kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Kredit: Laman Facebook Shamsul Anuar Nasarah
Lenggong, di Hulu Perak melakar sejarah sebagai satu-satunya kawasan di Semenanjung yang memegang dua status pengiktirafan antarabangsa Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) selepas diisytiharkan secara rasmi sebagai Lenggong UNESCO Global Geopark.
Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Lenggong Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pengiktirafan terbaharu itu melengkapkan profil kawasan berkenaan yang sebelum ini menerima status Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2012, sekali gus meletakkan nama Malaysia dan Perak di persada pelancongan antarabangsa.
"Setelah menerima status UNESCO Global Geopark dan sebelum itu menerima status Tapak Warisan Dunia UNESCO, menjadikan Lenggong antara kawasan yang menerima dua status bertaraf dunia.
"Di Semenanjung Malaysia, Lenggong satu satunya kawasan yang menerima dua status tersebut," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook hari ini.
Beliau berkata Lenggong Geopark menerima secara rasmi status sebagai Lenggong UNESCO Global Geopark dalam satu majlis di Ibu Pejabat UNESCO di Paris, Perancis pada 3.20 petang (9.20 malam waktu Malaysia) semalam.
Pada majlis itu, Shamsul Anuar memaklumkan beliau bersama Badan Pengurusan Lenggong Geopark mengiringi Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad untuk menerima pengiktirafan status berkenaan.
Beliau berkata Lenggong sebelum ini diwartakan sebagai Geopark Kebangsaan pada 16 Dis 2021 kerana nilai geologinya yang luar biasa, biodiversiti yang kaya serta warisan budaya yang sangat unik.
“Lenggong UNESCO Global Geopark melambangkan sebuah landskap penting yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan kepentingan sejarah. Ia merangkumi pelbagai ciri semula jadi seperti tasik, sungai, gunung serta tapak arkeologi yang berkait rapat dengan sejarah awal tamadun manusia.
"Elemen ini menjadikan Lenggong sebuah lokasi penting bukan sahaja untuk pelancongan malah bagi penyelidikan saintifik bertaraf antarabangsa dan penting kepada dunia," katanya.
Lenggong Terima Status UNESCO Global Geopark, Miliki Dua Pengiktirafan Antarabangsa
Shamsul Anuar Nasarah, Lenggong, UNESCO Global Ge