combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
fb Amirudin Shari
Kerajaan Negeri Selangor membuka semula permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (IPT) hingga 14 April ini, bagi membantu meringankan beban kewangan anak negeri yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu menawarkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada pelajar tahun pertama di IPT yang diiktiraf kerajaan negeri daripada peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4 hingga Ijazah Sarjana Muda.
“Tahun ini, kerajaan negeri peruntukan RM5 juta, tambahan daripada RM3 juta tahun sebelumnya supaya lebih ramai menerima manfaat.
“Mudahan dapat membantu anak-anak belajar dengan tenang, insya-Allah,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan danapendidikan.selangor.gov.my sebelum tarikh tutup pada 14 April ini.
Permohonan Hadiah Pengajian IPT Anak Selangor Dibuka Semula Hingga 14 April
Amirudin Shari, IPT, Hadiah Pengajian IPT