BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EPL Perkembangan Pemain Muda Manchester United

FB_IMG_1695621909066.jpg


[ BMU - Informasi Semasa ]

Tim Sherwood memberi amaran kepada Erik Ten Hag bahawa dia berisiko mengecewakan pasukannya jika dia mengenepikan Hannibal Mejbri selepas penampilan sulung di Liga Perdana yang memberangsangkan pagi tadi.

Pemain berusia 20 tahun itu telah disenaraikan dalam kesebelasan utama akibat krisis kecederaan yang telah menafikan hasrat Ten Hag untuk menggunakan khidmat Sofyan Amrarabat dan Mason Mount.

Mejbri menyertai United dari Monaco empat tahun yang lalu dan terpaksa menunggu terlebih dahulu sebelum boleh memberikan impak yang diperlukan oleh pasukan. Pemain tengah kental itu telah menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Brighton minggu lalu dan dengan ketiadaan bintang senior yang masih belum cergas sepenuhnya, beliau telah bermula sebagai kesebelasan utama untuk kunjungan ke Turf Moor.

Dengan kekalahan demi kekalahan dalam aksi lepas, United akhirnya memperolehi kemenangan yang sangat diperlukan. Terima kasih kepada jaringan hebat dari Bruno Fernandes pada penghujung separuh masa pertama.

Walaupun Fernandes yang dinobatkan pemain terbaik perlawanan, Sherwood merasakan pujian harus diberi kepada Mejbri yang menjadi tonggak kepada kemenangan United. Dia memberitahu Premier League Productions: "Satu perkara positif dari permainan individu Hannibal untuk United adalah dia sangat bagus. Saya perhatikan dia sentiasa mencari bola di mana sahaja dia berada."

"Jika bola di luar penguasaan United, dia gigih mengejar ke mana sahaja hingga berjaya mendapatkannya kembali."

"Saya rasa prestasi yang ditunjukkan sangat baik dan boleh meningkat naik lagi, cuma berharap dia diberi peluang untuk kekal dalam kesebelasan." kata Sherwood lagi.

"Hannibal lebih berhak daripada pemain bintang lain yang baru pulih daripada kecederaan dan jika dia diketepikan, mungkin boleh meruntuhkan moral dan semangat pasukan."

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1696009797492.jpg
FB_IMG_1696009800722.jpg


| BMU - Informasi Pemain |

Dan Gore membuat penampilan sulung untuk Manchester United di Old Trafford pada hari lahirnya yang ke-19 🎉

Anak muda kelahiran Burnley ini telah muncul sebagai salah seorang bintang paling menyinar dalam barisan pemain remaja kelab. Beliau digambarkan sebagai bintang berpotensi untuk masa depan kelab selepas bermain bersama Kobbie Mainoo dalam kejuaraan Piala Belia FA 2021 kelab itu. Permainan beliau semakin meningkat selepas aksi memukau beliau musim lalu sekaligus diangkat sebagai Pemain Simpanan Terbaik (Anugerah Denzil Haroun) kelab 2022/23.

Setelah menjadi kapten pasukan U21 kelab pada usia 18 tahun, beliau berada dalam radar pengurus Erik ten Hag pada pramusim dan kini telah membuat penampilan sulung untuk kelab.

"Beliau benar-benar bagus. Saya fikir beliau seorang pemain bola sepak yang serba lengkap, bagus dengan bola, bagus tanpa bola, dan beliau boleh menggerakkan bola dengan baik. Hantaran terakhirnya mungkin boleh diperbaiki bagi saya, tetapi selebihnya adalag hebat," kata Mark Dempsey (pengendali skuad bawah 23 United) kepada MEN.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
 
FB_IMG_1696009964412.jpg


[ BMU - Informasi Semasa ]

Hannibal Mejbri, Alejandro Garnacho, Facundo Pellistri dan Daniel Gore adalah antara pemain-pemain muda yang tersenarai untuk aksi Piala Carabao menentang Crystal Palace pagi tadi.

Bersangkutan itu, Erik Ten Hag menjelaskan bahawa beliau sentiasa memberi peluang kepada mana-mana pemain muda yang gigih dan berkerja keras membuktikan mereka layak untuk mendapat tempat dalam pasukan utama Manchester United.

Bercakap kepada Sky Sports, "Kami memiliki ramai pemain muda di atas padang dan kamu boleh perhatikan perkembangan semasa mereka."

"Di bawah kendalian saya, kamu bukan sahaja berpeluang, malah kamu selayaknya diturunkan."

"Hannibal, Garnacho, Pellistri, Dan Gore - mereka layak dan perlu buktikan dalam setiap sesi latihan. Kemudian bila peluang diberikan, mereka harus gunakannya sebaik mungkin." tambahnya lagi.

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1696010014516.jpg


[ BMU - Idola ]

Keterujaan Alejandro Garnacho terhadap Cristiano Ronaldo tidak pernah pudar hingga ke hari ini walaupun kedua-dua pemain bukan lagi rakan sepasukan.

