BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perodua paling laris

demise_u

Super Active Member
Messages
6,049
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
Sertai komuniti myMetro
login|daftar
Layari » Jumaat, 09 Julai 2010 RSS1klassifiedsiMetroAkhbar DigitalVideoTeam MetroUTAMABERITA UTAMAMUTAKHIRSETEMPATARENAGLOBALRAPVARIASITANYA PAKARBIMBINGANKOLUMNISARKIB SEMINGGUmyMetro Bisnes
Perodua paling laris
Oleh Helmy Abd Rahman

2010/07/08 PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) terus mengekalkan kedudukan sebagai pengeluar dan pengedar kenderaan terlaris negara apabila memperoleh jualan mencecah 95,000 unit bagi tempoh separuh pertama tahun ini berbanding 77,000 unit tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Urusannya, Aminar Rashid Salleh, berkata pencapaian itu membolehkan syarikat mencatat jangkaan penguasaan pasaran sebanyak 31.7 peratus berbanding 30.7 peratus pada enam bulan pertama 2009.

Beliau berkata, prestasi itu juga mengatasi Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) tempatan yang mencatat 19 peratus sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.


Katanya, jualan kenderaan bulan lalu melonjak 23.5 peratus kepada 16,300 unit berbanding 13,200 unit bagi tempoh sama tahun lalu.


“Pada Mei lalu, Perodua merekod jualan 15,000 unit kenderaan dengan penguasaan pasaran 29.6 peratus. Kami meneruskan momentum itu dengan jualan lebih baik pada Jun apabila berjaya menjual kira-kira 16,300 unit kenderaan.


“Pencapaian ini menunjukkan peningkatan kadar faedah pada April dan Jun ternyata tidak memberi kesan terhadap prestasi jualan kenderaan kami,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan pencapaian prestasi separuh tahun pertama 2010 dan melancarkan Myvi LE di Kuala Lumpur, semalam.


Beliau berkata, Perodua optimis mencapai sasaran jualan sebanyak 176,000 unit kenderaan menjelang akhir tahun ini.


Menurutnya, perkhidmatan selepas jualan Perodua turut mencatat prestasi membanggakan dengan jumlah servis keseluruhan sepanjang enam bulan pertama 2010 mencecah 823,000 atau 46 peratus membabitkan penguasaan pasaran bagi segmen berkenaan.
Sumber
 
Tahniah Perodua. Teruskan mengeluarkan produk berkualiti dengan harga yang mahal yeyy
 
nak gambar wat apa tn?? hehhe
 
hahahah aku sebagai perodua tumpang bangga sama. hahahahah !
 
tahniah laaa perodua... hehe
 
Back
Top
Log in Register