BTC USD 83,952.1 Gold USD 4,290.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Persediaan Kewangan dan Pengurusan Risiko?

easicircle

Fun Poster
Messages
402
Joined
May 27, 2014
Messages
402
Reaction score
83
Points
20
Berapa ramai antara kita melakukan sesuatu kemudian baharu memikirkan risiko serta kesannya? Mungkin sudah menjadi kebiasaan buat sesiapa sahaja yang jarang untuk memikirkan tentang risiko.

Risiko boleh ditafsirkan sebagai kemungkinan berlakunya musibah ke atas seseorang atau sesiapa sahaja. Setiap orang pasti akan terdedah dengan pelbagai jenis risiko. Jadi sebagai seorang yang bertanggungjawab, perancangan dan persediaan dalam menghadapi risiko amatlah perlu.

Sering kali kita melihat dan mendengar mengenai cerita musibah yang menimpa ahli keluarga, sahabat handai. Berita di dada-dada akhbar tentang kes kemalangan, sakit kronik, lumpuh dan hilang upaya, jatuh sakit, kesusahan atau masalah kewangan.

Oleh sebab itu, pengurusan risiko amatlah penting untuk seseorang itu berdepan dengan situasi yang tidak terjangka. Ya, benar! Walau apapun pelan persediaan yang kita sediakan demi menghadapi risiko, musibah tidak boleh dielak jika ditakdirkan terjadi tetap akan terjadi.

Dengan adanya pelan persediaan risiko sekurang-kurangnya anda mampu untuk mengurangkan kesan atau impak risiko yang perlu ditanggung selepas berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini.

Sebagai contoh seorang ketua keluarga yang tidak melakukan pengurusan risiko dengan tidak membeli apa-apa perlindungan insurans untuk diri. Jika berlaku musibah seperti disahkan menghidapi sakit kronik secara tiba-tiba atau hilang upaya tetap.

Sudah tentu beliau memerlukan sumber kewangan yang berterusan untuk menampung kos perubatan, kos sara diri dan dalam masa yang sama tidak mampu meneruskan kerjaya akibat sakit yang menimpa.

Jad semestinya duit simpanan akan digunakan sepenuhnya untuk menanggung kos rawatan, membiayai perbelanjaan harian serta membayar komitmen lain sewaktu tidak lagi mampu bekerja. Apapun dengan pengurusan risiko, beban yang ditanggung mungkin berkurangan.

Sebagai contoh jika si ketua keluarga tadi telah membeli insurans nyawa kerana beliau ingin mengurangkan trauma atau beban ahli keluarga dan anak-anak sekiranya beliau sudah lagi tidak berupaya atau pun meninggal dunia. Ini bermakna beliau telah melaksankan pengurusan risiko demi mengurangkan tekanan kewangan yang bakal dialami oleh keluarga tersayang.

Di sini jelas menunjukkan bahawa pengurusan risiko dalam kehidupan kita dan keluarga amat penting. Perlindungan tambahan seperti insurans konvensional mahupun takaful adalah salah satu bentuk tabungan dikala musibah menimpa.

Bekerja dan memperolehi pendapatan amat penting untuk meneruskan keberlangsungan hidup. Namun simpanan jangka masa panjang dan pendek juga penting. Oleh itu, pengurusan risiko sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan kesan yang perlu ditanggung kesan daripada sesuatu musibah.
 
Elakkan pergi ke mall... maka dapat jimat banyak.

Cuma pergi ke hypermart sebulan sekali.

Pergi makan angin tempat awam tak berbayar macam air terjun atau tepi pantai dan bawa bekal dari rumah.
 
jangan bawa cash banyak. kad atm pun jangan. bawa buku bank
 
Elakkan pergi ke mall... maka dapat jimat banyak.

Cuma pergi ke hypermart sebulan sekali.

Pergi makan angin tempat awam tak berbayar macam air terjun atau tepi pantai dan bawa bekal dari rumah.

Banyak boleh jimat kalau macam ni
 
ada byk jenis risiko ... risiko kewangan, kemalangan dan mcm2 lagi.. saving, insurans antara kaedah utk mengurangkan risiko... tp bagaimana dgn risiko berkaitan hati dan emosi? masalah keluarga, tempat kerja, anak2 dan sebagainya? penting juga tuh utk cari kaedah pengurangan risikonya...
 
ada byk jenis risiko ... risiko kewangan, kemalangan dan mcm2 lagi.. saving, insurans antara kaedah utk mengurangkan risiko... tp bagaimana dgn risiko berkaitan hati dan emosi? masalah keluarga, tempat kerja, anak2 dan sebagainya? penting juga tuh utk cari kaedah pengurangan risikonya...

Risiko hati dan emosi hanya kita sendiri mampu menyelesaikannya. Back to basic muhasabah diri. Renung dalam-dalam mana silapnya. kembali dekat pada yang menguji dan memberi segala nikmat. InsyaAllah..bukan mudah tapi berusaha, berdoa dan bertawakal untuk mencari ketenangan jiwa dan hati.:)
 
Back
Top
Log in Register