BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perumahan ‘sakit’ terbengkalai: Pembeli terpaksa bayar ansuran bulanan penuh

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Perumahan ‘sakit’: Pembeli terpaksa bayar ansuran bulanan penuh

AZMI YUSOFFebruary 12, 2025

Roslan Hashim
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa merangka strategi khusus merentas kementerian bagi menangani isu projek perumahan terbengkalai yang terus membebankan pembeli rumah.

- -
Menurut Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu), pembeli rumah terpaksa membayar ansuran bulanan penuh walaupun projek masih belum siap.

“Antaranya Projek Residensi Hektar Gombak yang didapati terbengkalai lebih setahun sebelum ini ekoran masalah kewangan yang dihadapi oleh pemaju walaupun pembeli rumah telah pun mula membayar ansuran bulanan penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut menzahirkan kebimbangan terhadap kenaikan harga rumah di bawah Skim Rumah Wilayah Persekutuan, yang dahulunya berharga sekitar RM63,000 tetapi kini mencecah RM300,000.

“Bagaimanakah kerajaan mengimbangi antara keperluan merancakkan pembangunan perumahan yang berdaya unik dan mampan serta menyediakan lebih banyak rumah mampu milik kepada pembeli rumah pertama terutamanya dari segi pembiayaan untuk mereka yang berdepan dengan kesukaran deposit sepuluh peratus memandangkan skim ini telah tidak menawarkan bantuan dana tambahan?” soalnya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, projek perumahan yang dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ telah dikenal pasti oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Sesuatu projek dianggap sebagai ‘sakit’ apabila mengalami kelewatan lebih 30 peratus berbanding jadual asal atau telah tamat tempoh perjanjian jual beli.

“Jadi kita telah kenal pasti beberapa projek sakit khususnya berada di bawah Wilayah Persekutuan ini maka memang kita pantau secara rapi khususnya jawatan Wilayah Persekutuan ini bersama dengan Jabatan Perumahan Negara sebab kita adalah ahli kepada task force projek-projek sakit ini.

“Jadi tentunya projek-projek sakit ini kita akan mengenal pasti dan kita akan ambil tindakan yang sepatutnya dalam kita memastikan akhirnya pembeli mendapat pembelaan dan akhirnya mendapat memiliki rumah tersebut,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/2/2025
 
Screenshot_20250212_131510_com_brave_browser_ChromeTabbedActivity_edit_89793233975745.jpg


Qard al-Hassan selesai isu pembiayaan perumahan
January 28, 2018

CADANGAN kerajaan supaya mengurangkan kadar faedah perumahan perlu diteliti sebaiknya malah, PAS pernah menggesa supaya tabung pinjaman perumahan tanpa faedah di atas prinsip ‘Qard Al–Hassan‘ dikemukakan oleh pihak kerajaan.

Perumahan, khususnya perumahan mampu milik kepada golongan M40 dan B40 adalah antara golongan yang tersepit dengan isu pemilikan tempat tinggal yang kini dilihat masih belum mampu milik.

Sedang Ia merupakan keperluan paling asas kepada rakyat dan menjadi tanggungjawab kerajaan bagi menyediakan polisi yang terbaik dan berpandukan prinsip syari’ah.

Tabung pinjaman perumahan tanpa faedah ini akan berfungsi meringankan beban para prospek pembeli rumah sekaligus menyediakan ruang kemudahan bagi mereka memiliki unit kediaman kelak.

Walaupun ini bukanlah ‘solely factor‘ terhadap isu lambakan perumahan hari ini, namun langkah yang lebih jitu dan strategik dalam menangani hal ini perlu digerakkan dengan kerjasama kerajaan negeri dan pusat.

Kita perlu memahami bahawa lebih separuh daripada 89.1 peratus hutang isi rumah kepada KDNK pada 2015 adalah disebabkan pembiayaan kepada perumahan dan harta tanah. Ia menjadi faktor terbesar yang perlu mendapat perhatian oleh pihak kerajaan.

Selain berdepan masalah bekalan rumah yang berstatus ‘mampu milik’, masalah harga rumah yang tinggi dan tidak sepadan dengan kedudukan semasa gaji golongan sasar di samping ruang pembiayaan perumahan yang menekan menjadi faktor utama menyumbang kepada masalah perumahan di negara ini.

Justeru, PAS konsisten dan sekali lagi menggesa kerajaan supaya turut mempertimbangkan langkah menyediakan tabung pembiayaan perumahan berkonsepkan ‘Qard Al–Hassan‘ (tanpa faedah) sebagai salah satu langkah memudahkan pembeli memperoleh rumah kediaman.


NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
11 JamadilAwal 1439 | 28 January 2018 – HARAKAHDAILY 28/1/2018
 
Harap setiap post2 aku yg mengingatkan kembali usaha perjuangan dasar2 pemerintahan Islam PAS dahulu, dikira amal jariah oleh Allah Taala.

Mudah2an reminder ini akan memasakkan lagi usaha2 ini utk diterjemahkan kpd tindakan bila mana PAS menjadi kerajaan nnt.
 
org melayu suka sangat beli rumah dalam hutan sebab murah...bla terbengkalai,sapa pun tak mau ambik alih sebab tak boleh untung.....
 
Back
Top
Log in Register