BTC USD 83,349.9 Gold USD 4,109.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perodua Bezza 2020 - Leaked

aik, napa kete i xder butang A tu .. tapi pernah tengok Youtube dalam panel meter ada picit2 macam Myvi boleh select menu dalam LCD .. tapi xpernah cubalah ..
Aik saya Ada je...saya punya bezza advance...tp rasanya advance je yg Ada eco idle ni...picit2 Tu untuk tgk odo meter, milage, berapa minit Kita dah guna eco idle, berapa ribu km lagi untuk service, brapa litre minyak per km....apa lg ntah lupa
 
aku bukan pengguna bezza, tapi aku tengok bezza skang pun dah lawa, kalau keluar baru lagi lawa kot.
 
bezzaa2020_1578023070.jpg



​

Perodua Bezza 2020 dibuka untuk tempahan


KUALA LUMPUR: Perodua Bezza 2020 - versi terbaharu sedan popular dengan reka bentuk pintar, keselamatan pintar dan pemacu pintar, kini dibuka untuk tempahan.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata Perodua Bezza adalah sedan pertama dan kenderaan cekap elektrik (EEV) pertama Malaysia, dengan bahagian atas badan, dibangun sepenuhnya oleh Perodua.

"Bezza terbukti sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia, dengan 184,000 unit dijual sejak pelancarannya pada Julai 2016," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Model terbaharu Perodua itu dijual dalam empat varian - 1.0G, 1.0G, 1.3X dan 1.3AV, dengan harga daripada RM34,580 hingga RM49,980.

Gaya bahagian depan hasil daripada reka bentuk bumper dan gril baharu, dilengkapi lampu LED dan skirt sisi dua tona.

"Dua warna badan yang adalah ciri baharu Bezza - Garnet Red (eksklusif dengan varian 1.3 liter) dan Granite Grey - tambahan kepada empat warna sedia ada - putih gading, perak berkilauan, biru laut dan gula perang," katanya.

Perodua Bezza 2020 dilengkap jaminan lima tahun/150,000 km. - BERNAMA


 
buat camne pun tang tgk dr belakang ponggong nya.. still nampak petak tepat cam mesin basuh bergerak je.. takde nampak langsung kembung fender cam kete lain hehehe.. depan okla
 
Perodua Bezza 2020



car-page_bezza_logo_1.png
banner_Bezza_desktop-p-1600.jpeg


Bezza_01.jpg


Bezza_02.jpg


Bezza_03.jpg


Exterior_01_Bezza_Garnet-red-metallic-p-1600.jpeg


Interior_01_Bezza_1.jpg


1.3ℓ DUAL VVT-i ENGINES
Primed for performance, made for efficiency. The Perodua Bezza’s EEV engines are built lightweight and compact to improve fuel consumption, as well as reduce levels of vibration and noise.

Bezza_efficiency.jpg
bezza_advanced-02_1.jpg


 
TAN_SRI_ASMAT_KAMAvavLUDIN_1578459418.jpg

​
PENGERUSI Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin (dua, kanan) dan Ketua Pengarah Operasi Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad (dua, kiri) bergambar bersama Perodua Bezza model baharu iaitu Perodua Bezza 2020 pada majlis pelancaran kenderaan tersebut di Sentul Depot, Sentul West. - Foto BERNAMA

PELANCARAN_PERasvaODUA_BEZZA_2020_1578459421.jpg


PERODUA Bezza model baharu iaitu Perodua Bezza 2020 yang dilancarkan secara rasminya. - Foto BERNAMA

​
Perodua Bezza 2020 bermula RM34,580


KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) melancarkan model sedan Perodua Bezza 2020 yang ditawarkan pada harga bermula RM34,580 hingga RM49,980 seunit.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata sejak tempahan dibuka pada 3 Januari lalu, Perodua Bezza menerima 2,000 tempahan.

“Secara keseluruhannya, kami menerima 10,000 tempahan yang mana 8,000 daripadanya adalah tempahan yang dibuat pada Disember untuk varian lama tetapi kami tetap akan menyerahkan Perodua Bezza 2020.

“Bagi Januari saja, PERODUA akan menyerahkan 5,600 unit Perodua Bezza 2020 kepada pelanggan yang mana penyerahan pertama bermula esok,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Perodua Bezza 2020 di sini, hari ini.

Perodua Bezza 2020 yang didatangkan dalam varian 1.0 G MT, 1.0 G AT, 1.3 X AT dan 1.3 AV AT menawarkan gaya kontemporari dan teknologi keselamatan canggih dengan pakej kompak.

Model sedan keluaran PERODUA itu turut menawarkan kecekapan bahan api, kebolehpercayaan, ruang yang luas, praktikaliti, mudah dipandu dan kos pemilikan rendah.

Perodua Bezza 2020 kini tampil lebih yakin dengan lampu hadapan LED yang terdapat pada semua varian dan bampar hadapan rekabentuk baharu.

Lebih menarik, semua varian menerima skirt sisi dwi-tona bersama dengan bampar belakang rekabentuk baharu dan rim aloi 10-jejari 15-inci (pada varian-varian 1.3 liter), memberikan rupa keseluruhan yang kukuh dan meyakinkan.

Memasuki ruang kabin, Perodua Bezza 2020 menampilkan kombinasi meter beriluminasi putih yang menaikkan lagi gaya sudut dalaman, selain turut disokong sistem kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, serta sensor sisi hadapan turut terdapat pada varian-varian 1.3 liter.

Semua varian juga didatangkan dengan cermin sisi berkuasa boleh laras dan sensor undur; dengan varian AV pula menambah kamera undur dan cermin sisi yang boleh dilipat dengan menekan butang.

Perodua Bezza 2020 tidak lengkap tanpa Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 yang ditawarkan menerusi varian AV, sekali gus menjadikannya sedan dengan ciri sedemikian yang paling mampu milik di Malaysia.

ASA 2.0 yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran terdiri daripada Pengesan Pejalan Kaki (sehingga 50 km/j), Amaran Pra-Pelanggaran (sehingga 100 km/j), Brek Pra-Pelanggaran (sehingga 80 km/j), Amaran Pergerakan Hadapan dan Kawalan Kesilapan Pedal.

Di samping itu, varian X kini didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan kawalan cengkaman yang mana sebelum ini hanya terdapat pada varian AV.

Dengan dua warna luaran baharu iaitu Garnet Red (bagi varian 1.3 liter saja) dan Granite Grey, pelanggan Perodua Bezza kini boleh memilih warna kegemaran termasuk empat warna yang sedia ada, iaitu Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue dan Sugar Brown.

Perodua Bezza 2020 turut didatangkan dengan jaminan lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu).


 
seat blkg bezza 2020 ni amacam? dah lean ke belakang sikit tak?
 
Back
Top
Log in Register