BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPM Akan Mohon Pengiktirafan UNESCO Untuk Gendang 24 Perayaan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

KPM Akan Mohon Pengiktirafan UNESCO Untuk Gendang 24 Perayaan​

d5ebb381b8c35cdd4168fac25381b9a06a774567ec2e2

fb Wong Kah Woh

Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) terhadap Gendang 24 Perayaan sebagai warisan budaya.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata usaha itu merupakan antara wawasan dan matlamat penting dalam memastikan seni warisan berkenaan terus dipelihara, dikembangkan serta diperkenalkan kepada generasi muda.

Beliau berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan di peringkat kementerian sejak Mei lepas bagi meneliti pendekatan yang boleh dilaksanakan untuk membantu usaha mendapatkan pengiktirafan berkenaan.

“Pada bulan Mei lepas, saya dengan pasukan saya telah duduk untuk kita bincang bagaimana kita boleh membantu Gendang 24 Perayaan ini dalam permohonan ke UNESCO yang menjadi satu wawasan dan satu matlamat yang penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Pertandingan Akhir Gendang 24 Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan di Stadium Indera Mulia di sini malam ini.

Wong berkata pelbagai perbincangan turut diadakan di peringkat kementerian dan bersama masyarakat bagi mengenal pasti langkah serta penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk memperkukuh usaha mengembangkan Gendang 24 Perayaan.

Beliau berkata antara usaha dilaksanakan KPM ialah menerusi program Train the Trainers bagi melatih tenaga pengajar di sekolah, sekali gus memperkenalkan dan mengembangkan seni gendang berkenaan ke lebih banyak sekolah.

Pertandingan yang julung kali dianjurkan itu dikendalikan Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) KPM bersama Persatuan Gendang 24 Perayaan Malaysia dengan Yayasan Sime Darby sebagai penaja utama.

Sebanyak 16 pasukan terbaik sekolah rendah membabitkan 417 pelajar dari seluruh negara berentap dalam pertandingan itu, sekali gus mencerminkan perkembangan pembelajaran seni di sekolah serta semangat generasi muda dalam melestarikan warisan budaya tempatan.

 
Back
Top
Log in Register