BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UMNO Mulakan Rundingan Rasmi Kerjasama PRN Melaka Selepas DUN Dibubarkan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

UMNO Mulakan Rundingan Rasmi Kerjasama PRN Melaka Selepas DUN Dibubarkan​

d2b033e64df18ed2c142681fd1abab796a93f85dddcfd

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) merasmikan Laman Usahawan Desa sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Laman Padi, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini.

Turut sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Isham Ishak (tiga, kanan) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Desa dan Wilayah, Datuk Abdul Kahar Abdullah (empat, kanan).

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


UMNO akan memulakan rundingan rasmi berhubung kemungkinan kerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu, telah diserahkan kepada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk mengetuai perbincangan berkenaan selepas pembubaran DUN.

“Kita telah menyerahkan kepada Yang Berhormat Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh dan saya fikir dia akan adakan perbincangan rasmi, setelah DUN Melaka dibubarkan.

“Sekarang mungkin (ada) perbincangan secara tidak rasmi tetapi, rundingan rasmi itu selepas bubar (DUN),” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian UMNO berhubung kemungkinan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRN Melaka.

Ahmad Zahid berkata beliau sebelum ini turut mengadakan perbincangan dengan keseluruhan Biro Politik UMNO Melaka, yang membentangkan persediaan parti menghadapi pilihan raya negeri berkenaan.

Beliau berkata pembentangan itu turut dibawa ke peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, untuk membincangkan secara terperinci pembentangan data yang diperoleh menerusi war room UMNO Melaka.

 
Back
Top
Log in Register