BTC USD 76,258.2 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

EPL Perkembangan Pemain Muda Manchester United

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
FB_IMG_1690214453264.jpg

FB_IMG_1690214455615.jpg


[ Isak Hansen-Aarøen ]

Pemain muda berbakat Manchester United, Isak Hansen-Aarøen, 19, dilaporkan bakal dipinjamkan ke kelab Liga Championship untuk menimba pengalaman bermain bersama skuad utama.

Digelar Pavel Nedved Norway oleh rakan rakannya, beliau berharap agar dapat menabur bakti kepada Manchester United suatu hari nanti.

#BMU14
 
FB_IMG_1691166371960.jpg


Alvaro Fernandez: "Kami memulakan pramusim kira-kira 3 minggu lalu. Mari lihat apa yang berlaku selepas itu. Saya berasa sangat baik dengan rakan sepasukan saya, saya bersedia untuk melakukan apa sahaja, ke mana sahaja anda pergi bersama United, anda mendapat sokongan yang luar biasa. ."

#AMU12
#ManUtd
 
FB_IMG_1691252582985.jpg


Kadangkala ada perpindahan yang peminat mahukan tapi tidak terjadi, ada yang patut di kekalkan tapi ianya berlaku..

Kelab Burnley yang akan bermain di EPL musim 23/24, mahukan pemain pertahanan muda United Alvaro Fernandez..

Pemain muda yang datang dari kelab Real Madrid tetapi berhijrah ke United untuk mencuba angin baharu di negara orang.

Dia datang dari Real Madrid kot, bukan kelab kecil. Dia boleh saja kekal disana dan menunggu dinaikkan ke pasukan utama.

Tapi dia memilih ke United dan ketika itu juga Marc Jurado dari Barca mengikut haluan sama..

Alvaro Fernandez merupakan antara pemain terbaik akademi United. Dia naik bersama Garnacho tapi Ten Hag lebih memilih untuk meminjamkan ke Preston musim lepas

Pemain muda yang mahukan kerap bermain, namun persaingan di United juga hebat dengan adanya Shaw dan Malacia.. tetapi dia mampu saja menembusi ke skuad utama dan berjuang..

Namun jika dilepaskan, ianya patut hanya sebagai status pinjaman untuk setahun lagi dan jangan di jual.

Jika mahu dijual juga, patut diletakkan harga tinggi dengan klausa pembelian semula.

Burnley patut bayar mahal untuk pemain berbakat ni dan juga patut bayar hutang untuk missed gol yang banyak terlepas dari Weghorst semasa status pinjamannya di Old Trafford

#AMU12
#ManUtd
 
FB_IMG_1691253214357.jpg


Alejandro Garnacho..

Ten Hag buat dengan budak ni dah betul. Denda musim lepas sebab disiplin, dan memainkannya bila masa sudah tiba..

Kita kehilangan Garnacho beberapa perlawanan musim lepas satu kerugian selepas kecederaannya. Kalau tidak ada beberapa match yang dia mampu janjikan.

Okay, Jika musim lepas adalah musim pengenalannya, musim ini ialah masa untuk Garnacho menyerlah merebut tempat dan bermain sebanyak mungkin minit permainan..

Pada pra musim ni, dia dah buktikan sayap kiri bukan saja untuk menjadi pemain gantian, tetapi dia juga mahukan tempat first eleven.

Kehadirannya di bahagian sayap akan kucar kacirkan pertahanan lawan. Dia boleh bermain dengan variasi cut inside ataupun beat pemain dan cipta satu hantaran lorongan crossing yang boleh hasilkan jaringan

Perlawanan tadi lihat betapa efektif nya persembahan budak ni. Dengan corak energatic mempunyai larian seperti pelesit. Kita nampak maca tak seimbang tapi dia mampu kawal lagi kelajuannya

Ada pace, ada urgency play, penetration, beat lawan dengan dribbling dan kelajuan yang membuat pertahanan mimpi ngeri..

