BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pertandingan Elit Gendang 24 Perayaan Jadi Acara Tahunan Mulai 2026 - Wong

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
30b6cfd75d0494214331b289aee0490f68f4cc2ed28ce

15bbdfed15ea120920f202b47a37dbcc68f4cc6e5f575

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh (enam, kiri) pada gimik Pelancaran mengenai Permohonan Warisan Dunia (Gendang 24 Perayaan) di Southern University College.

-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pertandingan Elit Gendang 24 Perayaan bakal disenaraikan sebagai acara tahunan dalam takwim rasmi Kementerian Pendidikan (KPM) bermula tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata pertandingan itu akan dilaksanakan di peringkat daerah, zon dan kebangsaan dengan pusingan akhir dijangka berlangsung pada September.

Beliau berkata langkah berkenaan bagi memperkukuh serta mengembangkan warisan seni budaya tempatan secara lebih holistik memandangkan Gendang 24 Perayaan telah menembusi peringkat antarabangsa.

“Adalah penting kita lihat terdapat pasukan daripada sekolah yang mempunyai pelajar pelbagai kaum dengan usaha kini untuk memastikan sekolah yang berpotensi turut menubuhkan pasukan sendiri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Cadangan Warisan Dunia Gendang 24 Musim dan Seminar Latihan Perguruan di sini hari ini.

Wong berkata setakat ini, sebanyak 341 sekolah di seluruh negara mempunyai pasukan Gendang 24 Perayaan yang aktif, melibatkan lebih 65,000 pelajar sejak ia mula diperkenalkan pada 1988.

Beliau berkata peruntukan RM100,000 turut diberikan kepada 10 sekolah di beberapa negeri melibatkan sekolah kebangsaan, sekolah menengah, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil bagi menubuhkan dan memperkukuh pasukan gendang 24 perayaan masing-masing.

Sekolah Menengah Foon Yew di sini merupakan sekolah pertama yang menubuhkan pasukan Gendang 24 Perayaan pada 12 Jun 1988 dan sejak itu, seni persembahan ini telah berkembang ke seluruh negara.

Gendang 24 Perayaan adalah bentuk seni persembahan tradisional Malaysia yang menggabungkan elemen muzik dan pergerakan dinamik serta telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada 2009.

Menurut Jabatan Warisan Negara, persembahan ini diilhamkan khususnya daripada 24 musim dalam kalendar Cina dengan persembahan ini bukan sahaja menonjolkan kepakaran dalam mengawal rentak dan irama gendang, tetapi juga memperlihatkan koreografi yang teratur serta penuh semangat melambangkan semangat perpaduan, kerjasama dan kebersamaan sesuai dengan masyarakat Malaysia berbilang kaum.

 
Back
Top
Log in Register