“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu? Itu bukan Cinta, itu SUKA. ~~~ tak pernah le pulak camni....
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU. ~~~ time bercinta, malu2 nak tgk dia....ekekeke
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN. ~~~ ntah...ada ker ek?
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN. ~~~ yg diinginkan semua orang...dan juga keinginan sendiri jugak...
Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN. ~~~ rasanya ada pada setiap org ni...mesti ada simpati baru ada kasih sayang...ke...ada kasih sayang baru ada simpati?
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA. ~~~ takde arr smpi melompat...tp, rasanya dulu mcm pernah cakap kat dia....hati dia aku simpan dlm peti ais (sbb dia bg pastu dgn pesanan...jgn bg hati dia "rosak") )
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN. ~~~ bukan sbb ambil berat...tp sbb sayang kot....
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA. ~~~ aku tak suka berdusta...so, takde la aku ckp camtu kat dia...
Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI. ~~~ aku memang pemurah hatinya....
Tetapi
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA. ~~~ yup.....aku sungguh penyabar....
Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA. ~~~ takde la terima terus tanpa soal-jawab...ekekek
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA. ~~~ no komen....tak melaluinya pun...
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA. ~~~ lom pernah tgk dia sakit teruk....so...no komen
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih? ITULAH CINTA. ~~~ ada la...time dia kehilangan insan-insan kesayangan dia..
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia? ITULAH CINTA. ~~~ kalau dia bahagia...selalunya aku dpt mcm2 hadiah....best..
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA. ~~~ ishk...not that jiwang kot....hahahaha