BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perlu ada perjanjian rasmi kerjasama PRN Melaka, kata pemimpin PH

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Perlu ada perjanjian rasmi kerjasama PRN Melaka, kata pemimpin PH​

5f9c16b8-6168-4d34-a0cb-9ea07fa36fdc-Aiman-Athirah-Sabu-bernama-pic-20826.jpg

Ketua Wanita PH Aiman Athirah Sabu berkata, jika sebelum ini tiada perjanjian berhubung kerjasama pilihan raya, maka suatu perjanjian perlu diwujudkan bagi PRN Melaka. (Gambar Bernama)

Ketua Wanita PH Aiman Athirah Sabu berkata, perjanjian tersebut perlu bagi memastikan kerjasama yang terjalin berada pada landasan yang kukuh.

“Jika sebelum ini tiada perjanjian, maka selepas ini (PRN Melaka) kena ada perjanjian supaya kerjasama itu lebih kukuh dan lebih padu,” katanya, lapor Berita Harian.

Kenyataan Aiman itu menyusuli kenyataan Presiden PAS Hadi Awang bahawa perbincangan antara Perikatan Nasional (PN) dengan BN masih berjalan, walaupun belum ada sebarang persetujuan dicapai setakat ini.

PH pernah bekerjasama dengan BN pada 2023 bagi PRN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Kedua-dua gabungan itu turut berganding bahu dalam dua PRK.

Bagaimanapun, pada PRN Negeri Sembilan baru-baru ini, BN bekerjasama dengan PN melalui satu persefahaman untuk tidak saling bertembung di mana-mana kerusi.

Pengerusi BN Zahid Hamidi pada awalnya menyatakan bahawa BN pimpinan Umno akan meneruskan gabungannya bersama PN pada PRN Melaka, susulan kemenangan mereka pada PRN 1 Ogos di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, BN bertegas untuk mempertahankan 21 kerusi yang dimenanginya pada PRN Melaka 2021 dan sejak itu menyatakan keterbukaannya untuk berunding dengan mana-mana gabungan.

Penggal pentadbiran kerajaan Melaka dijadualkan berakhir pada 31 Dis, melainkan DUN dibubarkan lebih awal. Pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas DUN bubar.
 
perjanjian pale lutut dia lah

dulu berjanji mcm2 ngn rakyat boleh plak
 
Back
Top
Log in Register