BTC USD 83,491.9 Gold USD 4,194.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perompak mati ditembak polis

bahaya guna peluru hidup...

ptt ganti dgn peluru pelali...

bagi aku kalau tengah merompak better polis tembak ja.xdak masalah xpayah dok backup perompak.kecuali kalau perompak dah serah diri yg tu xleh la nak tembak
 
perompak tak perlu di beri peluang utk bertaubat ker??

Masa dia buat orang, ada dia fikir benda lagu tu??.. Ada bagi peluang mangsa yang dia tembak atau tetak mati dalam bertaubat?. berapa banyak orang mati?. anak jadi yatim, bini jadi balu sebab kerja perompak?..

Kena fikir, mati tu dah ketentuan SIAPA. dah sampai masa dia. Tuhan dah bagi banyak masa nak bertaubat, kenapa nak buat gak jahat?.. P

# tak payah nak fikir sal penjenayah sebab penjenayah tak pernah fikir pasal kita!
 
kalau peluru pelali tu terus tumbang perompak tu tak apa..peluru pelali makan masa jugak nak tumbang mau 2-3 minit paling cepat..kalaulah perompak tu ada pistol dalam 2-3 minit nak tumbang tu dia sempat shoot polis tu balik..tindakan polis tembak di peha adalah tindakan yg betul..

patut polis malaysia guna tazer gun mcm usa tue...kalau sesama bangsa sedap jer tembak...kalau bangsa gagak ngan kerbau pendek mikir 2 kali nak tembak....alih2 lepaskan gitu jer...:(scam
 
patut polis malaysia guna tazer gun mcm usa tue...kalau sesama bangsa sedap jer tembak...kalau bangsa gagak ngan kerbau pendek mikir 2 kali nak tembak....alih2 lepaskan gitu jer...:(scam

jgn jadi ngok la wei..mana polis tu tau dia bangsa apa dalam keadaan genting cam tu..bukan ada tulis atas topi keledar perompak pun "aku bangsa melayu"..:(scam
 
xpayah ada la mahkamah dalam Malaysia ni ...

kenapa polis tu buat tembakan, perompak dah start keluar senjata ke ?

tugas polis bukan menghukum tapi membawa dorang ni ke muka pengadilan,

yang menghukum adalah Hakim ...

kalau x suka apa sy kata... sila rujuk agama dan perlembagaan anda..

x kisah la dia siapa ...

tapi aku kisah authoriti orang tu...

Lain kali kalu xtau kisah jangan main redah je tulih boh..
Erompok tu bawok pistol la..maso polis sapa,dio acu pistol dh.polis elak dulu sbb xsanhka diorg ado pistol.lps tu prompak tu lari kut lorong tepi keda.polis hambat masatu baru tpaksa tembak.hok pege pistol sempat lari.
Tindakan polis utk tembak mmg tepatsbb perompak tu mmg sgt bahaya bla bersenjata api.
:(scam
 
Kalau benci kat polis pun tengok situasi la...Ni bab rompakan, bukan demo bersih...

Polis kena lindungi nyawa sendiri dan org sekeliling, perompak mengancam nyawa polis tu dan orang sekeliling. Tapi perompak jugak nak disebelahkan. Memang bhebal tahap kronik sapa backup perompak.

Tazer la, peluru pelali lah, banyak sangat tengok DVD tu la jadinya.
Adik ipar aku polis, hampir kena langgar tokan dadah sampai dia terpaksa lepaskan tembakan. Apa korang ingat suka2 ke polis lepas tembakan?

Kalau korang rasa nyawa polis lagi murah dari perompak, memang something wrong dengan hati korang.~X(
 
Emas tak dapat, nyawa melayang

Kota Bharu: “Melihat penjenayah mengacukan pisau, saya terus menolak anak berusia tiga tahun ke tepi sebelum meniarap ke lantai dan terdengar dua das tembakan,” kata Mohd Zulkifli Mohktar, 46, saksi kejadian samun membabitkan sebuah kedai emas di Jalan Temenggong, di sini, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, dua penjenayah yang melakukan kegiatan itu berputih mata apabila gagal melarikan emas, malah seorang daripada mereka ditembak mati oleh polis.

Menurut Mohd Zulkifli, sebelum kejadian, dia bersama isteri, Norazura Hussain, 30, yang hamil tujuh bulan dan anak, Nurwidaad Mohd Zulkifli, 3, berjalan kaki menuju ke arah kedai emas berkenaan.

Katanya, isteri melihat dua penjenayah turun daripada Proton Waja sebelum menyarungkan topi keledar berhampiran kedai emas itu.

“Penjenayah itu turun daripada kereta dan isteri melihat mereka memakai topi keledar sambil menanyakan kepada saya sama ada lelaki itu mahu merompak.
 
Back
Top
Log in Register