Garnacho yang merupakan salah satu prospek terhangat di Eropah itu menjadikan pemain hebat seperti Ronaldo sebagai contoh terbaik untuk perjalanan kariernya dalam bola sepak.

Kempen United di Piala Carabao pagi tadi menyaksikan beliau berjaya menjaringkan gol pembukaan United sekaligus menjadi gol sulung peribadinya pada musim ini.

Lebih menarik lagi, pemain antarabangsa Argentina itu mencuri tumpuan apabila sekali lagi meniru gaya meraikan gol milik idolanya, Ronaldo.

Viva Garnacho, Viva Garnacho !

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1696011205194.jpg


[ BMU - Informasi Pemain ]

Banyak kelab yang menaruh minat untuk menandatangani Hannibal secara pinjaman mahupun tetap pada jendela perpindahan pemain yang lalu. Walau bagaimanapun dia bertekad untuk bersaing di United dan merebut setiap peluang yang diberikan oleh Erik ten Hag.

Hannibal adalah seorang individu yang bersemangat tinggi, berdedikasi dan berkeinginan tinggi untuk terus belajar. Pemain berusia 20 tahun itu memilih untuk terus kekal di United apabila mengetahui dia akan diberikan lebih banyak peluang pada musim ini.

Lebih membanggakan, beliau sering dilihat pulang lewat kerana menghadiri sesi latihan tambahan gimnasium di Carrington. Di luar dunia bola sepak pula, Hannibal mengekalkan gaya hidup tenang dan suka merendah diri.

Kredit: The United Stand

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1696011851015.jpg


SI KAKI PRESSING

Hannibal berlari press lebih banyak berbanding mana-mana pemain United menentang Burnley..

Hannibal berada di kedudukan teratas sebagai pemain yang paling banyak press lawan (purata setiap 90 minit) dalam EPL musim ini (100).

Hannibal juga mendahului data sebagai pemain yang paling kerap press dengan berlari pecut lebih daripada 25 km/jam.

Bolehlah lepasni Ten Hag suruh ikut ‘hairstyle’ rambut macam dia dan Amrabat. Lagi rajin lagi laju dia press ni..

#AMU12
 
FB_IMG_1696013383130.jpg


Dimitar Berbatov:

"Seronok melihat Alejandro Garnacho menjaringkan gol menentang Palace. Penyokong mahu dia bermain lebih banyak, tetapi dia memerlukan masa."

"Saya rasa Erik ten Hag cukup mempercayainya (Garnacho) dan memutuskan masa yang sesuai untuk dia bermain.

“Dia masih berusia 19 tahun dan anda perlu berhati-hati untuk tidak tergesa-gesa dengan pemain sepertinya."

#AMU12
 
FB_IMG_1696078830740.jpg


Erik ten Hag: “Dia memberikan mesej yang baik kepada semua ahli skuad bahawa ini adalah satu keperluan dan mesti menjadi standard untuk pasukan utama. Apabila anda bermain di posisi itu, anda perlu melakukan apa yang perlu untuk menjadikan pasukan berjaya."

“Terutama apabila anda bermain menentang pasukan yang mempunyai bola, dia sangat sesuai dan boleh memberikan sumbangan yang baik kepada persembahan dan keputusan yang baik. Tahun lepas, dia dipinjamkan, jadi tahun ini dia membuat kemajuan."

“Terdapat situasi di mana pemain mendahului yang lain dari segi pemilihan. Ia bagus jika ada persaingan dalaman."

“Mudah-mudahan, ini memberi galakan kepada pemain lain bahawa mereka perlu membawa lebih banyak, mereka perlu menambah lebih kualiti kepada pasukan.”

“Dia (Hannibal) melakukan kerja yang baik untuk pasukan dan dia benar-benar telah menyumbang kepada tahap kami dalam 2 perlawanan terakhir. Saya rasa pendekatan dan sikap seluruh pasukan berbeza dalam 2 perlawanan terakhir.”

#AMU12
 
FB_IMG_1696260208823.jpg


[ BMU - Informasi Semasa ]

Hari ini dalam lipatan sejarah pada 2 Okt 2020 Manchester United telah melengkapkan perpindahan pemain akademi, Alejandro Garnacho yang ditandatangani dari Atletico Madrid dengan bayaran sebanyak £420,000.

Pemain berusia 19 tahun itu tidak menunggu lama untuk memberi impak kepada pasukan remaja United apabila membantu pasukannya menjulang trofi Piala FA Remaja 2021/22 yang mana kali terakhir dimenangi pada 2011.

Garnacho kini telah diserap ke dalam pasukan utama selepas mendapat kepercayaan Ten Hag menerusi prestasi memberangsangkan. Aksi memukaunya dapat dilihat dalam beberapa siri perlawanan musim lalu terutamanya ketika menentang Real Sociedad di Liga Europa dan jaringan minit kecederaan semasa kemenangan 2 - 1 ke atas Fulham.

Selamat maju jaya, Garnacho 17. Terus bersaing merebut tempat dalam kesebelasan United !

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
Back
Top
Log in Register