BTC USD 84,204.3 Gold USD 4,270.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

4G Peringatan utk pengguna Celcom

phatboyz71

Junior Member
Messages
63
Joined
Jul 3, 2013
Messages
63
Reaction score
0
Points
16
Pada Ogos tahun lalu, kerajaan mengumumkan inisiatif Jalinan Digital Negara (Jendela) bagi meningkatkan kualiti jalur lebar rakyat Malaysia.

Pengumuman inisiatif berkenaan turut membabitkan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat sehingga akhir tahun 2021.

Ia usaha memantapkan lagi rangkaian 4G dan memperkukuhkan asas rangkaian 5G.

Justeru, rakyat Malaysia yang masih menggunakan telefon 3G disaran untuk menaik taraf ke telefon 4G segera sebelum rangkaian 3G ditamatkan.

Anda pasti akan mengalami gangguan panggilan dan sambungan internet sekiranya masih menggunakan kad sim 3G dan ia mengambil lebih banyak masa untuk diperbaiki memandangkan semua syarikat telekomunikasi memfokuskan penaiktarafan rangkaian 4G buat masa ini.

Penggunaan telefon 3G pula menggunakan kuasa yang tinggi berbanding 4G, selain mengehadkan tempoh percakapan dan memerlukan kapasiti bateri lebih besar.

Syarikat telefon pintar juga sudah tidak mengeluarkan model telefon pintar 3G dan bergerak seiring kemajuan teknologi, bermakna untuk mendapatkan alat ganti peranti 3G anda yang rosak juga sukar.

Selain itu, beberapa aplikasi di pasaran ketika ini memerlukan sambungan 4G yang pantas untuk digunakan misalnya MySejahtera bagi mengemaskini sejarah lokasi dilawati dengan tepat.

Seiring dengan penamatan rangkaian 3G, rakyat Malaysia disarankan untuk menaik taraf telefon 3G kepada 4G. Untuk itu, syarikat telekomunikasi Celcom menawarkan telefon 4G percuma berserta pelan prabayar dan pascabayar yang sesuai dengan gaya hidup anda.

Pelbagai jenama telefon 4G dengan spesifikasi terbaik ditawarkan seperti Vivo Y1s, Samsung Galaxy A02, Nokia C2, OPPO A53 dan banyak lagi telefon 4G berserta pelan data sehingga 40GB serta panggilan tanpa had.

Tawaran Celcom ini bukan sahaja memberi penjimatan malah pengalaman komunikasi lebih baik selain menaik taraf kad uSIM untuk mengakses ke rangkaian 4G.

(source : Harian Metro)

25 hari lagi!!!.jpg
1638810809520.jpeg
1638810831264.jpeg
 
mmg senang and berbaloi klau tukar ke 4g ni . lagi2 untuk pengguna Celcom boleh tukar secara free
 
mmg senang and berbaloi klau tukar ke 4g ni . lagi2 untuk pengguna Celcom boleh tukar secara free
tukar through online pn bolehh. pegi je dkt Celcom Life Hub pnya website, skrg semua senang. free pulak tu jadi rugi la klau tak tukar, nnti sendiri merana sbb rasa line teruk.
 
Last edited:
masih ada lagi celcom 3G. mungkin tengah bandar yang ditutup. pekan kecik dan kampung masih ada lagi
tak lma lagi akn jdi 4G jugak, sbb mmg kerajaan plan next year Malaysia pkai 4G supaya boleh kukuhkan lagi 5G . sbb tu skarang ni better pkai sim 4G
 
Hmmm tapi banyak kawasan masih xde line 4g..macam mana dengan nasib mereka ni...
tk lma lagi sya yakin dorg akn ada jugak sbb next year mmg dh tak pkai 3G. sbb tu celcom kasi free sim 4G and device 4G sbb yg pkai 3G ni mmg akn hadapi masalah sbb kita nk pkai 5G dh
 
tk lma lagi sya yakin dorg akn ada jugak sbb next year mmg dh tak pkai 3G. sbb tu celcom kasi free sim 4G and device 4G sbb yg pkai 3G ni mmg akn hadapi masalah sbb kita nk pkai 5G dh
Mmg penting tukar simcard skarang sbb bila kita pkia 4G nnt, ni akn kukuhkan 5G kita. takkan 3G sim or device boleh connect kot ngan 5G network sbb 5G dh jauh advanced
 
Hmmm tapi banyak kawasan masih xde line 4g..macam mana dengan nasib mereka ni...
skarang MCMC ckp dh 90% dh 4G kt malaysia, nnt tak lma lagi 100% 4G mesti semua boleh rsa pkia 4G dh
 
Mmg penting tukar simcard skarang sbb bila kita pkia 4G nnt, ni akn kukuhkan 5G kita. takkan 3G sim or device boleh connect kot ngan 5G network sbb 5G dh jauh advanced
ramai je lagi xsedar yg diorang masih pkai sim 3G, sbb dh beli berkurun lama. even phone 3g pun masih rmai lagi pakai, ada je sstgh iphone model yg 3g pnya kot...below ip6 models. tp tak semua jenis tech savy mcm amik tahu psl network etc, jadi bila line tak betul jadi blur garu kepala asal tiber camni.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register