BTC USD 86,181.1 Gold USD 4,336.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EPL Perkembangan Pemain Muda Manchester United

FB_IMG_1698367249977.jpg


Facundo Pellistri: "Terdapat banyak penggiliran dalam pasukan, anda boleh bermain 1 perlawanan sebagai starter dan 4 perlawanan sebagai pemain gantian. Itu sesuatu yang saya pelajari. Anda perlu sentiasa bersedia, kerana dengan begitu banyak persaingan, anda akan sentiasa ada masa untuk bermain."

#AMU12
 
FB_IMG_1699202947059.jpg


[ BMU - Informasi Semasa ]

Fecundo Pellistri merupakan wira yang tidak didendang semasa kemenangan United ke atas Fulham semalam. Dua kali dia bertarung dan memenangi bola sebelum menghasilkan bantuan gol menerusi hantaran mudah kepada Fernandes untuk ledakan gol di sudut kiri gawang lawan.

United memerlukan pemain yang mampu membuat gerakan larian dengan bola ketika mengaturgerak serangan mereka. Antony berbulan-bulan di kancah Liga Perdana tanpa jaringan atau bantuan gol. Walhal peluang telah diberikan kepadanya, sedangkan Pellistri juga berhak diberikan keutamaan.

Pellistri, 21, bukanlah seorang pemain yang sempurna tetapi dia boleh mencetuskan sesuatu yang lebih baik daripada Antony.

"Terima kasih di atas sokongan anda. Menang dengan cara yang menakjubkan. Rasa teruja dimasukkan dan memberi sumbangan kepada pasukan. Jumpa anda Rabu (Khamis) nanti. Ayuh United !" kata Pellistri menerusi video di Instagram rasmi miliknya.

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1699249312628.jpg


Andre Onana: "Mereka (Garnacho dan Pellistri) adalah dua pemain yang hebat, mereka memberikan banyak tenaga, mereka bertarung. Mereka melakukan kerja yang sangat baik. Jadi, saya sangat gembira dengan permainan mereka yang bagus."

#AMU12
 
FB_IMG_1703841376942.jpg


[ G.E.M.U.K - Hannibal Tak Pergi AFCON ]

Fabrizio Romano berkata Hannibal Mejbri tidak akan bersama Tunisia ke AFCON supaya dia boleh meninggalkan Manchester United secara pinjaman pada bulan Januari.

Sevilla, Olympique Lyon dan Freiburg mahu menandatanganinya. Perbincangan untuk melanjutkan kontrak barunya dengan United juga sedang dijalankan.

#GM08
 
[ G.E.M.U.K - Ubi United 'Wanted' ]

🔴 Borussia Dortmund pertimbangkan untuk menandatangani Dan Gore. Dortmund telah lama meminati Gore dan sedia untuk tanya Man United ketersediaan Gore Januari depan.

🔴 Pertahanan sisi kiri muda Man United, Alvaro Fernandez dikehendaki oleh Benfica. Benfica telah hubungi Granada (kelab pinjaman) untuk sebarang kemungkinan menamatkan pinjaman di kelab Sepanyol itu. Dia dinilai £6juta.

🔴 3 kelab dikhabarkan sedang mengejar untuk mendapatkan Hannibal Mejbri secara pinjaman, iaitu Sevilla, Olympique Lyon dan Freiburg.

#GM08
 
FB_IMG_1704515096371.jpg


Sumber dalaman telah menafikan spekulasi mengaitkan Dan Gore dengan Dortmund.

Pinjaman kepada kelab League One, di mana dia akan mendapat lebih banyak masa bermain, adalah pilihan yang lebih berkemungkinan untuk pemain itu.



Selain Kobbie Mainoo yang mendapat perhatian pada pre season sebelum ini, Dan Gore juga antara pemain mencuri tumpuan..

Pemain muda yang akan membarisi tengah United dimasa akan datang bersama Kobbie Mainoo..

Kelebihan Dan Gore ialah seorang pemain yang versatile bermain ditengah. Boleh jadi number 6 dan number 8. Peranan yang boleh dilihat ketandusan di United untuk mencari yang terbaik

Pemain yang mempunyai teknikal abiliti yang sangat baik. Boleh bermain baik dengan bola dan tanpa bola.. disebabkan fizikal yang kecil membolehkan dia lebih tangkas dan mempunyai balancing bagus dalam kawalan bola. Jadi boleh digunakan dalam peranan ball carrier

Tanpa boleh ada ciri-ciri yang aggresive dalam permainannya. Sangat hard working, ada urgency dan disamping dia juga memiliki composure dalam kawalan permainan, dan tahu bila mahu membuat bola panjang dan hantaran pendek..

Musim lepas Alejandro Garnacho, musim ini Kobbie Mainoo dan mungkin kita akan lihat progress Dan Gore untuk mendapatkan minit permainan musim depan atau dua musim lagi.. pemain muda yang harus diketengahkan bakatnya lebih lagi bersama pasukan utama

#AMU12
 
FB_IMG_1704515722182.jpg


Terdapat beberapa kelab berminat dengan Facundo Pellistri sebagai pemain pinjaman untuk baki musim ini.

United secara terbuka memberikan peluang untuk meminjamkan pemain sayap United itu..

Ini disebabkan United telah tersingkir daripada 2 kejohanan musim ini..

#AMU12
 
FB_IMG_1704820735924.jpg


Omari Forson: "Ia satu penghormatan. Saya telah bekerja untuk ini untuk masa yang lama, jadi saya sangat gembira untuk mendapatkan sedikit masa permainan.

Kobbie telah bermain banyak baru-baru ini dan terdapat ramai pemain lain dalam pasukan utama melalui akademi, jadi itu banyak membantu saya."

#AMU12
 
Back
Top
Log in Register