BTC USD 83,873.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5G Perkhidmatan 5G daripada Maxis bermula esok (hari ini)

akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,133
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
34,133
Reaction score
6,691
Points
486

Perkhidmatan 5G daripada Maxis bermula esok (Hari ini)​

Oleh Wartawan BH - Ogos 14, 2023 @ 7:39pm
[email protected]

Pelan 5G Maxis direka bentuk untuk memenuhi keperluan digital yang semakin meningkat.
Pelan 5G Maxis direka bentuk untuk memenuhi keperluan digital yang semakin meningkat.

KUALA LUMPUR: Maxis mengumumkan pelancaran rangkaian pelan baharunya dengan tawaran perkhidmatan 5G yang dinanti-nantikan, bermula esok.
Pelan yang dinaik taraf itu menawarkan lebih daripada dua kali ganda data untuk 4G dan 5G serta data bonus untuk 5G.
Pelan itu telah direka bentuk untuk memenuhi keperluan digital yang semakin meningkat bagi pengguna dan perniagaan, terutamanya untuk penggunaan kandungan video dan alatan produktiviti.

"Kami teruja untuk membawa pelan 5G kepada pelanggan kami setelah menerima persetujuan daripada pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini, serta menandatangani Perjanjian Akses bersama Digital Nasional Bhd (DNB).

"Pelan kami menekankan nilai yang menarik untuk semua segmen, dengan tumpuan pada kemampuan dan pengunaan agar semua individu dapat menikmati manfaat 5G," kata Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh
Seow Eng.
Pelanggan sedia ada dan baharu Wifi Kediaman Maxis akan menikmati sambungan internet kediaman yang lebih baik di bawah pelan bulanan RM158, dengan kelajuan 4G/5G tanpa had.
Pelan ini termasuk penghala 5G premium untuk kesalinghubungan berkelajuan tinggi untuk memenuhi keperluan berbilang pengguna dan peranti.
Untuk menikmati faedah pelan baharu dengan 5G, pelanggan Maxis dan Hotlink sedia ada boleh menaik taraf pelan mereka melalui laman web, aplikasi Maxis atau Hotlink, atau melawati pusat Maxis terdekat.
 
nnt bleh test speed area KB nih..
 
kesimpulan aku pendek je gn plan 5g maxis ni

SILA TUKAR TELCO LAIN

maxis 5g PALING MAHAL antara semua coverage dan 5G coverage adalah sama dgn telco lain yg guna under DNB
 
Back
Top
Log in Register