perumahan ada beberapa kaedah islamic bank gunakan.. antaranya dua dibawah ini..
1. kalo pembiayaan menggunakan kaedah Bai Bithamin Ajil (BBA) .. memang bank boleh tuntut bayaran bawah akad BBA..
Dalam kontrak BBA, ada dua kontrak berasingan iaitu PPA (property purchase agreement) di mana bank beli dari aset pemilik dan PSA (property sale agreement) di mana bank jual kepada pembeli dengan untung. Harga asal+untung adalah harga yg wajib dibayar orang yang ambil pembiayaan melalui bayaran ansuran. Apabila orang yang ambil pembiayaan ingin buat full settlement samada ingin bayar penuh atau refinance, atas budi bicara bank, boleh berikan Muqasah. Muqasah adalah satu amaun kurangan daripada jumlah keuntungan asas masa depan yang telah ditetapkan oleh bank.
2. kalo menggunakan kaedah Musyarakah Mutanaqisah (MM) jika rumah terbengkalai, kita tak perlu bayar kepada bank lagi dan bank akan pulangkan wang yang kita bayar semasa pembinaan.
jujurnya den pon tak tau ilmu2 ni sblm den beli rumah.. dan rumah den skang ni pon den tak tau kaedah mano yg digunakan huhu
yg pastinya den guna islamic banking