BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perompak ugut mahu bunuh bayi

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Penyamun bertopeng dan bersenjatakan parang itu dipercayai memasuki rumah mangsa melalui tingkap yang diumpil.
< 1 / 3 >
MARAN - Seorang ibu yang masih dalam tempoh berpantang berdepan detik cemas apabila bayinya yang berusia 19 hari diacukan parang ke leher dan diugut bunuh dalam satu kejadian samun bersenjata di Kampung Jara, semalam.

Kejadian kira-kira jam 3.15 pagi itu turut menyebabkan bapa bayi berkenaan dibelasah menggunakan sebilah pisau toreh getah bagi memaksa mangsa menyerahkan barang berharga.

Mangsa, Zainab Ibrahim, 42, berkata, empat lelaki bertopeng itu dipercayai memecah masuk rumah melalui tingkap dapur yang diumpil senjata tajam dan terlebih dahulu mengejut suaminya, Abdul Wahab Ahmad, 48.

Menurutnya, dia dan bayi, Muhammad Rayyan Farhan tidur di ruang tamu bersama suami serta dua anak lelaki berusia 10 dan 14 tahun sementara dua anak perempuan di sebuah bilik tidur.

“Saya tersedar lepas terdengar suara empat lelaki itu tengah marahkan suami diam diri sebelum salah seorang acu parang ke leher saya dan bayi.

“Setiap mereka pegang dua parang dan kemudian mereka ke bilik anak perempuan saya berusia 17 dan 19 tahun. Perompak itu bawa anak saya keluar dan ikat tangan mereka gunakan wayar kipas serta pengecas telefon bimbit, lepas itu perompak itu selubungkan anak perempuan saya dengan selimut.

“Tiga lelaki bawa suami ke dapur dan pukul bertalu-talu bagi memaksa kami serahkan wang tunai serta barang kemas malah ugut nak bunuh bayi dan suami kalau saya tak ikut cakap mereka,” katanya.
Rentap kain, baju anak

Menurutnya, dia menyerahkan wang tunai berjumlah RM1,300 dan lima telefon bimbit sebelum mengagahkan diri bangun ke bilik untuk mengambil beberapa barang kemas.

“Masa itu, saya hanya berdoa agar bayi dan suami tidak dicederakan atau dibunuh.

“Suara suami mengadu sakit dipukul jelas dengar dari dapur sementara seorang lagi yang berada di ruang tamu sanggup rentap kain dan baju bayi untuk ugut saya.

“Tapi saya rasa lega juga bila salah seorang daripada mereka sempat tegur kawan dia jangan cederakan bayi itu dengan alasan, bayi tidak berdosa,” katanya.

Satu jam geledah cari barang

Abdul Wahab berkata, kumpulan penyamun yang memakai seluar pendek dan memakai topi serta topeng muka itu menyelongkar rumah apabila tidak berpuas hati dengan wang dan barang kemas diserahkan isteri.

Menurutnya, dia tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya dapat menahan sakit dipukul kerana memikirkan keselamatan isteri serta lima anak lain.

“Hampir satu jam mereka geledah rumah dan lepas tak jumpa barang berharga lain, baru mereka pergi guna pintu bahagian dapur.

“Saya percaya kumpulan penyamun ini adalah warga Indonesia sebab dengar mereka cakap masa arahkan kami sekeluarga untuk tak buat bising.

“Sebelum beredar, mereka turut membawa lari sebuah netbook 1Malaysia dan sebuah mesin memotong kayu,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai penoreh getah berkata, kejadian semalam merupakan yang kedua selepas 11 tahun lalu ketika masih mendiami rumah kayu lama di tapak sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi mengesahkan kejadian samun tersebut dan siasatan sedang dijalankan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/perompak-ugut-mahu-bunuh-bayi-1.382601
 
Tapi saya rasa lega juga bila salah seorang daripada mereka sempat tegur kawan dia jangan cederakan bayi itu dengan alasan, bayi tidak berdosa

Tahu tak perbuatan merompak dan mencuri itu berdosa. :-?
 
celaka betul..menyirap darah baca berita macam ni pagi2..kalau dapat memang mati lunyai kena belasah..
 
Cilaka punya penyamun. Yg peliknya bila kena tangkap, ada pulak makhluk kesian depa kena ketuk... ada fikir ke mangsa kena camna????
 
mmm mmng cilaaka btl la prompak nii
 
Cilaka punya penyamun. Yg peliknya bila kena tangkap, ada pulak makhluk kesian depa kena ketuk... ada fikir ke mangsa kena camna????

itulah namonyo keyboard warrior yg booo,doo
 
aku doakan supaya perompak tu mati eksiden, amin ya Rabbal a'lamin.
 
Berapa la sangat dapat kat mangsa tu
rompak smpi 4 org, nak bahagi2 pun tak banyak
 
kalau situasi macam ni, tuan rumah lawan balik dan ditakdir seorang penyamun mati dibunuh.. sapa yang patut disalahkan?.. adakah tuan rumah akan masuk penjara atau dihukum gantung kerana membunuh?
 
Back
Top
Log in Register