TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
[ BMU - Informasi Semasa ]
Tim Sherwood memberi amaran kepada Erik Ten Hag bahawa dia berisiko mengecewakan pasukannya jika dia mengenepikan Hannibal Mejbri selepas penampilan sulung di Liga Perdana yang memberangsangkan pagi tadi.
Pemain berusia 20 tahun itu telah disenaraikan dalam kesebelasan utama akibat krisis kecederaan yang telah menafikan hasrat Ten Hag untuk menggunakan khidmat Sofyan Amrarabat dan Mason Mount.
Mejbri menyertai United dari Monaco empat tahun yang lalu dan terpaksa menunggu terlebih dahulu sebelum boleh memberikan impak yang diperlukan oleh pasukan. Pemain tengah kental itu telah menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Brighton minggu lalu dan dengan ketiadaan bintang senior yang masih belum cergas sepenuhnya, beliau telah bermula sebagai kesebelasan utama untuk kunjungan ke Turf Moor.
Dengan kekalahan demi kekalahan dalam aksi lepas, United akhirnya memperolehi kemenangan yang sangat diperlukan. Terima kasih kepada jaringan hebat dari Bruno Fernandes pada penghujung separuh masa pertama.
Walaupun Fernandes yang dinobatkan pemain terbaik perlawanan, Sherwood merasakan pujian harus diberi kepada Mejbri yang menjadi tonggak kepada kemenangan United. Dia memberitahu Premier League Productions: "Satu perkara positif dari permainan individu Hannibal untuk United adalah dia sangat bagus. Saya perhatikan dia sentiasa mencari bola di mana sahaja dia berada."
"Jika bola di luar penguasaan United, dia gigih mengejar ke mana sahaja hingga berjaya mendapatkannya kembali."
"Saya rasa prestasi yang ditunjukkan sangat baik dan boleh meningkat naik lagi, cuma berharap dia diberi peluang untuk kekal dalam kesebelasan." kata Sherwood lagi.
"Hannibal lebih berhak daripada pemain bintang lain yang baru pulih daripada kecederaan dan jika dia diketepikan, mungkin boleh meruntuhkan moral dan semangat pasukan."
#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited