BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perompak tukar baju tiga kali

BasicCX

Super Active Member
Messages
6,223
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Perompak tukar baju tiga kali


PETALING JAYA: Bagi memastikan rompakan dilakukan gagal dikesan selain mengelirukan mangsa, seorang perompak menggunakan taktik licik dengan memakai tiga baju berbeza ketika menyamun di sebuah kondominium mewah di sini.
Suspek lelaki berusia 30-an terbabit dikesan masuk ke kawasan kondominium di Sungei Wey di sini dengan memakai baju berlainan warna sebelum menukar pakaian terbabit sebaik memecah masuk rumah mangsa.


Difahamkan, penjenayah terbabit memanjat rumah mangsa di tingkat 11 kondominium mewah berkenaan sebelum menyusup masuk menerusi tingkap di dapur.


Taktik licik yang digunakan suspek terbongkar apabila gerak-geri dan tindakannya menukar baju dirakam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kediaman berkenaan.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 22, berkata, kehadiran penjenayah terbabit disedari selepas suspek memasuki rumahnya jam 11 pagi melalui tingkap dapur yang bersambung dengan laluan balkoni kediamannya.


Menurutnya, ketika kejadian, dia tiada di rumah manakala dua rakan serumahnya lena tidur dalam bilik tanpa menyedari kediaman mereka diceroboh.

“Sebaik masuk ke dalam rumah, suspek terus mengacukan senjata ke arah rakan serumah saya sebelum mengikat mereka.


“Selama lebih 10 minit, suspek menemui pelbagai barang berharga antaranya telefon bimbit, komputer riba, kamera dan wang tunai RM3,500. Semua barang yang dirompak terbabit dianggarkan berjumlah RM28,000,” katanya.


Menurutnya, suspek yang tidak menutup muka itu sempat mengugut mangsa supaya tidak membuat laporan polis. “Suspek melarikan diri dengan meninggalkan mangsa yang masih terikat,” katanya.


Bagaimanapun, mangsa yang berjaya membebaskan diri segera membuat aduan kepada pihak kawalan keselamatan di kondominium terbabit sebelum siasatan melalui CCTV dilakukan sejurus itu.


“Hasil penelitian dilakukan, suspek dikesan menukar pakaian tiga kali ketika masuk ke kawasan kondominium, melakukan rompakan dan keluar dari kawasan terbabit,” katanya.


Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis.
 
main menjadi2 penyamun ni
 
hahahah..... pyamun nie tiru filem hndustan da...
 
mcm2 pesen perompak zaman skrg, nak merompak pun menyusahkan diri sendiri dulu..
 
dia nak cipta satu teknik ***** untuk mencuri.....***** tul
 
mcm2 la perampok ni...

silap2 dlm nk cpt2 lupe nk pakai baju...:eek::eek::eek:

ape2 aku slu ingat...sepandai2 tupai melompat... :)paid
 
mcm2 la perampok ni...

silap2 dlm nk cpt2 lupe nk pakai baju...:eek::eek::eek:

ape2 aku slu ingat...sepandai2 tupai melompat... :)paid

perompak tu tak cerdik jugak ler...tak kan dia tak tau kat kondo or apartment mmg ada cctv :))
 
Back
Top
Log in Register