Garnacho Im ready for new season. Mungkin itulah ungkapan dari Garnacho !!!

#AMU12 #ManUtd
 
FB_IMG_1691422986984.jpg


Facundo Pellistri..

Pemain yang menyerlah dalam pra musim United. Pemain yang positif, proaktif dan efektif bila diberi peluang bermain..

Dengan corak direct play dengan menggunakan kepantasan, kelicikan, dan kelincahan yang ada pada dirinya untuk menewaskan lawan..

Tapi, United lebih rela meminjamkan dia ke kelab Twente yang disarankan sendiri dari Erik Ten Hag. Ya untuk dia lebih berkembang dan bersedia merebut tempat musim depan..

Sebelum meminjamkan Pellistri, United serius mahu kekalkannya bertahun-tahun lagi dengan perpanjangan kontrak..

#AMU12
#ManUtd
 
FB_IMG_1692981220097.jpg


| BMU - Peluang Alvaro Fernandez |

Alvaro Fernandez, 20 tahun.

✅ Pemain Bawah 23 Tahun Terbaik Manchester United 2021/22. (Juga dikenali dengan Anugerah Denzil Haroun Reserve Team)
✅ Pemain Muda Terbaik Preston North End 2022/23. (Semasa musim pinjamannnya musim lalu)
✅ Pramusim yang mengagumkan menerusi komen-komen dari penganalisis, rakan sepasukan dan peminat.

Pemain Sepanyol ini menyertai Real Madrid dari Deportivo de La Coruna pada usia 13 tahun dan empat tahun kemudian beliau ditawarkan pembaharuan kontrak untuk menjadi propek masa depan Real Madrid. Bagaimanapun, anak muda itu menolak tawaran Los Blancos dan mahu menyertai United.

Sudah tiba masanya untuk Alvaro Fernández mendapatkan peluangnya.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
 
FB_IMG_1694570961356.jpg


[ BMU - Kontrak Pemain ]

Fabrizio Romano dalam satu kenyataannya di media sosial menyebut bahawa Manchester United sedang mempertimbangkan untuk rundingan kontrak baru bagi Facundo Pellistri.

Ianya merupakan salah satu keutamaan kelab pada musim ini memandangkan perbincangan telah dijalankan sejak April 2023.

Berdasarkan kontrak semasa, pemain muda dari Uruguay itu akan kekal di Old Trafford hingga Jun 2025. Laporan juga menyebut bahawa perbincangan lanjut untuk kontrak jangka panjang akan dijalankan tidak lama lagi.

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1695490364872.jpg


Facundo Pellistri:

“Saya masih ingat hari saya mendapat tahu bahawa dia (Forlan) akan menjadi pengurus kami (di Penarol). Ia adalah detik yang luar biasa. Dia tahu banyak tentang bola sepak. Dia mempunyai kerjaya yang hebat, jadi dia banyak mengajar saya."

“Perkara paling penting yang saya ingat ialah selepas latihan, kami tinggal bersamanya (Forlan), mengambil sesi shooting dengannya sepanjang masa. Dia menasihati saya dan pemain muda lain di sana."

“Itu perkara yang paling saya ingat, semua nasihat yang dia (Forlan) berikan kepada kami. Sudah tentu, kerana dia adalah salah seorang pemain terbaik, adalah sangat penting bagi kami pemain muda untuk mendengar semua itu."

“Dia (Forlan) adalah antara yang terbaik. Dia memberitahu saya dia bercakap dengan Ole. Dia adalah rakan sepasukannya. Dia memainkan peranan penting dalam perpindahan saya (ke United)."

“Selain itu (Forlan), dia banyak bercakap dengan saya tentang Manchester, betapa bagusnya pasukan ini, betapa besarnya. Sudah tentu, saya sudah tahu banyak tentangnya kerana Manchester United, anda tahu di seluruh dunia."

#AMU12
 
Back
Top
Log in Register