BTC USD 83,727.0 Gold USD 4,119.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perodua Bezza 2020 - Leaked



Perodua Bezza 2020

3 kelebihan VS 3 kekurangan

KELEBIHAN

1. Bodykit baharu depan dan belakang. Bezza dah atasi masalah 'bontot tonggek' versi lama. sebab kebanyakan kenderaan dilihat daripada belakang di jalanraya. Lampu dan shape bahagian depan lebih sporty

2. Sistem safety lebih baik. ASA 2.0 yang sama macam Aruz dan Myvi baru. Apa itu ASA?

Advance safety assist (ASA) bantu anda untuk kurangkan damage pada pelanggaran dengan kereta hadapan. Dia akan bagi pre-collision braking kalau gerak dalam 80kmh ke bawah

3. Ruang Boot kereta yang luas.

Kerusi belakang boleh lipat sama ada dua tempat duduk, atau satu tempat duduk belakang. Kalau Saga boleh lipat semua 3 kerusi belakang dia attach sekali. Boot sebesar 508L ni memang muat kalau nak buat carboot sales letak banyak barang dkt dalam

KEBURUKAN

1. Mahal berbanding Saga

Bezza full spec harga RM51K++ on the road.
Saga full spec harga RM41.8K++ on the road

Monthly RM566 kalau downpayment 10%
Minimum gaji beli Bezza, RM2.2k.

Harga Bezza AV + 3K dh boleh angkat Myvi 1.5 H (OTR)

2. Nampak gagah tapi kurus.

Bodykit cantik tetapi tak disempurnakan dengan tayar yang padan. Rim dah upgrade ke 15' inch tapi tayar

Umpama pergi gym buat body, tapi skip leg days.

Jadinya atas sado, bawah kecil

kredit: FB The Ajerul
 
Tempahan Cecah 15K Unit, 2K Sudah Di Serah, Tempoh Menunggu Dua (2) Bulan

Hari ini, Perodua telah mendedahkan keseluruhan prestasi jualan syarikat untuk tahun 2019, iaitu sebanyak 240,341 buah kenderaan. Untuk tahun ini pula, sasaran diletakkan pada 240,000 unit dan antara yang dijangka menjadi penyumbang penting adalah Bezza facelift 2020.

Model sedan segmen A ini dilancarkan sekitar dua minggu lalu dan dalam tempoh itu, 15,000 tempahan sudah diterima oleh Perodua. Walaubagaimanapun, daripada jumlah ini, 8,000 adalah tempahan tahun lepas yang ditukar daripada model sebelumnya. Sehingga sekarang, 2,000 unit Bezza 2020 sudah diserahkan kepada pemilik sementara 13,000 lagi sedang dalam proses.

“Kami anggarkan sekarang kami mempunyai 13,000 tempahan yang masih belum dipenuhi secara keseluruhannya dari tahun lepas. Kepada pelanggan yang dihargai, kami memang menyedari perkara ini dan sedang cuba seboleh mungkin untuk memenuhi segala tempahan. Kesabaran anda sangat dihargai dan kami minta maaf atas penantian anda,” kata presiden dan CEO Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Pada masa ini, tempoh menunggu untuk Bezza boleh mencecah hingga dua bulan, dan antara langkah yang diambil oleh Perodua untuk mengurangkan masa ini dan memenuhi tempahan pelanggan adalah dengan meningkatkan lagi pengeluaran di kilang. Untuk tempoh awal tahun 2020 ini, itu adalah antara fokus utama.

Selain daripada itu, Perodua juga memberitahu pada tahun 2019 jumlah eksport mereka telah meningkat dan Bezza menjadi sedan sub 1.0 liter dengan jualan terbaik di Sri Lanka. Jun tahun lalu juga Perodua telah memasuki pasaran luar negara baru iaitu Seychelles, sebuah negara kepulauan di Lautan Hindi, timur Afrika.

2020-Perodua-Bezza-FL-Ocean-Blue-1Perodua-Bezza-2020_BM-630x420.jpg


2020-Perodua-Bezza-FL-Ocean-Blue-2Perodua-Bezza-2020_BM-630x420.jpg


Sumber asal https://paultan.org/2020/01/21/pero...2000-sudah-diserah-tempoh-menunggu-dua-bulan/
 
dalam gambar aku bole kata ok.. bile tgk on the road.. aku rasa nk sepak je ponggong bezza baru ni aduhai.. igt supra baru je lawak.. bezza ni lg lawak rupenya.. depan ok lee
 
dalam gambar aku bole kata ok.. bile tgk on the road.. aku rasa nk sepak je ponggong bezza baru ni aduhai.. igt supra baru je lawak.. bezza ni lg lawak rupenya.. depan ok lee

spec standard kilang memang macam tu, ada pernah 2 - 3 biji saya tengok kat jalan pakai tayar lebar lowered sikit, memang cantik ..
 
tayar lebar pun sama tak cantik.. hahaha... ni bkn psl tayar kecik.. design body bkn pasal tayar.. hehe petak mcm peti sejuk ihihi
 
den jenis kalu beli xpk resale value janji sedap mata memandang hati terpaut.. hihi... nk pakai berbelas tahun nk mandang
 
sebagai pengguna bezza keluaran pertama, rsa berbaloi pkai kereta nie
 
Back
Top
Log in Register